Tegur

10 0 0
                                    

Perlu ke tegur itu dengan amarah?
Perlu ke tegur itu dengan kekerasan?
Perlu ke tegur itu dengan rasa kebencian?
Perlu ke tegur itu dengan kata-kata yang menyakitkan?

Wahai diri ini, sekiranya kamu mahu meneguri diri yang satu lagi, maka tegurilah dengan penuh hikmah. Pujuklah dan ajaklah dengan penuh kasih sayang kerna itulah yang diajar. Seseorang itu akan berubah bila hatinya terketuk untuk berubah. Jangan takut pada suatu yang dilihat tidak pasti, kerna mati juga kita tidak ketahui bila akan datang menjemputi. Batu yang keras juga boleh terlekuk dek air embun yang selalu menitis di atasnya. Teruskan usaha wahai diri, supaya diri ini tidak menyesal diakhirnya nanti......

Dari : Secebis hati yang kecil yang tidak terdengar akan suaranya tapi amat mendalam perasaannya❤️

AKU Where stories live. Discover now