BAB 3 - LATIHAN

50 2 0
                                    

ITSUKE POV

Hari dah semakin berganjak ke petang dan semua ahli hostel aku dah berada di dalam bilik. Aku tengok diorang berkenalan antara satu sama lain. Mereka telahpun berkawan kecuali Kagito. Dia bercakap dengan aku sorang je, itupun hanya untuk sebut nama. Tapi bila dengan Ryuuki Dan Kentou. Dia diam. Aku pun bagi tau nama dia kat diorang berdua.

Dalam pukul 8:30 pm, Speaker berbunyi <perhatian kepada semua peserta akademi, sila bergerak ke stadium sekarang juga dengan segera. Diulangi.........> Aku terkejut betul do. Ape bende la yang diorang nak malam-malam ni. Dengan perasaan malas aku terus pergi ke sana dengan rakan sebilikku.

Dalam perjalanan, aku ternampak perempuan yang kunci bilik dia terjatuh tu. Aku buat x tau. Pastu tetiba dia pandang aku. Muka dia merah tetiba pastu jalan laju sikit meninggalkan aku. Aku pelik dengan sikap dia.

SKIP TIME.....

Aku tiba di stadium. Pengetua/warden naik ke pentas yang disediakan. "Pada malam ini ! Kamu semua akan diuji dari segi ketahanan mental dan fizikal. Kami dah sediakan beberapa latihan yang sangat mencabar. Latihan hendaklah dilakukan secara berkumpulan. Sila berkumpul mengikut kumpulan. Pada yang tidak tahu, kedepan!". Kami berempat dah ada, cuma peserta perempuan je belum ada. Kami mencari di dalam stadium sesak itu. Tetapi aku terlanggar seorang perempuan."Ehhh! Sorry2 saya tengah cari kumpulan tadi, tak nampak awak! Awak okay?" Aku membantunya bangun. Aku tengok perempuan ni macam familliar je."Eh! Awak yang.. kunci terjatuh tu".
Dia terkejut pastu pandang muka aku.
Memang sah dia."berapa nombor kumpulan awak?" Dia masih diam sambil pandang aku. "Awak?" Aku memanggil sambil memetikkan jari di hadapannya. Dia tersedar dari lamunan lalu berkata "77" dengan nada perlahan. Aku terkejut! Serius terkejut. Kitorang kumpulan sama! "Saya pun kumpulan 77. Merata saya cari. Baru jumpa". Tiba2 ada budak perempuan berambut panjang diikat tocang berwarna hitam datang ke perempuan depan aku ni. "Hah! Koyuki! Puas aku cari kau! Mana kau pergi! Dah jumpa ke belum ahli....". Ayat dia tergantung bila nampak aku. "Eh! Hai awak...." katanya sambil tersenyum ke arah aku."awak kumpulan berapa?" Perempuan baru datang tu bertanya."77" jawabku. "Oooh kita group sama rupanya! jom ikut kami dengan yang lain!" Ajaknya penuh teruja. "Boleh... tapi jap aku nk panggil ahli lelaki yang lain".

SKIP TIME.....

Kami dah berkumpul. Aku perhatikan Koyuki dari tadi. *koyuki rupanya nama dia*bisik hatiku. Rambut dia panjang dan berwarna kuning cerah. Iris mata dia warna kuning. Baju dia dress berwarna putih berjalur kuning
(Korang bayangkan sendirila macam mana rupa baju dia). Stokin dia panjang berwarna putih sampai ke peha.(aku tengok sampai peha bhai)
Yang berambut tocang panjang tadi tu nama dia Yuuki Sakura. Iris mata dia berwarna cyan (kalau x tau cari kat google).

Ada lagi dua orang perempuan iaitu lina dan Miku.
Miku berambut Panjang paras bahu berwarna hijau kebiruan(aqua),iris mata dia warna hijau neon. Lina pula pakai mask hitam. Rambut panjang lepas berwarna hitam.iris mata dia warna hitam biasa.

Pengetua/warden memberikan pada Setiap kumpulan alat hologram dan sepucuk surat." Alat hologram hanya dapat diaktifkan setelah sampai ke destinasi yang dinyatakan dalam surat yang diberi. Kamu mesti sampai ke lokasi bersama dan sampai dalam masa 20 minit. Portal untuk ke setiap dimensi telah disediakan."

"Pergi mengikut lokasi yang tertera! Jangan melilau ke tempat lain kerana jika lambat sampai, alat hologram itu akan meletup. Kamu tidak dapat misi, gagal selesaikan misi, tercedera dan tidak mendapat markah. Kerugian yang sangat besar....." Kata pengetua.

Kata2 pengetua membuatkan keseluruhan peserta terkejut. Aku dan Kagito yang paling relax kerana kelajuan bukan masalah bagi aku. Kagito pula entah la kenapa dia relax je. "Markah akan dikira mengikut kerjasama pasukan, kekuatan individu, kemahiran mengawal kuasa, sejauh mana bekerjayaan misi dan keadaan ahli kumpulan. Markah akn dikumpulkan dan kumpulan mana yang markah dia tinggi, ranking kumpulan tersebut juga akn semakin tinggi. Kamu dikehendaki mencipta dan menuliskan nama kumpulan kamu di atas kertas lokasi dan berikannya kepada mentor yang akan mengikuti kamu dalam misi untu menilai dan memberikan markah." Kata pengetua lagi.

DIMENSIONWhere stories live. Discover now