Dirimu💖

5 0 0
                                    

Bulan itu gelap,
Matahari itu terang,
Tapi bulan juga terang kerana sinarnya matahari,
Tapi matahari juga gelap kerana bulan yang kadang-kadang menutupi,

Jika aku matahari dan kamu bulan,
Akan ku berada disisimu selama mana cahaya ku masih kuat menerangi mu untuk terus bercahaya.

Jika kamu matahari dan aku bulan,
Ku harap kau tetap bersama ku di sisi supaya dapat memberi secebis cahaya untuk ku terangi sebahagian diriku.

Ada waktu kita berjumpa, ada waktu kita berpisah.

Ketika bumi menjadi penghalang cahaya ku untuk menyinarimu tetaplah kuat untuk terus berjalan kerana kau tetap akan menemui aku.

Segalanya telah ditakdirkan, dan segalanya telah dituliskan.

Teruskan bersabar dalam menghadapi segala ujian, kerana disebalik apa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Tika aku susah, kau hadir memapah.
Tika aku lemah, kau hadir memberi semangat.
Tika aku tiada apa-apa, kau hadir memberikan segala.
Aku tidak sesempurna yang kau rasa.
Aku juga ada lemah dan buruknya.

Jika bagimu, dirimu itu tidak sebaik diriku, ku ingin kau tahu bahawa dalam dirimu itu, ku masih nampak kebaikan yang kau cuba sorokkan kerana kau tidak lagi mahu memberikannya pada orang yang salah dan tidak memahami mu.

Aku tidak mahu yang sempurna,
Ku hanya mahu yang istimewa,
Kerna kau sempurna bagi ku😚💖

Ini adalah catatan ku yang pertama untuk dirimu. Jika kau mahu membacanya, bacalah ia sambil melihatku di depan mu😊. Sayang, Abang sayang Sayang💖.

                                                                

-30/05/2020-

AKU Where stories live. Discover now