" Ish ish ish memang cantik betul aku ni well ni Mia Qalisya laa , the hottest girl in the world HAHA " Mia tersenyum gembira sambil memandang dirinya dicermin .
Dia hanya memakai gaun ketat separas paha yang berwarna merah dan dihiasi dengan renda putih dibahagian pinggang . Rambutnya yang separas pinggang dan berwarna keperangan pula dibiarkan lepas , rambutnya juga digulungkan sedikit dibahagian bawah . Bibir nipisnya pula di hiasi denga gincu berwarna merah menyala . Hanya solekan nipis dikenakan di wajahnya kerana dia sememangnya natural beauty .Cukup untuk membuatkan semua lelaki malah lecturer nya tergila gilakan dia .
***
" Mia !! Kenapa bersiap lama sangat tu ? Dah lewat ni Miaaaaa !! " Datin Sofea sudah bercekak pinggang di meja makan
Dato' Amran hanya menggeleng kepala melihat isterinya . Si Mia tu pun kalau tak buat mummy nya marah memang tak sah ish apa nak jadi la
" Ya yaa I'm coming mom ! " Mia melangkah turun dari tangga dengan tergesa gesa
" Baju tu tak boleh singkat lagi ? Tak boleh ketat lagi ke ? Eii apa nak jadi la dengan kamu ni Mia . Orang pergi kolej nak belajar bukan nak menggatal "
Ya Allah dah mula dah mummy ni nak membebel , ish ni yang aku rimas ni . Mia hanya buat tak tahu aja mummy nya membebel
" Okaylah mummy Mia dah lewat ni Mia pergi dulu ya bye mummy bye daddy " Mia terus menyalami kedua orang tuanya dan bergegas keluar
" Kalau ye pun makan la dulu Mia " Tegur Dato' Amran
" Eh takpalah daddy dah kenyang dengar munmy membebel " Mia terus keluar dan menuju ke arah kereta nya
" Haa tengok lah perangai anak awak tu , manja kan lagi dia tu . " Datin Sofea terus masuk kedalam bilik
" Eh aku pulak yang kena ? "
Ya memang dia terlalu memanjakan Mia kerana Mia lah satu satu nya anak perempuan mereka , anak lelaki nya iaitu , Arif Qayyum menetap di Itali atas urusan kerja .
Namun dia bersyukur kerana Mia tidak rosak kerana spy nya sentiasa memerhatikan gerak geri Mia namun pemakaian anak nya memang terlalu seksi sehingga kadang kadang dia terpaksa menegur anak dara nya itu . Tetapi seperti biasa lah Si Mia ni mana nak dengar kalau orang tegur memang dasar keras kepala !
Sudah la anak daranya itu sungguh menawan , risau betul hati nya jika ada yang menyimpan niat jahat terhadap Mia
Dia sudah bercadang untuk mengahwinkan Mia secepat mungkin , sekurang kurang nya ada orang yang dapat menjaga Mia andai dia dijemput Ilahi dan juga dapat membimbing Mia menjadi lebih baik .

ANDA SEDANG MEMBACA
Aryan Mikhael
RomantikAryan Mikhael . Seorang mafia yang digeruni ramai . Hidupnya dipenuhi musuh dan bahaya namun dia tidak pernah gentar Mia Qalisya . Gadis liar yang sangat seksi dan mempunyai ramai peminat di kolej . Pertemuan kali pertamanya dengan Aryan membuatkan...