Kilang SanTan akan menutup tirainya tak lama lagi 😉
🌴🥥🌴🥥🌴
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 🌴
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 08
Sepanjang bulan Ramadan ini, aku cuba menghadapi kekangan yang dialami kilang ketika ini dengan penuh kesabaran. Lepas satu perkara, benda lain pula yang jadi.Minggu lepas, kecoh sekampung angkara kenaikan harga syiling produk santan kotak. Sekarang ini, ramai merungut akan kualiti pengeluaran santan kotak aku. Kata mereka, santan dibeli sudah tidak boleh digunakan biarpun tarikh luput masih belum tiba.
Disebabkan itu, ramai yang tuntut ganti rugi. Well, customer is right. Kesemua pengguna produk aku hasilkan berhak berbuat demikian.
Dan pastinya, segalanya yang berkaitan ganti rugi akan ditanggung sepenuhnya oleh SanTan Enterprise sendiri.
"Hei, apahal muka muram-muram ni? Nak cendol warung ChenDollah ke?" tegur Wooyoung yang mengambil tempat bersebelahan di atas anak tangga.
Tatapan puasalah-setan-eh-manusia kuhadiahkan sekilas lalu menghadap laman rumah.
"Hehe janganlah muka macam tu, geget kang. Tak pasal-pasal batal puasa aku nanti." guraunya.
Belum sempat aku membalas apa-apa, tiba-tiba K-onn terpinga-pinga menghampiri kami berdua sambil mengendong Byeol yang sebenarnya mahu dilepaskan.
"San! Habis video kau kena viral dalam Twitter! Terus jadi worldwide trending lepas-lepas BTS retweet." aku menekup wajah disaat K-onn mengkhabarkan perkara itu.
Lupa, ada lagi masalah yang aku hadapi sekarang ni.
"Video apa? San viral jadi geng plastik hitam ke?" soal Wooyoung kebuntuan.
"Bukanlah. Tengoklah sendiri."
Di celah-celah jari jemari yang menekup wajah, aku diam-diam memerhati gerak-geri K-onn yang menghulurkan telefonnya pada Wooyoung.
Aku pun curi-curi melihat video yang entah siapa merakamnya. Sudahlah aku yang memulakan perbalahan, siap main simbah coconut shake pada muka Seonghwa. Terus bergaduh sesama sendirilah jadinya.
"Mwo? Kau gaduh dengan abang coconut shake yang berniaga dekat jalan besar tu ke? Siapa serang siapa ni?" aku membalas sepi akan soalan sepupuku.
"Apa ni simbah-simbah coconut shake? Ingat main air kat Sunway Lagoon ke?" tokok Wooyoung sambil menggeleng seusai video tadi sudah berhenti dimainkan.
"Ntah, macam K-drama pun ada." sampuk si K-onn.
"Yang kau pergi serang mamat tu dah kenapa?"
Mulalah aku mengangkat sebelum memberitahu perkara sebenar sebelum pergaduhan itu tercetus.
"Sebab dialah pengkhianat dalam hal-hal operasi kilang aku. Stok aku hilang, dia yang curi. Santan kotak aku jadi basi dialah yang buat.
Disebabkan dia tak puas hati aku taknak terima dia jadi bussiness partner haritu, terus dia berdendam buat semua ni!" luahku yang diakhiri nada yang sedikit meninggi, hinggakan Byeol dalam ribaan K-onn terus cabut lari.
"Kau pasti sangat ke dia dalang semua ni?" aku mula teragak-agak untuk menjawab persoalan Wooyoung, walaupun soalannya tidaklah seKBAT mana.
"Erm, yang sebenarnya aku dengar pasal ni pun dari grup wasap kampung. Dia orang syak yang Seonghwa tu cuba jatuhkan syarikat aku." Wooyoung sekadar menggeleng kepala.
"San, tahu tak? Fitnah ni dimulakan oleh sang pembenci, dipanjangkan oleh si naif dan diterima bulat-bulat oleh si bodoh."
Terkeduku akan kata-kata si Wooyoung, fuh menusuk kalbu. Aku syak dia dah jadi anak murid Jongho.
"Tunggu sekejap, aku dah tahu sebab apa kau mula cari gaduh dengan mamat coconut shake tu." segera aku mengalihkan perhatian ke arah K-onn yang mengurut bawah dagunya.
"Ha?"
"Sebab kau tengah pakai hoodie SUGA 93 sekarang ni. Tu mood nak cari gaduh membuak-buak."
Aku dan Wooyoung mula menepuk dahi. Budak K-onn ni kalau tak mengarut sehari tak sah!
⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙
Gelegat mereka bertiga senyap-senyap diperhatikan Jongho. Meskipun kekal tersenyum, dia tahu, abangnya terpaksa menahan malu atas kejadian yang berlaku petang tadi. Di tambah pula runsing dalam menguruskan operasi kilang santan itu.
"Aku akan tegakkan keadilan buat San dan cari dalang yang sebenarnya esok." tekad Jongho berbicara sebelum memasuki biliknya.
⋘ ──── ∗ ⋅◈⋅ ∗ ──── ⋙
"Walaupun dah seminggu video ni aku rakam, tapi masih trendin- eh apa ni?" bicaranya terhenti lantaran matanya bertembung dengan seikat wang tunai yang diseret atas meja, menghampirinya.
"Ni duit hasil penjualan santan kotak yang kita curi dari kilang San haritu. Tak sangka, orang kampung tertipu dengan pelekat 'Santan Kotak Krik-Qrik' yang kita buat hehehe." tutur si pemberi wang dengan penuh gembira.
Seronok betul dia kenakan San habis-habisan, sampaikan orang kampung pun hilang kepercayaan padanya.
"Tapi duit kau bagi ni banyak sangatlah. Lagipun, kau dah belanja makanan tengah hari ni." bicara si penerima wang kedua dengan sedikit gugup.
Mana tidaknya, mereka bertiga berada di sebuah warung kampung sebelah yang ditutupi bidai sepenuhnya di setiap penjuru.
"Alah, sekali sekala hehe. Makan, makan." pelawa si pemberi wang kepada kedua-dua mereka.
Tanpa ragu-ragu, si pemberi wang mula menyuapkan nasi goreng pattaya ke dalam mulut. Namun, perbuatannya tertangguh lantaran dia rasakan sesuatu berlekuk dan sejuk melilit sekeliling pergelangan tangan.
"Assalamualaikum, saya Fahmi Safwan dari Jabatan Agama Islam terpaksa menahan encik bertiga kerana berada di kedai makan pada waktu yang dilarang di bulan Ramadan.
Sila ikut saya ke balai polis sekarang."
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈🌴🥥🌴🥥🌴
Tercyduk tak dengan chapter kali ni? Muehehehe, btw Wauthormelon akan dedahkan dalangnya di chapter seterusnya. Nantikan!
YOU ARE READING
【✔️】𝑲𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒂𝒏𝑻𝒂𝒏 • 𝓒𝓱𝓸𝓲 𝓢𝓪𝓷
Humor©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [KAMPUNG BOI SERIES #1] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝙻𝙰𝚆𝙰𝙺 𝙱𝙾𝙳𝙾 𝚈𝙰𝙽𝙶 𝙿𝙰𝚂𝚃𝙸𝙽𝚈𝙰 𝙷𝙰𝙼𝙱𝙰𝚁⚠️ Hassan Mustakeem Choi, merupakan seorang pemuda ber...