BAB 14 - KEBENARAN

25 1 0
                                    

ITSUKE POV

Aku bersedia dengan kedatangan dua ekor natang tu. Ok .... aku bagi nama lah. Natang 1 dan natang 2 ok?. Natang 1 cuba untuk menerkam aku. Aku mengelak dan berguling.

Natang 2 melonpat dan mencakar aku tapi aku sempat mengelak. Tiba2 natang 1 ada kat belakang aku dan kemudian mencakar belakang badan aku. Darah membuak-buak keluar dari tempat cakaran tersebut.

Dalam menahan keperitan, aku bangkit dan terus berlari masuk ke dalam makmal utama. Dua ekor natang tu masih tak berputus asa dan mengejar aku. Aku dah tak larat.

Dengan tenaga yang aku ada, aku guna ligthning speed dan menumbuk natang 1 bertalu-talu. Tumbuk, hilang, tumbuk, hilang itu adalah teknik yang digunakan oleh aku dengan memanfaatkan lightning speed.

Natang 2 yang mendengar rintihan rakannya tidak berdiam diri. Dia meluru ke arah natang 1 dan memberikan perlindungan. Aku terkejut dengan tindakan natang 2.

Aku tengok tangan aku dah penuh dengan darah dan luka sebab aku tumbuk badan natang 1 yang penuh dengan bulu2 keras dan tajam macam jarum. Aku berhenti menyerang dan diam. Natang dua ekor tu tercari-cari aku.

Aku perlahan-lahan bergerak masuk ke dalam bilik teknologi semula. Aku menggeledah barang2 yang ada kat situ untuk dijadikan senjata sebab aku lupa nak mintak senjata dari cikgu Zauro sebelum dtg sini. Aku menjumpai sebilah pedang besi yang biasa. Aku ambil dan aku keluar dari bilik teknologi tu.

Aku tengok yang dua natang tu dah takde. Aku berlari keluar untuk ke lif. Aku terkejut bukan kepalang sebab Dua natang tu tengah tunggu aku depan lif. Celaka. Aku bersedia dengan pedang di tangan.

Dua natang tu dengar bunyi tapak kaki aku dan terus merangkak menuju ka arah aku. Natang satu pergi ke belakang aku manakala natang 2 ada di depan aku. Aku dikepung. Aku serang natang 1 guna thunderbolt. Dia tak mengelak tapi hanya membiarkan sahaja serangan tersebut terkena padanya.

Tiba2 serangan thunderbolt aku terpantul semula ke arah aku. Aku tercampak ke belakang kerana dorongan tenaga eletrik yang kuat.

"Urgh!" Aku terhentak ke dinding. Natang 1 tengah cuba nak serang aku dan aku membuat thunder barrier.

Aku terkejut sebab dia tercampak ke belakang.'bukan dia patutnya reflect ke? Kenapa dia kena damage pulak ni?'. Aku rasa skill elemental reflection tu boleh guna sekali je kot! Aku tersenyum. Masih ada harapan untuk aku keluar dari sini. Aku bangkit dengan kekuatan yang masih tersisa lalu aku menembak thunderbolt bertubi-tubi dari tangan aku.

Mereka berdua kelam kabut mengelak serangan dari aku. Aku target natang 2. Aku hasilkan thunderball dan membaling kepada natang 2 yang terperangkap di satu sudut penjuru. ZRTTT!!!! Natang 2 terkena thunderball tu dan jatuh tertiarap. Nampak macam pengsan.

Aku ambil pedang kat lantai dan hendak menikam natang 2. Tiba2 natang 1 tarik natang 2. Dia tolak natang 2 masuk lif dan tekan tingkat G. Belum sempat pintu lif tertutup, aku memegang pintu lif tersebut dan menahannya. Natang 1 melompat ke arahku dan menolak aku dari pintu lif. Pintu lif tertutup dan membawa natang 2 naik tapi natang 1 masih di tingkat LB ni dengan aku.

Aku geram dengan natang ni. Aku guna lightning speed dan muncul depan dia. Aku bagi thunderpunch kat dia bertubi-tubi. Tumbukan terakhir aku membuatkan dia terjatuh ke tanah. Aku tak habis lagi. Aku mengangkatnya dan menghempaskan dia ke tanah dengan lebih kuat. Aku ambil pedang yang ada di sebelah aku dan mengangkatnya tinggi untuk menetak kepala natang tu.

Tiba2 natang tu menyilangkan kedua-dua tangannya ke muka untuk melindungi dirinya sambil terketar-ketar. Aku terkejut dan mula sedar dengan apa yang jadi. Aku tengok dia takut betul. 'Apa aku buat ni! Aku bukan pembunuh! Walaupun dia cuba bunuh aku tadi, aku tak semestinya kena balas balik!'Aku tak percaya yang aku hampir menjadi pembunuh.

DIMENSIONWhere stories live. Discover now