Part 5

175 8 1
                                    

" Doktor , bagaimana dengan keadaan adik saya ? " Soal Gabriella kepada Doktor yang merawat Anna.

" Kamu kena tabah . Anna hanya mempunyai waktu selama 1 bulan sahaja. Selepas dia bersalin, ada kemungkinan dia tidak dapat diselamatkan dan ada kemungkinan dia dapat hidup tetapi hanya untuk sebentar sahaja. " Ujar Doktor Tasha. Gabriella hanya mampu menahan tangisnya.

******

" Kakak , Anna nak minum " Anna dengan mukanya yang pucat berusaha untuk berdiri. Namun Gabriella pantas menghalang.

" Kau ni tak reti ke nak duduk diam. Kau tu sakit" Gabriella membebel lalu menghulurkan Anna segelas air. Rambut Anna yang banyak di katil dipungut lalu dibuang ke dalam tong sampah.

" Anna minta maaf banyak-banyak sebab dah susahkan Kakak. " Anna menunduk . Dia sangat sedih apabila membayangkan nasibnya .

Anna berpaling lalu mengambil telefonnya lalu mendail nombor suaminya.

" Hai sayang " Melvio yang sedang 'berseronok' dengan Neeli menjawab.

" Hye. Emm sayang , boleh tak saya duduk satu bulan lagi kat sini? Seronok sangat!!! " Anna berpura-pura membuat suara gembira. Melvio apalagi, bersinar terus matanya .

" Boleh sayang !! As you wish . Sayang hati-hati tau kat sana . I love you ! " Ujar Melvio girang. Dia tidak sangka peluang untuk bersama-sama dengan Neeli semakin bertambah.

" I love you too... " Anna menjawab sebelum telefon dimatikan. Anna tersenyum. Perutnya diusap-usap. Matanya semakin layu dan akhirnya tertutup sebelum dia mendengar bunyi mesin yang laju.

*****

Gabriella menendang pintu apartement dimana Anna dan Melvio tinggal. Sebaik sahaja pintu terbuka , kelihatan Neeli yang berbaju seksi dan Melvio yang separuh bogel. Mata Gabriella terbeliak lalu dia menuju ke arah Melvio dan PAP!! Pipi Melvio ditampar kuat.

" Kau ni memang suami tak guna kan ?! Kau tau tak isteri kau sekarang ni sedang bertarung nyawa? Kau tau tak ?!! " Gabriella menjerit kuat. Dia tidak tahan melihat Anna yang sekarang seperti nyawa-nyawa ikan tanpa sokongan seorang suami.

Melvio tersentak.

" Apa yang kakak maksudkan ni? " Soal Melvio yang masih belum menangkap apa yang Gabriella sampaikan.

" Hah! Lain kali jangan bermesraan dengan perempuan sundal ni ! Kau tau tak isteri kau sekarang tengah mengandung ?! Kau tau tak isteri kau sanggup mati disebabkan kanser dan biarkan anak kau hidup di dunia? Dan kau ? Apa yang kau buat ? Kau curang dan pergi dengan betina ni!! " Gabriella menunjal kepala Neeli .

Melvio tergamam.. Dia tidak menyangka bahawa selama ini isterinya berpura-pura bodoh dan menderita penyakit itu. Dia menyesal.

" Kalau kau masih sayangkan Anna . Kau pergi lawat dia sekarang sebab masa dia tak lama lagi. Jangan sampai kau menyesal Melvio" Ujar Gabriella lagi sebelum melangkah keluar.

Tanpa membuang masa , Melvio segera ke bilik dan memakai baju. Dia ingin melihat isterinya. Air mata mula membasahi pipi .

" Sayang awak nak pergi mana? Jangan cakap yang awak nak pergi lawat betina sundal tu! Bukan ke itu yang awak nak? Dia mati dan kita dapat bersama-sama. Kan sayang? Bolehlah kita.... " Belum sempat Neeli menghabiskan ayat, tangan Melvio menampar pipinya.

" Kau jangan sesekali cakap isteri aku sundal! Now get the hell out from here ! I dont want to see you anymore " Melvio menempelak .

Neeli mendengus! Dia tidak menyangka Melvio sanggup menamparnya. Neeli kemudian mengambil begnya lalu melangkah keluar dari apartment Melvio

HATI Yang Tersakiti ✔️Where stories live. Discover now