Melvio memandang isterinya , Anna. Segala perbuatan jijik yang dilakukannya bersama Neeli bermain di ruang fikirannya. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak dapat membezakan kaca dan permata. Dia menangis.
Anna membuka mata apabila merasakan ada air hangat terkena di pipinya. Anna terkejut .
" Ehh Sayang ?.. "
" Kenapa sayang tak bagitau yang sayang selama ni sakit ? Kenapa sayang sanggup tipu saya ? " Melvio tidak dapat berkata lagi. Hatinya bagai dicarik-carik melihat keadaan tubuh isterinya yang semakin susut , rambut yang semakin nipis dan bibirnya yang pucat.
" Anna minta maaf... " Tiada lagi kata yang mampu diucapkan oleh Anna. Semuanya tidak seperti yang dirancang. Anak dalam perutnya bila- bila sahaja akan keluar dan dia tahun itulah saat terakhirnya.
" Tak. Anna tak perlu minta maaf. Dalam hal ni saya yang bersalah ! Saya yang tak tahu menghargai dan jaga hati Anna . Saya... memang tak guna... " Melvio menangis dan menumbuk dadanya berkali- kali. Dia betul-betul menyesal.
Anna menahan tangan Melvio." Sudahlah Sayang. Anna dah maafkan. Anna tau sebab kenapa sayang buat macam tu . Anna dah maafkan "
Melvio kembali menangis. Anna terlalu baik dan dia buta . Dia memang buta .
" Arghh !! " Jeritan Anna menyentak Melvio .
" Kenapa nii?! " Ujar Melvio bimbang. Melihat Anna yang memegang perutnya menunjukkan bahawa dia akan bersalin. Tanpa membuang masa , Melvio langsung memanggil Doktor.
" Sayang.... " Anna memanggil Melvio.
********
Melvio menangis . Suara bayi kecil menangis membuat dia berasa gembira tetapi sedih apabila melihat Anna begitu lemah." Doktor , boleh izikan saya berdua dengan suami saya ? " Soal Anna. Doktor Tasha hanya mengangguk.
Melvio pun masuk lalu duduk di sebelah katil Anna.
" Sayang, marilah baring sebelah saya . " Anna tersenyum sambil menepuk sebelah katilnya. Melvio hanya menurut dan memeluk bahu Anna.
" Anak kita lelaki . " Ujar Anna tersenyum. Dia menghidu bau rambut anaknya. Melvio hanya tersenyum kelat. Dia tahu bahawa isterinya sudah tidak berdaya.
" Boleh tak kita namakan dia Amel ? Nama panggilan dia Am . "
Melvio mengangguk.
" Kenapa Anna pilih nama tu ? " Soal Melvio sambil menghidu haruman rambut Anna yang semakin nipis.
" Sebab nama tu gabungan dari nama kita. Anna harap sayang akan jaga anak kita dengan baik. Anna akan selalu melihat Sayang dan Amel dari atas sana " Anna tersenyum.
" Apa sayang cakap ni ? " Melvio risau dengan keadaan Anna. Dia tidak senang apabila Anna berkata seperti itu.
Anna hanya mampu tersenyum dan meletakkan Amel yang didukungnya ke tilam bayi di sebelah katilnya.
" Sayang boleh peluk Anna tak ? Peluk kuat-kuat" Melvio hanya mengangguk dan memeluk isterinya seerat mungkin.
" Terima kasih kerana Sayang sanggup jadi suami Anna sampai saat ini. Anna harap sayang maafkan Anna jika Anna ada sakitkan hati abang... " Anna menarik nafas . Dadanya semakin sakit .
"Sayang adalah hal terindah dalam hidup Anna " Melvio menangis. Dia tidak dapat menahan dan menerima hakikat bahawa isterinya akan pergi.
" Shh.. apa sayang merepek ni . " Melvio pura-pura tertawa , menghilangkan sakit dihati.
Anna hanya mampu tersenyum lalu mengucup bibir suaminya sebelum bunyi mesin yang panjang dan tangisan bayi .. membisingi bilik tersebut.
Melvio tidak dapat lagi menahan tangisnya. Dia berteriak dan memeluk tubuh isterinya yang sejuk itu. Dia tahu bahawa isterinya sudah pergi . Amel yang menangis dipujuknya dan dikucup .
" Daddy janji . Daddy akan jadi daddy dan mummy Amel dan Daddy akan jaga Amel sebaik mungkin " Amel berhenti menangis dan tersenyum . Seolah-olah dia memahami apa yang Melvio cuba sampaikan .
The end
YOU ARE READING
HATI Yang Tersakiti ✔️
KurzgeschichtenKerana sering dibuli , Anna Joey , remaja yang cantik namun tidak mempunyai harta kekayaan telah menyimpan perasaan terhadap 'hero' kesayangannya iaitu , Melvio Rivera yang telah menyelamatkan dirinya setiap kali dia dibuli. Namun Anna sedar bahawa...