Just for you ✔

82 4 1
                                    


"Saya mengharapkan yang terbaik daripada kamu semua.Good luck to everyone!"Kata Youngbin.

Mereka bersiap sedia sebelum menaiki pentas yang kelihatan seperti medan perang bagi mereka.Nafas ditarik sedalam-dalamnya.Otot yang sasa itu diregang secara perlahan-lahan.

"Are you nervous?"Tanya Youngbin kepada maknae itu yang asyik saja menepuk-nepuk dadanya.

"Ya.Saya risaulah.Hyung tak marah ke sekiranya saya melakukan kesilapan sama seperti masa latihan."Chani menundukkan kepalanya.

"Tak.Hyung cuma mahu kamu menikmati saat kamu berada di atas pentas nanti.Sokongan padu daripada Fantasy akan menaikkan semangat kamu.Jangan risaulah."Kata Youngbin sambil meletakkan kepala Chani pada dadanya.

Rowoon yang sedar akan kelakuan Youngbin itu terus saja mengalihkan pandangan ke arah yang lain.Cuba untuk menyembunyikan perasaan cemburunya.Dadanya diusap beberapa kali.

"Hyung tak nervous ke?"Tanya Chani pada Rowoon.

"Tak.Cuma hati terasa sakit sedikit."Jawab Rowoon, menunjukkan perasaan cemburu.

"What's wrong?"

"It's nothing, Chani.Good luck!"Kata Rowoon mengusap lembut kepala Chani.

Saat lagu 'Good guy' berkumandang, mereka memulakan persembahan dengan tarikan kelelakian mereka.Membuatkan teriak peminat memenuhi stadium itu.

Nama mereka disebut berulang kali oleh peminat tegar mereka yang asyik berteriak sejak mereka menaiki pentas itu.

Chani memandang Rowoon sekilas.Risau kekasihnya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada persembahan mereka itu.

Peluh membasahi rambut mereka tetapi dibiarkan saja.Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi peminat mereka yang telah menyokong mereka sejak dari dulu lagi.

Sebaik saja lagu itu tamat, Youngbinengucapkan ribuan terima kasih pada peminat mereka.

Chani nampaknya mengerti apa sebenarnya peminat Rowoon mahukan.Dia kemudian menarik tangan Rowoon untuk maju ke depan sedikit.Teriak semakin kuat.

Chani mengelap peluh Rowoon menggunakan tuala kecil yang disediakan di situ.Sesetengah peminat Rowoon hampir pengsan melihat kelakuan mereka itu.

Tuala kecil itu kemudian dibaling ke arah peminat Rowoon.Semua peminat berebut untuk mendapatkan tuala kecil itu yang  amat bermakna bagi mereka.

Rowoon tergelak melihat tindakan kekasihnya itu.

"Aigoo,tak sangka pula kamu bertindak sedemikian...So cute"

"Chani kan seorang yang bijak..."Kata Chani sambil tersenyum nakal.

"Baiklah,cutie"Rowoon mengusap kepala Chani.

"Itu yang mereka mahukan daripada hyung."Chani memandang Rowoon sambil menunjukkan aksinya yang comel itu.

"Thank you, Fantasy.We love you so much!See you!"Mereka teriak bersama-sama sebelum tunduk hormat pada peminat setia mereka itu.

"Terima kasih semua.Kamu telah lakukan yang terbaik.Tahniah!Ayah sangat bangga dengan anak-anak ayah!"Ucap Youngbin dan memeluk satu demi satu ahli SF9 yang amat disayanginya itu.

"Terima kasih ayah!"Teriak Dawon, terharu dengan kata-kata Youngbin.

Selepas itu,mereka semua menaiki van.Terlalu penat melayan karenah peminat mereka sebentar tadi.

Chani mengambil tempat duduk yang berada di belakang sekali.
Rowoon mengambil peluang ini untuk duduk bersama Chani yang keseorangan di situ.

"Kenapa duduk berseorangan di sini,babe?"Tanya Rowoon sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Chani.

Don't you ever said goodbye _RoChan√❤ [Currently Edited]Where stories live. Discover now