Bab2

283 19 0
                                    

Rose melepaskan satu keluhan berat sebaik sahaja sampai ke kelasnya. Rose menarik nafas mengumpul kekuatan sebelum menarik pintu kelas. Dia melihat banyak mata memandang ke arahnya sebaik sahaja dia melangkah masuk.
"Hah. Rose. Kamu lambat lagi. Tau tak kali ni sudah kali keberapa kamu datang lambat ke sekolah? Malam² kamu buat apa? Pergi clubbing? Sindir cikgu Irene dengan riak tenang kali ini. Berbeza dengan sebelumnya cikgu Irene selalu melenting dan menjerkah ke arahnya. Barangkali sudah penat ingin menasihati Rose yang selalu datang lambat ke sekolah. Manakala Rose hanya diam sambil menundukkan kepala ke lantai. Dia menelan saja sindiran cikgu Irene itu. Kalau dia menjawab, nanti orang kata kurang ajar. Tapi kalau dia diam, orang tetap pandang salah dia. Sungguh dunia ini tidak adil.
"Saya minta maaf, cikgu," hanya ayat itu mampu keluar dari mulut comel Rose.

Sebenarnya bukan dia sengaja pun nak datang lambat ke sekolah pun gara-gara ibu tiri dan kakak tirinya. Suruh buat itu, buat ini sampai dia sendiri yang lambat. Bas sekolah awal-awal lagi dah bye-bye bila jam 7:15 pagi. Nak dapat teksi satu hal. Susah nak cari! Terpaksa dia berjalan kaki dari rumah ke sekolahnya yang memakan masa setengah jam. Dahlah jauh. Nak tercabut segala sktu lutut kakinya

"Enought! Kamu akan didenda! Cikgu nak kamu bersihkan toilet tingkat 3 termasuk toilet namja! Faham?!" Cikgu Irene sudah mengeluarkan arahan untuk mendenda Rose. Rose terkejut. Nak bersihkan tandas dia tak kisah, tapi takkanlah tandas lelaki pun dia nak kena bersihkan? Naya dia kalau bertembung dengan pelajar lelaki "Ta...tapi cikgu..." " Takde tapi²! Pergi buat sekarang!" Jerkah cikgu Irene tegas. Nak  tak nak, terpaksa Rose menurut arahan cikgu Irene

Cinderella And Cold PrinceWhere stories live. Discover now