Iman Irdina menggerakkan sedikit badannya bila terasa sakit pada bahagian kepalanya. Dia memegang kepalanya yang terasa pening itu.
Matanya melihat ke arah sofa. Dia terkejut lalu tundukkan kepalanya bila Iman Fahri merenung tajam kepadanya.
"Hidup lagi rupanya ingat dah mati." Perli Iman Fahri.
"Aku nak kau bangun sekarang dan pergi mandi." Arah Iman Fahri.
Iman Irdina bangun dari duduknya dan menuju ke arah bilik mandi selepas mendengar arahan dari Iman Fahri.
Iman Fahri menjeling ke arah bilik mandi. Dia mendengus kasar. Jarinya naik memicit kepala dan mengeluh bila mengingati keluarganya memaksa supaya dia berkahwin dengan Iman Irdina.
Flashback
Iman Fahri memandang muka serius milik daddynya. Dia memandang pula mummynya di sebelah daddynya. Sama seperti daddynya tadi riak muka serius. Dia mengeluh lemah kerana kedua-duanya hanya diamkan diri.
"Apa yang penting sangat daddy nak cakap?." Tanya Iman Fahri.
Dato' Kamil menoleh Datin Mastura disebelahnya. Selepas mendapat anggukan dari Datin Mastura dia memusingkan kembali pandangannya ke arah Iman Fahri.
"Daddy nak kamu kawin dengan anak kawan daddy." Tenang sahaja Dato' Kamil bicara.
Iman Fahri tersentak dengar daddynya berkata. Riak mukanya berubah menjadi tegang.
"Daddy... Fahri tak akan kahwin dengan anak kawan daddy. Fahri dah ada pilihan Fahri sendiri." Bantah Iman Fahri.
"Kamu jangan nak melawan cakap daddy kamu Fahri!." Datin Mastura tinggikan suaranya.
"Whatever... Yang pasti Fahri tak akan kahwin dengan dia. Dah lah tak kenal langsung tiba-tiba nak kahwin." Iman Fahri bangun dari duduknya dan ingin berura-ura pergi. Dia hentikan langkahnya bila Dato' Kamil berkata sesuatu kepadanya.
"MUHAMMAD IMAN FAHRI! kalau kamu rasa nak jawatan CEO dan harta jadi milik kamu. Kamu mesti kena kahwin dengan dia." Ugut Dato' Kamil kepada anaknya.
Iman Fahri memusingkan badannya dan menghadap Dato' Kamil.
"Daddy ugut Fahri?." Dia menarik senyuman sinis
"Seperti daddy cakap tadi. Kalau kamu nak jawatan CEO dan harta jadi milik kamu. Kamu harus ikut cakap daddy. Tak susah pun permintaan Daddy." Dato' Kamil membalas senyuman sinis kepada Fahri
"Okey.... Fahri akan kahwin dengan dia. Pastikan daddy tunai janji daddy." Fahri berlalu pergi sambil kedua tangannya menyeluk ke dalam poket seluarnya.
Endflashback
"Abang... Saya dah siap." Panggil Iman Irdina.
Iman Fahri tersedar dari lamunanya. Dia mendehem perlahan dan bangun dari duduknya. Dia mendekati Iman Irdina yang sudah tunduk itu.
"Kau kena berlakon depan keluarga kau yang kita pasangan paling bahagia. Kalau kau bagi tahu dekat keluarga kau or siapa pun pasal semalam"
"Aku akan pastikan kau tak akan jumpa dengan keluarga kau dah lepas ni. Faham tak?." Tangannya naik mengusap kepala Iman Irdina yang melitupi tudungnya.
Iman Irdina mengganguk kepalanya tanda faham. Iman Fahri berdecit geram bila Iman Irdina hanya mengganguk kepala sahaja.
Dengan kasarnya dia menarik sanggul kepala Iman Irdina supaya mendongak kepadanya.
"Kau tak ada suara ke bodoh! Aku cakap dengan tunggul kayu atau orang!." Tengking Iman Fahri.
"S..saya faham." Jawab Iman Irdina dengan takut.
"Good girl." Dia senyum sinis kepada Iman Irdina.
•••
Sesampai sahaja di depan tangga. Iman Fahri meraih tangan Iman Irdina dan senyum.
"Amboi... Sweet nya pasangan pengantin baru kita." Datin Salimah senyum manis kepada mereka berdua.
"Biasalah Mah. Orang baru kahwin. Kita dulu-dulu macam tu jugak." Balas Dato' Rashid
Mereka berdua duduk di atas kerusi makan. Iman Fahri meletakkan pinggan di hadapan Iman Irdina.
"Sayang nak makan nasi atau mee?." Tanya Iman Fahri dan senyum manis.
"Mee." Balas Iman Irdina dan senyum sedikit.
Lalu Iman Fahri menyedok sesenduk mee goreng ke dalam pinggan Iman Irdina. Lalu Iman Irdina makan tanpa bercakap banyak.
"Umi,Abah... Nanti lepas reception kami berdua. Fahri ingat nak pindah ke rumah Fahri sendiri. Boleh kita berdua hidup berdikari." Iman Fahri melirik ke arah Iman Irdina. Bibirnya senyum sinis.
"Ha'ah... Bagus jugak kalau kamu berdua pindah nanti boleh rapatkan lagi hubungan kamu berdua." Balas Datin Salimah.
Iman Irdina hanya diam sahaja. Ikutkan hatinya mahu sahaja bagi tahu perangai sebenar Iman Fahri kepada keluarganya tapi dia masih lagi ada akal.
Kerana mulut badan binasa.
"Sayang ada nak tambah ke apa lagi." Tanya Iman Fahri lagi.
"Tak... Dah kenyang." Balas Iman Irdina.
"Aku akan pastikan kau betul-betul terasa derita. Tak sabar nak jadikan kau sebagai patung aku" getus hati Iman Fahri.
YOU ARE READING
Mencari Kebahagiaan |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 1] T A M A T S H O R T S T O R Y Know as 'Cinta Itu Bukan Untukku' *Ditulis ketika newbie *Abaikan segala typo/grammar Dia Hanyalah Seorang Gadis Biasa. Tiada Apa-Apa Yang Menarik Tentang Dirinya. Iaitu Iman Irdina. Dia Menurut Kata...