BAB 5

6 1 0
                                    

"Assalammualaikum, Imra." Dira dan Mira yang baru sampai di rumah besar itu tersenyum kepada Imra yang membukakan pintu.

"Kak Dira! Lama Imra tunggu tau. Abang Acap, Iman, Kak Dira datang." Mira dan Dia ketawa. Dira melihat tangga yang menjadi riuh dengan suara Acap dan Iman yang sedang bergaduh untuk turun melihat Dira.

"Kau ni dah kenapa? Dok tarik-tarik. Tolak kang." Dira dan Mira menjenguk tangga. Kelihatan Iman sedang menarik Acap ke tepi. Dia mahu sampai ke bawah dahulu.

"Abang tolak lah. nanti Kak Dira marah baru tahu."

"Stop! Tangga punya besar, nak kena berebut satu tempat je. Kalau macam ni, Kak Dira bagi semua hadiah kat Imra je lah. acap awak dah besarkan, kena bergaduh lagi ke?" Acap dan Iman memandang Dira yang sedang memegang PS4 dan sekotak besar Hot Wheels dengan penuh minat.

"Thanks akak kesayangan. Ni yang buat Acap nak bawak akak pergi jalan-jalan naik kereta baru Acap." Dira dan Mira ketawa melihat Acap sudah pun mengambil kotak Hot Wheels kegemarannya dan Haris. Namun, ketawanya terhenti apabila ternampak wajah abangnya yang sedang turun dari tangga.

"Ingatkan nak stay Korea terus. Kenapa ada kat sini?" Mereka semua memandang wajah Akif seperti Akif ialah musuh mereka.

"Abang ni dah kenapa? Kak Dira tak de nak bising, Kak Dira ada pun nak bising." Imra menjerkah. Tidak tahan dengan abangnya ini. Suka sangat nak cari pasal.

"Imra! Dira memang nak stay Korea pun. Dira singgah nak bagi benda yang Dira beli kat sana." Acap, Imra dan Iman memandang wajah sayu Dira. Mira memeluk bahu adik kembarnya.

"Kak Dira nak tinggalkan kami ke maksud Kak Dira tu?" Acap memandang Dira dengan wajah sayu. Akif turun dan duduk di atas kerusi meja makan diikuti Mira.

"Hmm... Kak Dira nak balik. Korea nak sambung belajar."

"Kak Dira dah habiskan, buat apa nak sambung lagi." Iman menangis di kaki Dira.

"Berapa lama?" Acap cuba untuk menjadi kuat. Dia tidak menangis langsung. Dia faham akan cita-cita kakaknya.

"Don't know."

"Apa maksud tu Kak Dira?" Acap menyoal lagi.

"Sampai keluarga ni boleh terima Kak Dira. Kak Dira akan kerja kat sana and tinggal dengan unyyie Chemi and unyyie Soo." Mereka semua terkejut kecuali Mira. Jawapan yang entah boleh diterima atau tidak.

"Bila kau pergi? Kau tau kan jawapan kau pada soalan Acap memang tak bagus langusng. And diorang semua tahu kau takkan balik sini dah dengan jawapan macam tu." Dira memandang Akif dengan muka yang sayu. Satu lagi benda yang dia tahu akan ditanya.

"Seminggu lagi. Dira tahu pasal tu and sebab tu lah Dira bagi jawapan tu. Kalau korang dah faham, okaylah." Acap, Iman dan Imra memeluk Dira. Mira menangis. Akif menundukkan wajahnya.

"Atas motif apa kau cakap macam tu? Kau memang nak duduk sana terus kan?"

"Yup. Dira nak stay sana... sampai kau sendiri boleh terima aku. Aku tahu yang kau takkan terima aku selagi tak de miracle dalam hubungan kita. Tapi maybe, allah akan bagi hati keluarga ni berubah sikit demi sedikit sampai boleh terima Dira." Panggilan hormat tiada lagi. Dira kini menggantikannya dengan panggilan aku dan kau. Lebih selesa baginya.

"Kau pandai jugak. Aku just boleh bagi nasihat ni kat kau. Takkan ada miracle dalam hubungan kita. So, cepat-cepatlah tarik balik jawapan kau pada soalan Acap tu."Acap, Imra dan Iman merenungnya. Berharap yang Dira akan menarik balik ayat itu.

"Sorrylah sebab aku memang takkan tarik balik ayat tu. Nah hadiah kau." Dira meletakkan sekotak buah buku Harry Poter dan MR. Midnight yang abangnya belum sempat membaca. Buku-buku itu sangat mahal dan sangat banyak.

Dira, maafkan kamiWhere stories live. Discover now