5 TAHUN KEMUDIAN....
"Adib Zafran! Sini sayang! Jangan main jauh-jauh sangat, nanti Mama awak risau tau!" Jerit Rifqie Aslan.
Adib Zafran merupakan anak kepada Iman Irdina yang sudah berusia 3 tahun.
"Papa jangan risau okey! Adib tak main jauh-jauh lagi" Balas Adib Zafran.
"Rifqie,Adib!" Panggil Iman Irdina sambil meletakkan bekas berisi makanan ke atas tikar yang dihampar tadi.
"Mama, Adib rindu laa dekat mama" Rengek Adib Zafran sambil memeluk lengan Iman Irdina.
"Aishh... Mengada betul Adib ni tau. Siapa ajar Adib jadi macam ni?"
"Papa!" Balas Adib Zafran dengan selamba.
"Amboi awak, Rifqie. Dah pandai sekarang ek? Siap awak tau!"
Rifqie Aslan tergelak kecil apabila lucu melihat gaya Iman Irdina seperti itu.
"Saya rasa lebih baik awak dulu yang bersiap sebab..."
"Rifqie! Turunkan saya laa. Malu orang tengok tu!" Jerit Iman Irdina. Bahu Rifqie Aslan ditampar lembut.
"Werk! Padan muka awak. Mandi laa awak dekat situ HAHAHA"
Iman Irdina bercekek pinggang sambil memandang dirinya sudah basah kuyup akibat ditolak ke dalam air pantai itu.
"Tengku Rifqie Aslan! Geramnya saya!" Jerit Iman Irdina lagi.
Kali ini lebih kuat bunyinya.
"HAHAHA! Sorry tak sengaja. Tepi, saya pula mahu terjun ni" Kata Rifqie Aslan.
Dia mengundur ke belakang beberapa tapak lalu terus pencut larian dan...
BUSH!
"Hebat tak saya?" Tanya Rifqie Aslan sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Hebat sangat! wow.. Amazing!" Perli Iman Irdina sambil membuat tertawa kecil.
Rifqie Aslan melihat itu hanya mencebik bibirnya.
"Alaaa, Mama dengan Papa sahaja ke boleh duduk dalam air? Adib?" Tanya Adib Zafran sebelum berpusing ke belakang.
Mereka berdua berpaling ke Adib Zafran lalu masing-masing menepuk dahi.
Ingat single lagi tadi!
•••
Iman Fahri membuka pintu keretanya lalu keluar dari kereta tersebut.
Mata dipejam sebentar lalu menghirup udara pantai itu. Angin menampar lembut pada bahagian pipinya. Dia terus berjalan ke tengah pantai lalu duduk di atas pasir.
Pasir putih pantai itu dikuis-kuis menggunakan kakinya. Selama 5 tahun, fikirannya hanya pada seorang iaitu...
Iman Irdina.
Dia tetap tidak berputus asa mencari mana keberadaan gadis itu. Haknya pula belum dituntut lagi.
"Pandai betul kau lari dari aku erk? Anak aku mesti dah besar kan. Kau tahu tak, sengsara rasanya hidup aku bila kau tiada" Menggerutu Iman Fahri.
Cengkerang ditepi nya itu dikutip lalu mencampak.
"Kau memang dah lupa kan aku ke apa? Kalau aku tahu semua ni nak jadi, aku pastikan kaki kau tu tak boleh pergi mana-mana pun" Menggerutu Iman Fahri lagi.
"Kau me-"
BUK!
Belum sempat menghabiskan ayatnya, seorang budak kecil telah melanggar belakangnya yang membuat dia tersentak.
YOU ARE READING
Mencari Kebahagiaan |COMPLETED✓
Romantik2 0 2 0 [KARYA 1] T A M A T S H O R T S T O R Y Know as 'Cinta Itu Bukan Untukku' *Ditulis ketika newbie *Abaikan segala typo/grammar Dia Hanyalah Seorang Gadis Biasa. Tiada Apa-Apa Yang Menarik Tentang Dirinya. Iaitu Iman Irdina. Dia Menurut Kata...