TANDAS YEOJA
SEMASA Rose mengemop lantai, muncul 2 orang perempuan cantik masuk ke dalam tandas. Mereka berdua ialah Lee Sana dan Moon Mina. " Hai yeoja pipi bulat. Kena denda lagi ke?" Ejek Sana sinis sehingga dia dan Mina bergelak tawa menyakitkan hati. Diam² Rose mengetap giginya geram. Dalam hati dah berbakul-bakul dia menyumpah seranah dua orang minah itu. Oh ya, untuk pengetahuan, Sana tu sebenarnya ialah kakak tirinya. Disebabkan kakak tiri sengalnya itulah membuat semua pelajar sekolah ini tidak sukakannya sehingga turut membuli dan hina dia. Entah cerita apalah yang dijaja oleh Sana kepada semua orang. Rose pula terpaksa tabahkan hatinya. Rose buat tak layan dua kembar siam itu. Anggap saja mereka berdua ialah lalat yang suka buat bising. Sana yang melihat Rose buat tak peduli itu terus menyepak baldi air sabun sehingga tumpah ke lantai. Mata Rose buat membuntang dan terus menjeling Sana tajam. Budak ni dah lama hidup ke apa?!
"Opss...sorry. Tak sengaja. Hahaha! Kaja, Mina! Kita pergi ke toilet lain. Tak kuasa aku nak guna toilet ni. Lagi² ada yeoja pipi bulat ni,"kata Sana sinis , "Okey, Sana. Aku pun tak kuasa juga nak guna toilet ni. Kaja!" Balas Mina. Lantas mereka berdua pun berlalu pergi dari tandas itu. Rose melepaskan keluhan beratnya lalu mengangkat baldi yang telah dijatuhkan oleh sana tadi. Dia mengemop lantai yang basah.DUA JAM KEMUDIAN.
Rose menguatkan hatinya untuk membersihkan tandas lelaki. Dalam hati dia sudah berdoa semoga tiada mana² pelajar lelaki bergerak hati mahu mengguna tandas ini. Malu weh! Mana nak letak muka comel dia ni kalau pelajar ² lelaki tahu dia masuk tandas ni? Rose membuka pintu sedikit dan memerhati sekeliling tandas lelaki. Tiada orang! Line clear! Rose pun memasuki ke dalam tandas lelaki dan mula membersihkannya. Rose tak sangka tandas lelaki ni kotor! Busuk! Dan paling menyakitkan hati ada juga manusia yang tak reti nak flush jamban! Hampir nak muntah Rose melihat benda kotor warna coklat kekuningan...wekk...dah kenapa bayang benda macam tu?? Nak muntah woii! Nasib baik Rose pakai mask untuk menutup hidungnya dari terhidu bau kotor. Huwaa...cikgu Irene kejam. Nak adu kat pengetua 😩😩😩
Selepas selesai membersihkan ruang² jamban satu persatu siap pakai pencuci tandas dan sembur pewangi lagi, Rose mengemop lantai. Dengan cekap dan pantas Rose mengemop lantai sebelum ada pelajar lelaki masuk ke dalam tandas ini.
"Done! Hah, barulah bersih tandas ni. Akhirnya! Masa untuk..."
Krek! Rose terkedu apabila terdengar bunyi pintu tandas lelaki dikuak dari luar. Perlahan Rose menoleh ke belakang dan tersentak melihat seorang lelaki kacak masuk ke dalam tandas dan terkejut melihat Rose. Pandangan lelaki bergigi arnab itu, mereka berdua bertentang mata seketika. Krik...krik senyap. Entah dari mana datang bunyi cengkerik tu pun tak tahu, muka Rose membahang.
"Err...sa-saya..."belum sempat Rose nak bercakap, tiba² terdengar suara² sayup lelaki dari luas tandas. Rose makin risau kerana suara² itu menuju ke tandas ini. Habislah Rose lelaki² kat luar sana tu masuk ke sini. Mahu sebulan dia tak datang sekolah sebab menanggung malu. Tiba² lelaki kacak bergigi arnab itu menarik Rose masuk ke dalam stor yang sememangnya ada dalam tandas. Rose agak terkejut apabila lelaki kacak bergigi arnab itu menariknya masuk ke sini. Lelaki itu menutup pintu rapat
" Wae awak tarik saya masuk si..."
"Shh! Baik kau diam kalau tak nak aku cium kau!" Bisik lelaki itu dengan suara keras. Pandangan dingin dan tajamnya membuat Rose kejung. Akhirnya Rose mengikut katanya iaitu diam. Haraplah lelaki ni tidak mengapa-apakannya.Maaf jika salah perkataan atau cerita ini pening. Saya harap anda undi saya terima kasih atas undian anda dan terima kasih kerana telah membaca cerita ini
Ha
YOU ARE READING
Cinderella And Cold Prince
RomanceJungkook dikenali sebagai putera sekolah kerana tampan,bijak dan kaya. Ramai pelajar yeoja tergila²kannya. Berbeza dengan Rose yang hidup tak ubah seperti cinderella alaf ke-21 kerana selalu dibuli. Dia kaya tetapi dirinya dijadikan orang gaji dan d...