D U A

22 4 0
                                    

Aku tak mampu capai
Dalam realiti,
Biarlah aku capai
Dalam mimpi.

Rumah agam 2 tingkat yang besar gah lagi mewah di atas bukit itu di didatangi sebuah kereta honda city berwarna putih.

"Ha,keluar cepat" arah Qalisha selepas membuka tali pinggang keledar.

Pantas Qalisha membuka pintu kereta apabila melihat bibik Zamona terkedek-kedek berlari anak ke arah parking kereta.Qalisha yang perasan Enissania masih belum berganjak lagi membuatkan dia masuk kembali ke dalam perut kereta.

"Asal belum keluar?" Soal Qalisha hairan. Enissania hanya bermain dengan jari sendiri. Entah kenapa pula dengan diri dia kali ini. Dia pun pelik juga dengan sikapnya. Dari perjalanan lagi dia tidak selesa rasa lain macam saja, tapi dia hanya membuang perasaan kurang selesa itu jauh-jauh.

Enissania memandang wajah Qalisha lalu tersenyum. Nanti murung pulak minah tu tak pasal-pasal.

"Dah 5 tahun aku tak jejak kaki kat rumah kau. Banyak perubahan dekat taman hujung sana tu". Ujar Enissania menutup syak wasangka Qalisha.

"Lah tu je pon. Aku ingat kau dah tak sudi nak jejak rumah aku ni." Qalisha sudah tersenyum melihat Enissania. Pelik benar dengan perangai sahabatnya itu. Setakat taman botani yang selalu dia lepak dengan Enissania dulu mana ada yang berubah. Cuma pokok-pokok ditaman itu saja yang sudah meninggi.

"Dah jom. Mummy aku tengah tunggu tu."

Qalisha menunding jari ke arah pintu berwarna putih emas. Lantas Enissania tersenyum lalu mengangguk.

●●●

"Makan banyak-banyak Enis. Mummy sengaja masak banyak sebab ni ha, si Qalisha kata semalam korang berdua nak datang"

Puan Sri Halimah mencedok nasi ke dalam pinggan Enissania lalu menghulur kembali.

"Enis...Enis...Nissa la mummy" Qalisha yang menyuap nasi ke mulut berhenti apabila mendengar mummy nya menyebut nama sahabatnya lain.

Enissania tidak suka apabila dia di panggil Enis. Pernah sekali dia cuba untuk panggil Enis, tapi lantas di tegur oleh sahabatnya itu. Katanya kalau dia dengar perkataan Enis dia akan rindu dengan keluarga dan kampung halaman. Hmm pelik.

"Sama je lah tu kan,Enis?" Soal Puan Sri Halimah lalu tersenyum gembira. Enissania hanya tersenyum lalu menyuapkan nasi ke mulut.

Terubat jua rindu dia pada gadis itu. Dah besar panjang dah, dulu dia tengok gadis itu masih berumur 17 tahun. Tup tup sekarang dah 21 tahun, cepat benar masa berlalu. Makin cantik berseri wajah gadis itu di lihat bertambah juga ayu nya. Sentiasa tersenyum, tenang saja wajah itu di lihat.

"Mummy tengok kamu ni dah makin cantik dah,Enis. Sedap mata orang memandang pakai tudung dari dulu. Tak la macam yang sorang tu, dah nak mati pun masih tak reti nak bungkus kepala."

Sindiran pedas daripada Puan Sri Halimah membuatkan Qalisha tersedak lantas jus oren di teguk dengan rakus.

"Mummy ni pun kalau nak perli tu agak-agak la. Qalisha masih ada depan mata, nanti kalau Qalisha dah tak depan mata mummy baru la perli. Pedas sangat perlian tu. Naik sentap juga". Qalisha mencebik manja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TAKDIR [[]]Where stories live. Discover now