🥥S🥥

480 93 44
                                    

Like always, votement tau 😆

🌴🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 05

"SanTan bukan Setan hyung!"

'Asudah! Seketul malaun sudah mali ma!' getusku dalam hati.

Mulalah aku menggulingkan anak mata tatkala sepupu kesayangan meluru ke arah tempat aku parkirkan motosikal, terlompat keriangan.

Aku yang masih berada atas tempat duduk motosikal terkaku disaat manusia bernama Khairil Uwais memeluk erat badanku.

"Eh bila sampai ni?"

"Baru je tadi muehehehe."

Sebenarnya, aku cukup malas nak layan kerenah sepupu seorang itu. Entah ditelannya waktu kecil sampai jadi tergedik-gedik macam ni. Tapi dia seorang saja yang mampu layankan aku, bukan seperti adiknya.

"Sekejap, K-onn tak datang sekali ke?" entah kenapa tekak aku gatal nak bertanyakan khabar adiknya.

"Dia ikut sekali balik sini, tu tengah main kucing" bibir Wooyoung menjuih ke arah si adik.

Aku yang mula turun dari motosikal, mengorak langkah ke arah si gadis yang leka bermain dengan kucing Siam peliharaanku di beranda.

Namun langkah kami berdua sengaja diperlahankan sebaik sahaja membelakangi K-onn, cuba menyergahnya.

"Akak rindu nak main dengan Biul sebab kat KL tak boleh nak bela lil meow meow hiks." aku mengetap bibir, geram pula dengan K-onn yang sesedap mulut saja menyebut nama kucing aku seperti itu.

"Khairun Nisa oi, nama dia Byeollah! Bukan biul macam kau!" sergahku dengan tak puas hatinya.

"OPOCOT mak dia nama biola!" termelatah adiknya sedas. Fuh mak siapalah dia maksudkan?

Pantas K-onn menoleh ke arahku bersama cerlungan tajam.

"Ingat baguslah sergah macam tu? Fuh, mujur Allah masih panjangkan umur aku, kalau tak, mati katak aku depan rumah kau.

Tak ke mayat aku yang dah dibedah siasat nanti diklasifikasikan sebagai mati melatah?" mahu saja aku sekeh kepala K-onn atas kemerapuannya, namun aku tegah awal-awal.

Kalau aku buat, tak ke nanti aku dituduh membunuh secara menyekeh? Fuh, minta simpanglah!

Ya Allah, baru perasan aku pun cakap merepek macam dia.

Sebab itulah aku malas nak melayan K-onn, dia punya melalut tu kalah orang makan pulut pakai lutut. Eloklah si abang hiperaktif tak kena tempat, si adik pula kuat merapu. Memang patut digelar sebagai crackhead siblings.

"Erm, Mak Ngah dengan Pak Ngah datang sekali kan?" sengaja aku mengubah topik, lagipun kedua-dua kelibat mereka aku maksudkan tidak kelihatan di mana-mana.

"Ouh mak abah ikut Pak Long Choi dengan Mak Long pergi pekan, nak pergi pekena Nasi Kari Atok rasanya." ulas bibirku membulat, sudah tahu keberadaan mereka.

Pin! Pin!

Anak mataku mula melirik ke arah seseorang yang menunggang skuter memasuki halaman rumah.

Dalam diam, aku menggeleng kecil. Harap saja pegawai SPRM, tapi naik skuter Ego warna merah jambu. Nampak tak gentleman di situ.

"Eh eh Jongho!"

Dengan terhegeh-hegeh, Wooyoung menghampiri Jongho yang baru pulang dari tempat kerja.

"Hah, kau nak apa? Penampar ke tarbiah sentap dari mulut aku ni?" ujar Jongho yang melihat Wooyoung seperti mahu telan.

"Ish ke situ pulak kau, nak peluk kaulah. Lama tak jumpa." Wooyoung yang sedikit menunduk mula bermain hujung jari jemarinya.

"Em yalah yalah."

Dengan kemalasan melanda diri, Jongho memaksa diri untuk mendepakan tangan, cuba memberi peluang pada seketul Wooyoung memeluknya.

Nak tergelak aku tengok telatah mereka berdua, seperti langit dengan bumi.

"Alang-alang korang semua ada, jom ikut aku." ajakku.

"Pergi mana, San? Nak jumpa BTS ke?"

Sesungguhnya, soalan yang keluar daripada mulut Wooyoung mahu saja aku bagi kaki padanya. Namun, niat jahat tadi aku hindar awal-awal sebaik saja idea nakal mula muncul dalam benak fikiran.

"Haah, dorang ada datang ke kampung ni, dah lama tunggu kat belakang rumah tu." aku menahan tawa dari terhambur keluar. Sekali sekala nak tipu sunat takkan tak boleh kan?

"Mu tunggu ku datang!"

Sekelip mata, seketul Wooyoung mula berdesup lari meninggalkan kami bertiga.


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

❝ Kalau San tipu aku, siaplah dia nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau San tipu aku, siaplah dia nanti. Aku dengan K-onn akan buat Biul eh- Byeol jadi mangsa tebusan muehehe

- 𝖶𝗈𝗈𝗒𝗈𝗎𝗇𝗀 𝖺.𝗄.𝖺 𝖪𝗁𝖺𝗂𝗋𝗂𝗅 𝖴𝗐𝖺𝗂𝗌

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





Sabaq sabaq cornflakes eh konflik bakal tiba di chapter, chapter seterusnya 😉

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now