Ulwan menangkap gambar sawah padi yang terbentang luas di sepanjang jalan mereka bersebelas masuk ke kampung.
Kg. Daun Hijau
Danish pulak mengangkat-angkat telefonnya mencari internet.
"Weh Danish. Kau tak lenguh ke tangan tu angkat dari tadi? Nak bina otot lengan ke apa?" Suara serak-garau menyoal.
"Diam ar Wafri" kata Danish tak puas hati.
'Ikut kau la. Buat macam tu pun sia-sia jugak,memang tak ada internet!'Kata Wafri.
Baik dia tidur macam Daniel yang tidur mati tu.
▪▪▪
Kepala Daniel terhentak kerusi dihadapannya bila van yang dinaiki mereka berhenti.
"Ini rumah kita?! Seriously?" Mikyad yang berada di tepi Daniel terkejut melihat rumah kayu dihadapan mereka. Kelihatan sedikit usang. Dihadapan pintu rumah itu,seorang lelaki tua menunggu kehadiran mereka.
Fidai yang dari tadi diam,orang pertama keluar. Walaupun dia pun tak suka rumah tu,nak buat macam mana. Kena jugak...kalau marah pun,tak jadi apa-apa pun.
Fidai tersenyum paksa melihat lelaki tua itu.
"Assalamualaikum pakcik!"
Pak cik itu sedikit terkejut.
"Eh? Islam? Ingatkan artis kpop mana tadi yang datang. Waalaikumussalam." Kata Pakcik itu.
"Weyh,korang! Cepatla keluar.." Rafie yang sedaya upaya memaksa mereka keluar.
Pakcik itu berkerut lagi. Fidai turur berpaling kebelakang.
"Eh,tu kenapa tu?"
Rafie yang perasan dengan kehadiran pakcik itu terus tersenyum. "Eh pakcik! Ni haaaa diorang ni tak bangun lagi dari tidur..nak kejut la ni,tu yang havoc sikit sampai tergoyang van ni,"
Pakcik itu mengangguk.
Lambat laun,mereka terpaksa jugak keluar. Ulwan orang terakhir yang keluar.
"Ramai jugak kamu ni ye. Ni semua anak Tuan Danial ke? Ramai benor. Umur nampak macam sama je,lelaki pulak tu."
"Saya sorang je anak Tuan Danial," Daniel mengangkat tangan.
"Aik? Dah tu yang lain ni.."
Jaris mengeluh. "Sebenarnya kami ni kawan dia,tapi kitorang kena jugak datang sini sebab..."
"DIA!" serentak yang lain,jari mereka menghala ke arah Daniel yang muka bersahaja je tu.
"Sorry laa.."
▪▪▪
"Nah ni kunci. Nanti ada apa-apa panggil pakcik,belakang rumah kamu je tu haa..." yang lain mengangguk.
Justeru itu,Hasif Din memasukkan kunci dan terbukalah pintu kayu itu.
"Jom masuk.." arah Hasif Din. Mikyad menggeleng. "Tak nak masuk.."
"Masuk je la," kata Jaafar malas.
Bila semua orang dah masuk,
"Ok Wanna One! Gather around please," Arah si ketua Hasif Din.
Yang lain ikut jelah.
"Ok,aku dah cek semua bilik. So,semua bilik ada 3 je. Ok,bilik pertama untuk orang yang selalu worked hard--"
"Worked hard konon. Worked down adela-" potong Jaafar.
"Ok--"
"A-CHOOO!!" Potong Daniel pulak. Hasif pandang macam nak terkam je mamat Daniel ni. "Boleh tak kalau dengar dulu?"
"Dah nak bersin,nak buat macam mana?"
"Ok sekarang dengar. Bilik pertama,Daniel,Hasif,Mikyad dan Fidai. Bilik kedua untuk orang yang selalu suka makan. Jasif,Wafri,Sufyan dan Danish. Last sekali,Jaafar,Rafie,Ulwan."
Sejurus itu,semua orang masuk bilik masing-masing. Tapi diorang keluar balik,datang kat Hasif.
"Kenapa keluar balik?" Tanyanya pelik.
"Semua bilik kecik betul katil. Macam mana nak tidur berempat?" Tanya Ulwan.
Hasif tersenyum macam ada sesuatu je.
"Toto jepun kan ada--"
Mereka diam seketika.
11,10,9,8,7,6,5--
"Aku cop katil!" Jerit Sufyan. "Aku pun!" Sambung Jaris pula.
Hasif dan Daniel sahaja yang tidak bermusuhan seperti yang lain.
Mereka pandang satu sama lain.
"Kenapa kau tak bermusuh dengan diorang sekali?" Tanya Hasif. "Tak kisah pun. Asalkan boleh tidur." Jawabnya ringkas.
▪▪▪
Untuk chap1 pertama,memang banyak kekurangan. Dan agak bosan.
Votes dan comments sgtlh dihargai.
![](https://img.wattpad.com/cover/225448188-288-k747569.jpg)