Airin berjalan seorangan menuju ke kereta nya . tiba tiba , langkah airin dihalang oleh seseorang .
“ hai adik manis , nak pergi mana sorang sorang ni . tak takut ke ? “ kata lelaki itu .
“ meh abang temankan meh , bahaya jalan sorang sorang kat sini “ kata lagi seorang lelaki tersebut .
“ err takpela , saya boleh jalan sendiri “ jawab airin . cuak beb
belum sempat airin bergerak . tangannya sudah di genggam oleh dua orang lelaki tadi .
“ lepaslah , ape korang ni “ jerit airin
“ adik jangan jerit jerit , jom lah teman abang “ Kata lelaki tersebut sambil tersenyum sinis . belum sempat lelaki itu mengheret airin , satu tumbukan melekat di wajah lelaki tersebut membuatkan lelaki itu jatuh tersungkur .
“ baik korang blah sebelum lagi teruk aku kerjakan korang! “ kata Farhan dengan nada yang tegas
“ alamak nak jadi hero pulak mamat ni “ kata lelaki itu sebelum cuba untuk menumbuk Farhan tetapi Farhan lebih tangkas mengelak dan menumbuk sekali lagi .
“ aku bagi last warning lagi sekali kau kacau dia , aku takkan teragak agak untuk report polis ! “ Farhan menumbuk sekali lagi menyebabkan lelaki tersebut tidak bermaya untuk melawannya lagi .
pantas Farhan memegang tangan airin dan terus berlalu pergi dari situ . airin terkejut dengan tindakan Farhan . dia cuba untuk melepaskan tangannya tetapi tidak berhasil . Farhan menggengam kemas tangannya .
“ jom aku hantar kau sampai kat kereta kau “ kata Farhan dengan wajahnya yang sedikit risau itu .
airin tidak mampu berkata apa apa kerana perasaannya yang terkejut bercampur takut itu . sampai sahaja di kereta airin , airin mengucapkan terima kasih kepada Farhan . belum sempat airin melangkah masuk ke dalam kereta . Farhan menarik tangan airin
“ kau boleh ke nak drive sorang sorang ? “ Tanya Farhan yang risau melihat keadaan gadis itu .
“ insyaAllah boleh “ jawab airin dengan senyuman .
“ hati hati “ kata Farhan .
airin melangkah masuk ke dalam kereta dan terus meninggalkan Farhan disitu sendirian . Farhan tersenyum setelah kelibat kereta airin hilang dari pandangannya .
“ arghhhhhhhhhhh “ jerit Farhan sebelum pandangannya kabur dan terus pengsan disitu .
~~~
" boss payment kami mana ? "
" kau dah settle kan kerja kau ke belum ? " tanya perempuan tersebut
" dah boss tapi entah datang dari mana mamat tu tiba tiba nak jadi hero " jelas lelaki itu
" so maknanya kerja korang belum beres ! Pergi settlekan kerja korang baru datang kutip payment dengan aku ! Dah berambus !! " tengking perempuan tersebut .
• siapa perempuan tu ? Adakah dia yang upah dua orang lelaki tersebut untuk cederakan airin !?
• next bab okay ! xoxo
YOU ARE READING
Kau Pencuri Hatiku 🕊
FantasiPutri yang tidak berpuas hati dengan perkahwinan Farhan dan Airin itu telah merancang untuk merosakkan hubungan mereka serta dengan kepulangan eryna dari korea yang ingin mencari Farhan dan kembali ke pangkuan Farhan . Masalah keluarga yang tercetu...