🥥A🥥

411 83 47
                                    

Heyyo everything ❤️

🌴🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈


𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 05


"Eh Mingi, macam mana kau ada kat sini?" tergaru-garu aku melihat kelibat Mingi yang sudah berada di atas sebatang pokok kelapa.

Dahlah pakai kain pelikat, kalau terlondeh waktu tengah memanjat macam mana? Ternganga pula si K-onn ni nanti.

"Lah, tadi bos suruh ambik buah-buah ni sebab dalam gudang dah kurang."

Mulalah aku menepuk dahi. Aigoo, sendiri bagi arahan, sendiri yang lupa.

"Dasar nyanyioq!" cemuh K-onn bersama kemerapuannya. Dia punya gabungan nyanyok dengan nyiur fuh boleh mengundang tapak kaki aku melekat pada muka dia.

"Hah, mana BTSnya? Yang aku nampak pokok kelapa yang melayut tinggi je." cebik Wooyoung sambil bercekak pinggang.

Ops terlupa pula pasal tu, waduh!

Melihatkan dirinya sudah memeluk tubuh, aku tahu mesti dia kecewa kena tipu hidup-hidup.

"Sorrylah tipu kau tadi. Okey, aku akan teman kau pergi jumpa BTS. Tapi sebelum tu, meh tolong aku angkut buah-buah kelapa ni." Wooyoung menghentak kaki penuh geram sejurus aku beri arahan.

"Apa ni? Tak mencabar langsung!" rasa tercabar pula aku mendengarkan Wooyoung merungut sebegitu.

Namun dalam diam, tersungging senyuman nakal dari ulas bibirku tatkala satu akal muncul dalam benak fikiran.

"Tak mencabar ye? Okey, okey. Aku nak pergi panjat mana-mana pokok nyiur dan jatuhkan kelapa sebanyak mungkin."

"Kacang saja." Wooyoung dengan riaknya memetik jari, dia berasakan arahan aku bagi senang baginya.

"Apa kacangnya, bengap oi? Terang-terangan kau kena ambik kelapa." aku menggaru penuh bengang, kemerapuan K-onn kembali lagi!

Seperti malas layan adiknya, Wooyoung pun mengorak langkah ke arah sebatang pokok kelapa. Setelah menegangkan leher dan membunyikan jari jemarinya, dia mula sedikit meloncat sehingga tubuhnya melekap pada batang pokok itu.

Aku dan K-onn mula menahan tawa menyaksikan lagaknya. Nantilah aku bagitahu kenapa.

Secara drastik, Wooyoung sudahpun tiba di paras tertinggi pokok nyiur itu. Dengan cermat, dia memulas buah-buah itu sehingga luruh jatuh ke atas tanah.

Aku mula menghampiri di pokok dipanjatnya bersama tepukan gemuruh.

"Bravo bro!" ucapku diselangi tawa yang hampir meletus. Wooyoung menatap wajah aku bersama kerutan.

"Apahal kau gelak? Tak nampak aku punya bersemangat panjat pokok kelapa macam kawan kau panjat." selar Wooyoung dengan tidak puasnya.

"Mingi tu aku percayalah dia panjat pokok kelapa, yang kau panjat pokok ni dah kenapa?"

"Eh apa masalahnya? Pokok kelapa jugak kan?" Wooyoung berdecit geram.

"Abang Wooyoung, bongok tu simpanlah untuk generasi masa depan. Daripada kau panjat pokok kelapa pandan, baik kau jolok guna galah.

Setakat tinggi tu, budak lima tahun pun boleh panjat dengan riaknya." sampuk K-onn yang sudah terbahak-bahak ketawakan abangnya.

Wooyoung yang masih bergayut pada batang pokok mula berpaling ke arah lain. Malulah tu!

Secara tiba-tiba, Wooyoung tergesa-gesa menuruni pokok kelapa pandan tidak lama selepas itu.

"Woi, kau nak pergi mana?" buntu aku dengan kerenah Wooyoung yang tiba-tiba jadi teruja.

"Aku nampak BTS meronda-ronda naik basikal fixie kat lorong belakang kebun ni. Dah tepi, aku nak pergi kejar ni!" bicaranya senafas sebelum berdesup dari kebun kelapa. Fuh kalah rap Mingi.

"Abang kau dulu minum susu apa ni? Laju sungguh dia cakap."

"Entahlah susu getah rasanya."

Aku terdiam, mula ingatkan diri agar tidak bertanyakan sebarang soalan pada K-onn, boleh jadi mereng nanti.

⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙

Tanpa disedari sesiapa, mereka sebenarnya diperhatikan oleh beberapa orang di balik semak berhampiran kebun pokok kelapa itu.

"Bang, itulah abang San yang tolak pinangan Ecah haritu." adu Ecah pada abangnya yang sudah menggerakkan bawah rahang bersama benci membuak-buak.

"Ouh, dia ke?" Ecah mengangguk pasti.

'Bukan setakat aku saja, kau pun dah sakitkan hati adik aku jugak! Dahlah budak ni tak jadi exam tahun ni.

Tak apa, hari ini hari kau, lambat laun hari aku pulak.

Tunggulah, aku akan jatuhkan syarikat kau tak lama lagi. Nantikan!' gumamnya dalam hati.


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

Keyh, konflik di chapter seterusnya, stay tuned 💕

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now