Bab 2 - Tak reti nak mintak maaf ke ?!

22 4 3
                                    

“ weh korang , perasan tak yang gang the roses tu suka kat kita ? “ tanya hariz kepada rakan rakannya .

“ eh kau ni perasan je lebih . entah entah diorang saje je tu “ kata furkhan . furkhan ni boleh dikatakan yang paling alim lah jugak antara mereka .

manakala Farhan merupakan seorang yang dingin , susah nak senyum dan susah untuk rapat dengan perempuan . lain pulak dengan hariz yang playboy dan gemar mengorat perempuan .

fazril pula merupakan seorang yang Nampak macam pendiam tapi sekali dia bersuara , kata kata dia memang menusuk ke dalam jiwa raga .

“ dah dah lah tu perasan hariz , dengan perempuan macam tu pun kau nak ke . lain lah kalau si airin dengan sara tu . ciri ciri perempuan melayu terakhir sungguh “
fazril memang sudah lama sukakan sara sejak dari form 1 lagi . sudah 5 tahun dia memendam perasaannya itu . katanya takut kena reject kalau dia confess . tak gentleman langsung lah si fazril ni . harap je mulut yang pedas bila berkata kata tapi setakat confess pun tak berani haiyo .

Farhan hanya mendengar saja kawan kawannya itu bersembang tentang perempuan . sungguh Farhan tidak merasa ingin mencari pengganti lain setelah eryna yang curang terhadapnya 2 tahun lepas . kisah pahit itu tetap tak dapat dilupakan .

“ kau okay ke bro ? asal macam serabut je “ Tanya hariz yang perasan Farhan asyik termenung bila mereka bersembang pasal perempuan .

“ kalau kau ada problem mehla share dengan kiteorang . kiteorang kan member kau jugak “ kata furkhan yang turut sama perasan tentang perubahan pada diri Farhan itu .

sejak kejadian 2 tahun lepas itu , Farhan berubah dengan mendadak . kalau dulu Farhan merupakan seorang yang boleh dikatakan agak periang dan sangat hyperactive tetapi tidak dengan Farhan yang sekarang . Farhan yang sekarang merupakan seorang yang sangat dingin , susah nak tengok dia senyum dan kadang kadang dia cepat baran . sejak dari kejadian itu , alhamdullilah Farhan mempunyai rakan rakan yang sangat memahami dirinya itu dan tidak suka suka hati bercerita tentang kejadian 2 tahun lepas . risau kalau Farhan mengamuk dengan teruk . dia juga kadang tak dapat nak kawal barannya sendiri . sebab itu dia selalu bersendirian .

~~~

kringggggggggg bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tiba . airin dan sara jarang pergi ke kantin sebaliknya mereka akan pergi ke pusat sumber dan melepak disitu sampai rehat tamat .

Farhan yang secara tiba tiba mengajak hariz ke pusat sumber untuk mencari buku rujukan .

“ weh han , ada bidadari syurga lah kat sini “kata hariz dengan nada yang teruja apabila dia perasan akan kewujudan airin dan sara disitu .

Farhan tidak mengendahkan kata kata hariz terus berlalu dan mencari buku rujukan .

“ weh sara , aku nak gi cari buku jap tau “ sara hanya mengangguk sahaja . airin yang terasa seperti ada orang sedang memerhatikan dia terus rasa tidak selesa .
“ sara jom lah masuk kelas dah nak habis waktu rehat dah ni “ sara pelik melihat airin yang tiba tiba mengajaknya masuk kelas awal .

sedang airin berjalan menuju ke pintu , airin dilanggar seseorang and guess what ! ketua pengawas a.k.a Farhan yang langgar airin sehingga airin jatuh terduduk . sara cepat cepat menolong airin untuk berdiri semula .

“ kau ni buta ke , tak Nampak ke aku nak keluar ni ! “ marah airin .

“ eh hello siapa yang langgar siapa sekarang ni ? “ kata Farhan dengan nada yang dingin . ‘ ei akula mamat ni salah sendiri taknak mengaku pulak , aku hempuk kang ‘ desis airin dalam hati .

Farhan berlalu pergi tanpa menghiraukan airin yang bengang dengannya itu .
“ woi ketua pengawas tak reti nak mintak maaf ke , salah sendiri taknak mengaku pulak !! “ jerit airin .

Farhan hanya mengabaikan saja airin tapi dalam hati sudah menyumpah seranah gadis itu .

“ weh bapak ah selamba gila dia marah kau .” kata hariz yang terkejut dengan tindakan airin itu .

“ biarlah dia , lagipun memang salah aku pun sebab langgar dia “ jawab Farhan dengan tenang .

“ habistu kau taknak mintak maaf ke kat dia ? “ Farhan hanya mengangkat bahu sahaja . hariz yang sudah masak dengan perangai Farhan itu hanya angguk sahaja . mereka masuk ke kelas seperti biasa .

“ woi korang pergi mana hah ? “ Tanya fazril sambil memuncungkan mulutnya .

“ tak payah buat muka macam tu tak kiut pon “ kata furkhan dengan selamba .

“ kiteorang pegi pusat sumber , han nak cari buku rujukan tadi “ furkhan dan fazril hanya mengangguk .

putri semakin bertambah tambah benci dengan airin bila dia ternampak Farhan dan airin di pusat sumber tadi .

airin masuk ke kelas dan duduk di tempatnya dengan perasaan yang tidak puas hati dengan si ketua pengawas tu . beberapa jam kemudian kesemua pelajar tingkatan 5 diminta untuk turun ke dewan .

“ malas duh nak turun haih “ rungut airin . sara hanya mampu menggeleng melihat perangai airin yang pemalas tak bertempat itu .

“ dah dah jom turun yang lambat cikgu bising pulak “ ajak sara .

“ ai ai kapten “ jawab airin dengan tabik hormat kepada sara . sara tersenyum melihat gelagat airin . mereka sudah berkawan sejak kecil dan masing masing sudah tahu dan faham dengan perangai masing masing .

“ weh han , tu airin tu , pegi lah mintak maaf dengan dia . “ hariz menyuruh Farhan meminta maaf dekat airin sebab semuanya memang salah Farhan dan bukan salah airin .

“ nantilah aku mintak maaf dekat dia “ kata Farhan lalu menjeling airin . hariz geram dengan perangai Farhan yang degil tak bertempat itu .

‘ eh mamat ni dahlah langgar aku pastu jelling aku pulak , kang ada yang makan kasut saiz 5 kang ‘ omel airin sendiri . sara yang perasan airin menjeling Farhan hanya menggelengkan kepala sahaja . masing masing dah besar dah pun haihh .

sorry kalau storyline dia tak best . im gonna improve my skills okay . Keep support me !
Jangan lupa add this book dekat korang punya reading playlist tau ! ❤ •

Kau Pencuri Hatiku 🕊Where stories live. Discover now