Rose menamatkan chatnya dengan Kei. Dia tak nak Kei makin melebih² pasal putera menawan yang memang tak mungkin akan wujud pada zaman ini. Rose baring di atas katil bujang dan merenung siling putih. Bilik dia yang dulu luas dan cantik telah dirampas oleh Sana. Selepas ayah kandung Rose meninggal dunia setahun yang lalu, hidup Rose yang dulu bahagia kini berubah merana. Sebelum ini sepanjang ayah kandung masih hidup, ibu tiri dan kakak tirinya Sana bukan main baik layan dia macam malaikat. Tapi selepas ayah kandungnya meninggal dunia, sikap dan layanan dua beranak itu berubah buruk. Dilayan Rose macam orang gaji di rumah ini.
"Adakah aku pun akan dapat bertemu dengan seorang putera suatu hari nanti? Ada ke namja nak terima aku?"rintih Rose sedih. Dia sangat berharap akan hadir seseorang membahagiakan hidupnya.
KEESOKAN HARI.
Pukul 6:30 pagi lagi Rose sudah keluar pergi ke sekolah. Dia tak nak datang lambat ke sekolah lagi. Sarapan awal² lagi dia dah siapkan. Lantaklah kalau dua penyangak tu nak marah dia sebab keluar awal. Macamlah dia tak kenal perangai dua beranak tu. Rose duduk menunggu di kerusi tempat perhentian bas sekolah sambil membaca buku. Tiba-tiba sebuah kereta mewah hitam berkilat berhenti di depan bus stop, namun Rose tidak pula melihat gerangan pemilik kereta mewah itu kerana matanya lebih tertumpu pada buku. Buku apa lagi kalau bukan novel cinta?
"Best sangat ke buku tu sampai tak tengok orang?"teguran suara garau seksi itu telah memeranjatkan Rose. Rose terkesima melihat Jungkook rupanya sedang berdiri di depannya. Mata Jungkook melirik ke arah tajuk novel Rose itu.
"Hero Seorang Cinderella..."baca Jungkook seketika sebelah bibirnya naik. Memerah muka Rose apabila Jungkook baca tajuk novel tu depan-depan. Malu!
"Well...sesuai dengan kau."
"Awak..."
"Jungkook. Nama aku Jeon Jungkook," pantas Jungkook mencelah dengan selamba.
"Ohh...Jungkook-shi. Nama saya Rosenne Park,"balas Rose. Tak tahu kenapa pula Rose memperkenalkan balik namanya kepada Jungkook. Tapi dah orang tu perkenalkan namanya, takkan nak berdiam diri pula, kan?
"So...cinderella," tanpa kebenaran, Jungkook terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah Rose. Rose memandang Jungkook terpinga. Mana dia tahu gelaran cinderella tu?
"Kau kenal siapa aku?"soal Jungkook sambil tenung Rose tajam.
"Tak. Saya tak kenal. Langsung,"jawap Rose jujur. Dia mula tak senang duduk dengan renungan tajam lelaki itu.
Jinjja?" soal Jungkook inginkan kepastian. Rose angguk kepala. Memang betul pun dia tak kenal langsung Jungkook tu. Takde masa nak kenal² pelajar sekolahnya.
"Bagus. Kau lulus,"kata Jungkook tiba² membuatkan dahi Rose berkerut tak faham.
"Lulus? Lulus apa?" Tanya Rose blur. Jungkook pandang mata Rose tepat²
"Aku nak kau jadi cinderella aku...ehh silap...maksud aku jadi partner aku untuk majlis prom malam sabtu nanti. No objection! No excuse! Keputusan muktamad!"tegas dan serius.
"Ehh??!!!" Rose menjerit terkejut sehingga terundur ke belakang. Nasib baik tak jatuh dari kerusi. Mata Rose membuntang luas. Mulutnya separuh terlopong. Tidak percaya.Maaf kerana pendek cerita ini. Saya akan
Sambung malam ini atau pun petang esok
Jika masa saya free saya akan sambung
Malam ini. Jika saya tidak update hari ini
Mungkin esok saya akan update.
Maaf kerana saya tidak update lama🙏
YOU ARE READING
Cinderella And Cold Prince
RomanceJungkook dikenali sebagai putera sekolah kerana tampan,bijak dan kaya. Ramai pelajar yeoja tergila²kannya. Berbeza dengan Rose yang hidup tak ubah seperti cinderella alaf ke-21 kerana selalu dibuli. Dia kaya tetapi dirinya dijadikan orang gaji dan d...