🥥N🥥

373 78 27
                                    

Wauthormelon nak habiskan sebelum raya, doakan che rajin mengupdate muehehehe 😳

🌴🥥🌴🥥🌴

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈


𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 07

Tatapan redup dihadiahkannya pada sepinggan nasi kosong pada mulanya perlahan-lahan tertutup. Namun, dia yang separuh sedar kembali celik lantaran permukaan dihempas perlahan oleh adiknya.

"Hoi makan, ingat tenung nasi saja kau boleh kenyang ke? Nasi pun tak lalu nak masuk dalam mulut kalau kau tersengguk-sengguk depan dia tau?"

Mendengarkan herdikan si K-onn, Wooyoung berdecit. Geram apabila memori dia bersama BTS mengelilingi kampung pada minggu lepas terhapus begitu saja.

Akhirnya Wooyoung membersihkan tangan pada kendi yang disediakan sebelum bersedia menjamah sedikit hidangan sahur.

Mahu saja dia menyuap nasi berlaukkan ayam goreng McD dibeli ayahnya, sekali lagi pandangan Wooyoung mula kabur.

K-onn yang asyik memerhatikan telatah si abang mula menggeleng sambil fikirannya buat andaian sendiri. Kalau semalam bukan main hyper si Wooyoung, kalau waktu begini layunya kalah sayur kangkung.

"Ya Allah! Khairil Uwais, bangun sayang!" terkejut mereka yang duduk semeja tatkala si ibu terjerit melihat wajah Wooyoung sudahpun mendarat di atas pinggan yang dipenuhi nasi dan ayam goreng pedas itu.

San yang menikmati hidangan sahur sedikit tergelak, biasalah pagi-pagi sebelum subuh ini semua orang pasti teringatkan katil saja, mana ingat nak gelak.

Namun, suasana yang meriah menjadi hening tatkala San menerima panggilan dari pejabat pengurusan kilang miliknya.

"APA?"


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙

"Melihatkan kunci kira-kira ni, saya mendapati liabiliti yang melibatkan kos operasi kilang melebihi aset syarikat ini miliki. Dan, pastinya kita akan mengalami kerugian jika insiden ini berulang."

Hassan dari tadi memicit pelipis setelah mendengar penerangan kerani akaunnya, rasa berdenyut-denyut saja kepala memikirkan perkara tidak diingini berlaku.

Mana tidaknya, stok bahan mentah seperti buah kelapa itu sendiri makin berkurangan dalam gudang penyimpanan. Bukan itu saja, barang siap seperti produk santan pun sebahagiannya lesap begitu saja.

"Takkan tak ada cara untuk atasinya? Tahulah kan, syarikat ini hanyalah berskala sederhana, bukan macam syarikat multinasional yang mampu raih modal tambahan." ujar Hassan berkeadaan buntu, tidak tahu pulihkan gawat ketika ini.

"Ada tu ada, tapi ini melibatkan kenaikan harga syiling produk keluaran syarikat ni. Kalau tidak, kita takkan dapat tampung kos overhed dan upah pekerja." penerangan kerani akaun itu mengundang keluhan berat dari Hassan.

Walau bagaimanapun, keputusan itu perlu dibuatnya jikalau tidak mahu syarikat mengalami kerugian. Silap haribulan syarikat yang didirikan dengan hasil keringatnya ini mungkin terpaksa gulung tikar.


⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙

"Mahal siot santan kotak ni, naik lima kupang." perbuatan Hassan yang menyusun stok santan dan kerisik terhenti ekoran satu suara tidak berpuas hati menjengah ke halwa telinga. Ya, inilah dia takut untuk dengar dari tadi.

"Eh ada santan kotak jenama barulah! Lagi murah dari yang tadi."

Memandangkan pelanggan tadi sudah berlalu pergi ke kaunter, Hassan perlahan-lahan ke arah rak yang dipenuhi santan kotak. Baru dia perasan, terdapat deretan stok santan kotak berjenama lain di situ.

Setelah sekotak santan diambil, dia pun membelek keseluruhan info yang tersedia pada pembungkusan yang jauh lebih menarik perhatian dari produknya sendiri.

'Santan Kotak Krik Qrik pilihan ramai! Keluaran dari KQ Food Enterprise? APA?'

Tercengang Hassan berikutan butiran lanjut mengenai syarikat itu. Belum pernah dia dengari nama syarikat bumiputera tersebut.

Dia cuba bersangka baik, mungkin syarikat ini baru saja bertapak dalam bidang perniagaan agaknya.

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🌴🥥🌴🥥🌴

Mungkin berbaki dua tiga chapter lagi lepas tu sayurnara semuanya 🤗

【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷Where stories live. Discover now