---18---

549 25 0
                                    


Tapi yang bestnya bila time hari raya memang meriah tambah-tambah bila balik kampung Tok Wa di Terengganu. Berkumpul dengan adik beradik. Mula la macam-macam aktiviti di buatnya dengan main meriam buluhnya, masuk hutan. Ya Allah, nakalnya tak terkira.

Along sekarang ni sedang berbahagia dengan Kak Sakura menunggu cahaya mata yang ketiga. Syukur akhirnya kahwin juga mereka walaupun beberapa kali bertangguh.

Aimi pulak menetap di luar negara bersama suami Mat salehnya, Muhd Adam Miguel Abdullah.Perkenalan mereka boleh dikatakan agak sweet kerana suaminya itu adalah bosnya. Baru dikurniakan seorang anak lelaki. 

Muka memang putih tambah pulak dengan rambut perang-perang. Ibu dan babah tak membantah perkahwinan mereka kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.Tambahan adik ku itu seorang yang agak panas baran.

"Assalamualaikum." Tutur Ryan dari luar tingkap sambil tangannya mengetuk cermin tingkap Alphard. Kami menjawab salam sambil keluar dari kereta.Tangan aku dan haziq di tarik untuk disalam. Pipi aku juga dikucupnya.

"Mama ,papa dengan adik-adik kenapa lambat sangat. Risau along tunggu." Beritahu Ryan sambil melepaskan lelah. Songkok di tanggal dan dipakai balik.

"Takkan along tak tahu, perangai adik-adik macam mana. Tu yang lambat." Tuturku. Sapu tangan di dalam beg diambil dan peluh yang merenek di dahinya aku sapu. Aku tahu dia nervous.
"Thanks mama. Love u." Aku tergelak apabila Ryan sempat lagi mengeyitkan mata kepada adik-adiknya. Muka Naufal Hafidz paling tak puas hati.

"Dah jom masuk. Pukul berapa nak startnya?" Tanya suamiku yang berjalan sambil memeluk lenganku di sebelah kirinya. Manakala di sebelah kiriku Ryan.

 Adik-adik kata bagi can sebab ni kali terakhir along manja dengan mama. Lepas ni manja dengan bini dia pulak.

"Start pukul 10.30. Angah dengan achik dah ada dekat dalam." Beritahu Ryan. Hari ni merupakan hari bersejarah buat Ryan dan pasangannya Syifa Aqilah. Mengikut cerita Ryan mereka merupakan bekas rakan sekolah dan bertemu kembali apabila Ryan yang bertugas sebagai pilot bertembung dengan Syifa Aqilah secara tidak sengaja di dalam pesawat.

"Mama dapat tadi mesej angah katanya dia dengan Nazrin bertolak dulu dari Damansara. Achik semalam dah bagi tahu mama dia nak pergi awal katanya nak teman Ryan maklumlah along dengan achik kan rapat. " Ryan dan Naufal Hazqi sememang sangat rapat hubungan mereka. Kerana mereka sering berkongsi masalah bersama.

 Naufal Hazqi mengikut jejak langkah ku menjadi doktor bahkan dulu dia menyambung belajar di University yang aku menuntut.

Angah pula merangkap Nawra Armani mengikut suaminya yang berkerja sebagai pensyarah dan menetap di Kuala Lumpur. Mereka berkahwin ketika masih belajar. Sekarang angah menguruskan Taska miliknya.

 Itu merupakan cita-citanya dan Nazrin tidak menghalang. Tidak lama lagi aku dan Haziq akan menjadi atuk dan nenek muda kerana Nawra Armani dan Nazrin bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Dengan sekali lafaz, akhirnya Ryan berjaya melafazkan akad berwalikan bapa pengantin perempuan. Ryan memeluk An,terlebih dahulu sebagai bapa kandungnya barulah Haziq dan saudara mara lain.

 Ryan tetap tinggal dengan ku biarpun mengetahui An adalah bapanya. An juga tidak menghalang kerana dia risau akan mengabaikan Ryan maklumlah orang dah single. Sampai sekarang An masih setia terhadap Anne. Dia tidak mahu menggantikan tempat Anne sebagai pemilik tahkta hatinya.

Erni pula.Selepas mengetahui kisah yang sebenar,dia memohon maaf atas kesilapannya. Namun itu tak bermakna An akan menerima dirinya. Dia membawa diri ke Perlis. Dengar kata sudah berkahwin dengan orang sana.

Kami mengabdikan kenangan ini di dalam foto. Dari gambar single ke gambar beramai-ramai. Tidak lupa juga gambar keluargaku bersama pengantin.

"Lepas ni bertambah la ahli keluarga kita, kan mama." Usik Naufal Hazqi kepada pengantin baru.
"Asal pulak achik??" Tanya Naufal Hazriq yang sedikit blur. 'Bukan ke memang dah ramai'. Getus hatinya.

"Blur la, Hazriq ni. Maksud achik tambahla cucu mama lepas anak angah. Bakal menyusul anak along pula." Naufal Hazriq ketawa. Benar kata achik.

Syifa Aqilah yang sedari tadi mengenggam kemas tangan Ryan tersipu malu. Rona mukanya bertukar merah. Ryan menunjukkan penumbuknya tanda bergurau. Mahu tak malu kena usik.

"Dah syifa tak yah layan. Anak –anak mama memang macam ni kuat mengusik." Tutur ku pula.Sesekai aku menarik nafas melihat kebahagian Ryan.

'Anne, Ryan sekarang tengah berbahagia dengan pilihannya.' Monolog ku didalam hati.

#@#@#@#

MY DEAR HUBBY (complete) Where stories live. Discover now