1 | m a f i a

510 11 0
                                    

" Aryan dia orang dah serang markas kita , semua budak budak kita cedera teruk ! " Qabil yang cedera dikepala memandang Aryan .

" Kita gerak sekarang ! " Arah Aryan kepada semua anak buahnya .

Aryan Mikhael . Ketua Mafia yang paling digeruni ramai .Wajahnya yang tampan mampu mencairkan mana mana wanita yang memandang nya . Mempunyai sepasang mata biru kehijauan , kening yang tebal , hidung mancung dan bibir nipis yang berwarna pink itu mampu membuatkan ramai wanita tersungkur dikakinya .

Sememangnya wajah kacak itu diwarisi oleh ayahnya yang merupakan orang Itali , Aryan dibesarkan oleh ayahnya selepas kematian ibu kandungnya . Oleh kerana Aryan anak tunggal maka dia mengambil alih tugas ayah nya sebagai seorang ceo namun tiada siapa tahu tentang sisi gelapnya sebagai ketua mafia.

***

Aryan terus berlari masuk kedalam markas manakala Qabil meletakkan kereta bersebelahan kereta Aryan dan mengarahkan anak buah mereka supaya bergegas masuk kedalam .

" Aryan dia orang dah lari " Qabil memandang semua anak buah mereka yang terbaring lemah

" Argh sial punya Dragon ! " Aryan terus menumbuk cermin kaca yang berada diatas meja , tangan nya digengam kuat sehingga semakin banyak darah menitis keluar . Dragon adalah musuh ketat Aryan , dia ingin membalas dendam kepada Aryan kerana telah membunuh adiknya .

Semua yang berada disitu hanya berdiam diri , yela kalau dia orang menyampuk confirm kena tembak dengan Si Aryan ni . bukan boleh buat main kalau Aryan tengah marah .

" Qabil , aku nak kau cari Dragon sampai jumpa , kalau tak nahas kau ! " Ugut Aryan sebelum berlalu pergi

" Eh eh mamat ni aku pulak yang kena , kata partner 50/50 , suruh la budak budak ni yang cari err " Qabil mencebik

" Bos , Bos Aryan saja je ugut macamtu bos pun tahu kan betapa dia sayangkan bos " ujar salah seorang anak buah mereka , Azad  .

Ya memang Aryan sayangkan Qabil , mereka berkawan rapat semenjak kecil lagi

" Haa yelah yelah , sebab sayang lah aku aja yang kena . Nasib aku baik tau "

Semua orang hanya ketawa memandang Qabil yang membebel ntah pape , Qabil memang dari dulu sporting dan boleh dibuat gurau berbeza betul dengan Aryan . Salah sikit nak melenting , salah sikit ugut nak tembak ish dah la muka 24jam je dingin . Perempuan nak dekat pun takut tahu tak , tapi memang Aryan tu taknak kat perempuan sampai di cop gay , haa yang kena tempias nya Si Qabil tula kesian kat Qabil di cop gay jugak haha !

Okay back to Qabil

Qabil terus keluar dari markas mereka dan menuju ke tempat persembunyian Dragon , memang cari nahas Si Dragon ni sebab dah buat kacau kat tempat Aryan

***

" Aku harap la Dragon  ada kat sini , kalau takde jugak tak tahu la aku nak cari kat mana lagi "

" Dragon ! Dragon !! Keluar kau sial , keluar la ! Asal kau takut dengan aku ke eh ni baru Qabil yang turun kalau Aryan memang nahas kau !. " Qabil menjerit memanggil Dragon . Dia tahu Dragon ada didalam kerana kereta Dragon and the gang dia tu ada kat luar .

" Aiyaa lu manyak sial punya olang ma , lu datang tempat gua mahu bikin kecoh asal ? " Dragon keluar dengan beberapa orang gadis seksi yang memeluk pinggangnya . Anak anak buah Dragon juga keluar dengan memegang senjata

" Eh siapa yang bikin kecoh dulu ? Kalau kau tak kacau tempat aku dengan Aryan takdenya aku nak buang masa dekat tempat kotor kau ni ! " Jerit Qabil tanpa rasa takut , memang tak takut pun Si Qabil ni sama lah perangai dengan Aryan yang langsung tak gentar pada sesiapa .

" Kurang ajar ! " Anak buah Dragon terus meluru kearah Qabil dan menghunus kan pisau ke perut Qabil .

Qabil memegang tangan lelaki itu dan di pulas kuat sehingga pisau yang di pegangnya jatuh ke tanah , dengan sekali pulas leher lelaki itu dapat di patahkan dengan mudah . Lelaki itu terus ditolak kuat ke arah Dragon sehingga Dragon hampir terjatuh .

" Ada yang berani lagi , haa masukla aku dah lama tak bunuh orang ni " Qabil membetulkan sedikit rambut perangnya yang serabai

Semua yang berada disitu terkebil-kebil memandang Qabil , memang tak takut mati lelaki ini sudah la mereka semua bersenjata

Anak buah Dragon ingin memukul Qabil tetapi ditahan oleh Dragon

" Jangan , kalau kau orang cedera kan dia , Aryan akan mengamuk "

" Hah tahu takut lainkali jangan cari pasal dengan aku , eh ni Qabil laa setakat korang ni sekali aku bukak langkah je semua tumpas haha " Qabil memakai spec hitamnya dan terus masuk kedalam kereta mewah miliknya .

" Kau belagak eh Qabil , kau tunggu kau akan menyesal ! " Dragon memandang kereta Qabil dengan pandangan maut

" Kenapa bos tak bagi saya hapuskan aja Si Qabil tu tadi " Tanya Blake , orang suruhan yang paling dipercayai Dragon

" Tunggu dulu kita kena hapuskan Aryan dulu baru boleh hapuskan Qabil , kita guna cara halus . " Dragon tersenyum jahat memandang Blake






pls support my first story also feel free to promote or share my book . that would be greatly appreciated -🤞🏻💖

Aryan MikhaelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang