---15---

561 26 0
                                    

Tetamu mula beransur sedikit demi sedikit. Tiba-tiba muncul pula sebuah kereta perdana v6 hitam di laman rumah baruku. Perempuan yang baru keluar dari kereta itu sungguh aku tidak mengenalinya.

"You Armel Imani?" Tanya wanita itu. Aku menganggukkan kepala.

"Pang.." tak semena pipi aku ditamparnya. Pedih usah dikatakan.Perlahan aku mengangkat muka memandangnya.

"Awak ni dah kenapa tampar saya. Setahu saya kita tak pernah kenal!" Tutur aku tegas.

"You memang tak kenal I tapi I kenal you dasar perampas." Ni memang terkejut. Aku rampas siapa?

Belum sempat aku nak menyoal kesemua sanak-saudara sudah mengelilingi kami. Tak terkecuali juga Haziq yang berada dikiriku.

"Awak ni siapa datang rumah kami buat masalah pulak!" Haziq bertanya keras. Semarah-marah dia terhadap isterinya belum pernah lagi dia mengangkat tangan.

"Siapa aku? Aku Erni, kekasih An." Wajah mama dan papa berubah tidak percaya dengan omongan Erni.

"Kalau kau kekasih An kenapa pulak nak lempang isteri aku?" Sudah hilang awak saya. Tadi Haziq cakap baik-baik tak nak dengar.Sekarang rasakan.

"Kau nak tahu kenapa? Nah ambik ni. Dasar perempuan tak baik!" Sempat lagi dia melemparkan kata-kata nista. Sampul surat yang di berikan Erni segera Haziq capai. Berubah rianya setelah melihat gambar tersebut.

"Percayakan, isteri kau ada hubungan dengan An." Erni ketawa jahat.

"Aku tak pernah ada hubungan dengan An!!" Aku menjerit. Kelibat An segera aku cari.Namun hampa An tiada di situ. Ibu babah dan semua yang melihat gambar itu seolah tidak percaya kepada aku. Satu persatu wajah mereka aku pandang.

"Jangan nak tipu la. Tu dalam tu siap pegang tangan lagi. Apa buktinya??"

"Engkau jangan nak fitnah aku sebarangan. Abang jangan percaya cakap dia ni. Maklumat tu palsu." Tutur ku bersama linangan air mata. Haziq hanya menunduk. Kenapa begitu mudah hilangnya kepercayaan mereka terhadap aku..

"Mama.." Jeritan Ryan menyentak perasaan aku. Wajah itu aku cari. Segera aku peluk Ryan yang sedang berlari. Di belakangnya An sedang memegang Ais krim.

" Iman kenapa awak nangis?" Ini semua sebab awaklah An. Namun aku hanya mampu jerit dalam hati.

"An, awak kena ikut saya. Tolong jelaskan kepada mereka kita tidak ada apa-apa hubungan!" Pinta ku kepadanya.

An menuruti langkah kakiku. Dia tercengang apabila melihat semua mata memandang ke arah mereka berdua. Seram pun ada. Namun matanya tercancap kepada Erni.

"An, explain kepada kami semua apa sebenarnya semua ni." Papa meluahkan amarahnya. Terkedu An seketika apabila melihat gambar yang berterabur di atas lantai.Tahulah dia apa yang sebenarnya berlku.

"yes, An mengaku waktu tu An pegang tangan Iman. Tapi itu tak sengaja." Mulanya tadi aku pun nak naik angin tapi nasib baik dia bagi tahu yang sebenar.

"Apa yang berlaku An?" Sayu sahaja suara mama. Luluh hatinya tadi mengetahui anaknya melakukan perkara tidak senonoh.

"Sebenarnya waktu tu An paksa Iman beritahu hal yang sebenar."

"Hal apa maksud kau tu!" Terjah haziq, panas dengan adiknya itu.

"Anne!An tanya pasal Anne." Jerit An. An mula menangis. Sebak aku tengok keadaan dia.

