Bab 6

265 6 2
                                    

Bab 6

Bab 6

Aku dongak memandang ke langit. Dari tadi mendung je tapi tak ada tanda-tanda nak turun hujan. Sesekali melihat pemandangan malam di beranda. Cantik. Segala puji kepada Allah.

Mata aku terhenti pada Una yang sedang bermain di tepi kolam. Betul lah, kata mama yang mama akan ubah Una jadi perempuan melayu sejati. Penampilan Una sekarang nampak manis, tak lagi mengenakan skinny jeans, malah skirt labuh dan kadang-kala Una berkain batik. Baju pula bukan macam dulu, kadang baju kurung pahang, kadang tshirt besar tapi kosong. Sedap mata memandang cuma tulah. Kan lagi bagus, kalau Una tutup rambutnya itu. Akan tampak lebih sempurna.

Tak sedar berapa lama aku merenung kearahnya, suara bingit Una menyedarkanku.

"Tolong...tolong" mataku terbeliak melihat Una yang berada di dalam kolam. Una jatuh kolam? masa bila pulak ni..

Sabar..sabar Alan, jangan panik, jangan panik...Melihat langit yang semakin gelap aku tahu mama sudah lama beradu di katil empuknya. Aduh, apa aku nak buat ni? nak lompat dari tingkat satu? argh, macam kau tak biasa..

Sekelip mata, aku terjun ke dalam kolam..tubuh Una yang mula lemah dan longlai aku paut dan bawa ke atas. Kedua pipinya aku tepuk perlahan

"Una...Una...awak boleh dengar tak?" Melihat tiada respon darinya. Aku tepuk lagi sedikit kuat. Masih tiada respon. Kali ini aku baringkan dia atas lantai kayu kemudian aku tekap kedua tapak tangan di dadanya.

"Una!..Una..!" suara aku semakin panik.

Kedua matanya mula berkedip dan perlahan-lahan mata itu memanah tepat ke dalam mata hitamku. Kami bertatapan mata seketika.

Aku menghela nafas kasar, syukurlah..perlahan aku jarakkan jarak antara kami. Aku pandang baju di tubuhku yang sudah basah lenjun. Sama sepertinya. Tak pasal-pasal mandi tengah malam. Air kolam pula sejuk.

Una pasang sila dan terkebil-kebil melihat ke arahku. "Te..terima kasih.." ucapnya terketar-ketar. Aku jeling dia tajam. "Dah tau tak pandai berenang yang gatal sangat nak berenang tu kenapa?"

"Sa..saya ter..jatuh" balasnya. Aku angkat kening. Belum sempat aku bicara dia terlebih dulu lancang berkata "Saya dongak ke atas masa tu, saya nampak awak pandang saya..macam nak makan saya je. Saya cuba nak tanya awak..tiba-tiba saya terjatuh ke dalam kolam" lancar bicaranya kali ini. Dan mata aku, berkedip tak henti. Erk, aku ke puncanya?

"Ehmm..ehmm, saya rasa awak patut masuk dalam, tukar baju, lepastu tidur" ucapku pantas sambil berdiri. Belum sempat aku pergi, tangannya memegang lenganku. Ish, beraninya dia ni, Mata aku jegil kearahnya tajam.

"Maaf, tentang hal yang mama bicarakan tu, saya tak kisah.." ucapnya laju-laju sambil melepaskan pegangannya. Aku angkat kening. Tak kisah? maksudnya?

"Jadi awak tahulah yang mama memang ada niat nak jodohkan kita?" soalku dan dia angguk laju. Aku hela nafas, rasa tak selesa pula nak bicarakan tentang ni sekarang, nak nak dengan situasi yang macam ni...dengan dia yang lenjun, aku pun lenjun, hiss...minta di jauhkan syaitan-syaitan yang berbisik. "We will talk about this later, not now" dan aku terus melangkah laju ke bilik. Pintu aku kunci. Bahaya betul.

***

Keesokkan harinya, aku demam panas! Semuanya gara-gara aku terjun kolam renang pukul 3 pagi. Terpaksalah aku ambil MC harini. Nasib baik ada Amri dan Zayed yang boleh cover aku di klinik. Aku agak esok jammed lah otak si Amri tu..mana taknya, kerja berderet. Jangan dia laporkan pada pejabat buruh sudahlah! Mungkin aku patut bagi dia bonus ataupun ambil doctor baru lagi. Senang sikit. Memang dah lama pun aku berniat nak tambah. Mungkin aku patut betul-betul serius mencari. Tiba-tiba aku teringat dekat Zarina.

For The Second ChanceWhere stories live. Discover now