Dahulu, kita selalu bertegur sapa untuk mengetahui khabar masing-masing,
Dahulu, kita selalu berkongsi cerita untuk sama-sama tahu perasaan yang dirasai,
Dahulu, kita selalu memberi motivasi untuk menguatkan diri,
Tapi..........
Kini, kita tidak lagi bertegur sapa,
Kini, kita tidak lagi berkongsi cerita,
Kini, hanya mampu menguatkan diri teguh diatas kaki sendiri untuk menempuh hidup sehari,
Dahulu kita nampak segalanya indah,
Sekarang kita hanya lihat bagai bingkai kaca yang pecah,
Mungkin dahulu aku selalu berada disisi,
Tapi sekarang, aku yang melangkah pergi,
Bukan niat aku untuk menyakitkan hati,
Tapi aku minta maaf kerana membuatkan kau terasa kehilangan,
Jika kau kenal siapa aku, kau akan cuba tolong aku atau biarkan aku, kerna manusia punya hati dan perasaan,
Biarkan kenangan menjadi sejarah,
Teruskan perjalanan dan jangan menyerah.......