"Betul mama. An jumpa Iman untuk tahu pasal Anne. Bila Iman bagitahu Anne dah meninggal, An terus larikan diri."Aku cuba memberitahu hal yang sebenar. Aku ambil peluang ini untuk mengetahui siapa sebenarnya An.

" An, soalan saya dulu awak masih tidak menjawabnya? Anne tu siapa pada awak?" An memandang aku. Nampaknya inilah masa untuk dia berterus terang.

"Mama, papa. An minta maaf sebab tidak mengutamakan mama dan papa. Sebenarnya, Anne atau Aneesa Zahra adalah isteri An." Semua yang mendengar tercenggang.Sudah ku agak dia mesti ada hubungan dengan Anne tapi tak sangka sejauh itu.

" An dengan Anne kahwin masa dekat Aberdeen dulu. Kami nikah senyap sebab abang Anne menentang agama Islam."

"sampai hati kamu tak bagi tahu kami, An." Ucap mama dalam keadaan sebak.

"An takut mama dan papa tak boleh terima wanita yang berbangsa Irish itu, kerana perbezaan agama dahulu.Namun, Anne memilih untuk memeluk agama islam setelah dia menyedari betapa indahnya islam itu."

"Tapi kenapa awak tinggalkan Anne. Menderita dia dulu." Aku sedkit menjerit. Kesian kau Anne.

"Bukan saya tinggal tapi saya terpaksa. Malam tu abang datang dan bawa saya menuju ke suatu tempat. Dlam keadaan yang tidak stabil kerana waktu itu Ronnie mabuk kenderaan kami naiki kemalangan. Ronnie mati dalam nahas tersebut manakala saya cedera parah. Bila saya sedar, saya memang tak ingat apa yang berlaku.Saya hanya ingat keluarga saya disebabkan itu saya ikut mama dan papa pulang Malaysia."panjang lebr ku beri penerangan.

"Macam mana pulak awak boleh teringat pada Anne sedangkan waktu itu awak hilang ingatan?"Aku memang tak puas hati..

"Entah kenapa walaupun saya gembira disini tapi jiwa saya rasa macam kehilangan sesuatu. Sampailah saya selamatkan Erni daripada kena rogol. Pada masa yang sama saya teringat bahawa saya pernah menyelamatkan seorang wanita daripada di perkosa oleh lelaki mabuk dan dia adalah Anne." An menyeka air matanya. Dia bukanlah cengeng tapi sekarang melibatkan isterinya yang telah meninggal dunia.

" Apabila saya mula ingat tentang Anne. Saya kembali ke Aberdeen namun dia tak de. Seorang daripada teman kita pun tak tahu mana Anne menghilang sampailah awak tegur saya dekat pasar raya dulu. Bila awak tanya pasal Anne." Sebak aku dengar ceritanya.Anne terlalu berahsia dengan ku.


"Awak memang lelaki yang setia begitu jugak dengan Anne walaupun saat dia menghembuskan nafas terakhir didalam hatinya hanya ada awak." Tuturku ikhlas.

"An, Anne ada tinggalkan permata yang berharga untuk awak." An mendongak memandang wajah ku.

"Ryan adalah anak kandung awak. Ryan Firdaus berbinkan Muhd Farhan. Maaf selama ni saya cuba tarik tali dengan awak." Saat kenyataan itu terbongkar, An terus memeluk Ryan. Aku nampak Anne didalam mata An. Kini barulah aku boleh menarik nafas dengan tenang selepas menyelesakan masaah yang begitu rumit. Mama dan papa sejak awal memang sudah menerima kehadiran Ryan tetapi sebagai anakku. Tapi kini kehadiran Ryan memang bermakna kerana Ryan merupakan zuriat An yakni cucu kandung mereka.

segalanya sudah terungkap.....




*hello readers.. rindu nak talk ngna korang.. haa slama ramadhan ke 21 ye semua.. moga support karya saya tauu.. i will give the best..

MY DEAR HUBBY (complete) Where stories live. Discover now