" Asal eh aku tengok kau macam tak betul sekarang " Aryan menjeling tajam kearah Qabil yang duduk di hadapannya . Sekarang mereke berada di syarikat milik Aryan. Walaupun Aryan seorang mafia namun dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Ceo
" Nak rasa peluru pistol aku ke ? " Wajah kacak Qabil di pandang tajam
" Woo rilek bro , cakap camtu pun nak sentap . Tak la aku tengok kau macam serabut sekarang , asyik termenung je makan pun macam tak berselera . Tidur dengan mandi tu aku tak tahu la basah ke kenyang tak hehe . Asal eh ? " Aryan hanya mengabaikan soalan Qabil
" Amboi kau bluetick aku ! " Aryan yang pura-pura sibuk itu dipandang tajam . Ni yang geram kalau bercakap dengan si Aryan ni , kalau soalan tu dia taknak jawab dia diam je tak pun buat bodoh haa macam sekarang tulah buat-buat bodoh . Bodoh sungguh karang baru tahu err . Qabil membebel didalam hati , kalau membebel kat Aryan ni mesti ugut nak tembak pulak ! Eish sabar jelah ada kawan sengal macam ni
"'Jawab lah Yan kenapa ? " Dia selalu memanggil Aryan dengan panggilan ' yan '
kalau nak pujuk atau bodek je lah hehe" Ke kau dah jatuh cinta " Qabil serkap jarang , terkedu Aryan . Eh mamat ni !
" Aku .. aku " Tergagap Aryan . Firsttime dia gagap macamni , malu besar ni kalau orang lain tahu mafia paling kejam gagap bila bercakap tentang cinta .
" Aku dah agak dah ! Kau jatuh cinta , oh men siapa perempuan yang bertuah tu ? " Teruja sekali Qabil , yelah first time Si Aryan ni berminat dengan perempuan . Kalau sebelum ni ratu cantik lalu sebelah pun dia boleh buat derk je .
" Mana ada , memandai je kau ni . Eh dah waktu lunch ni jom ah aku dah lapar " Aryan cuba mengelak . Bergegas dia bangun dan meninggalkan Qabil yang terkebil kebil seorang diri . Heh tak nak mengaku pulak !
Qabil tersenyum memandang Aryan yang berlalu keluar . Hm newgirl Ayan ?
" Malamni aku tidur kat kondo , anything urgent cari je aku kat sana " Ujar Aryan selepas mereka habis mesyuarat bersama pelabur dari German
" Orait bro " Qabil sedia tahu Aryan mempunyai sebuah kondominium , pernah juga dia melepak kat sana tapi rumah bujang kan makan maggi aja lah jawabnya .
***
Mia melangkah kearah kereta nya . Dia baru sahaja selesai menyiapkan assignment di rumah Naura . Oleh kerana ini kerja berkumpulan , Sara dan Mia berpakat untuk melakukan nya dirumah Naura sahaja.
" Ish dah malam la , leka betul kalau dengan minah dua orang tu . Buat kerja sikit je berbual yang banyak " Mia membebel seorang diri . Sara sudah balik kerumah nya dan Naura juga sudah masuk tidur .
Tiba-tiba kepala Mia di pukul dengan sesuatu yang keras . Mia menjerit sakit , dia sempat berpaling kebelakang malangnya orang yang memukulnya memakai topeng muka . Mia terus rebah tak sedar kan diri
" Aku tahu Aryan sukakan kau , so kau akan jadi umpan aku untuk jatuhkan dia . Aku akan buat keluarga Aryan menanggung malu " Lelaki itu ketawa senang , anak-anak buahnya terus mengangkat Mia dan diletakkan kedalam kereta
***
Aryan tersentak , membulat matanya apabila mulut nya ditekup dengan kain . Taksempat dia ingin melawan apabila dia merasa pening dan pengsan .
" Plan dah berjaya , dua dua dalam genggaman aku . Aku akan malukan kau Aryan Mikhael ! " Di pandang benci Aryan yang tidak sedarkan diri .
![](https://img.wattpad.com/cover/224797557-288-k848298.jpg)
YOU ARE READING
Aryan Mikhael
RomanceAryan Mikhael . Seorang mafia yang digeruni ramai . Hidupnya dipenuhi musuh dan bahaya namun dia tidak pernah gentar Mia Qalisya . Gadis liar yang sangat seksi dan mempunyai ramai peminat di kolej . Pertemuan kali pertamanya dengan Aryan membuatkan...