Bab 3

1.3K 32 9
                                    

Bab 3

Masih kekal tegas dan tetap dengan pendirian. Tu sememangnya aku. Tangan ini memeluk tubuh yang sedang bersandar pada pintu gelongsor. "No ma..No!" Tegas aku lagi.

Aku memang agak dah, mama dan Una ada something di belakang aku. Padanlah si Una sanggup buatkan aku kopi padahal bukan aku minta dan siap masak makanan favorite aku lagi. Padan juga lama je berkepit dengan mama dalam bilik. Memang dah agak, cuma aku tak agak akan jadi seserius ni.

"Kenapa pulak tak?" Mama turut sama membentak. Aku geleng kepala.

"No ma....Ini bukan benda main. Ni benda serius!"

"Sebab tu mama serius!" Sahut mama.
Wajah ku tegang tubuh mama aku tarik dan bahu dia aku paut. "Ma...kita tak kenal dia tahu" perkataan dia aku tekan tapi mama tetap setia dengan senyuman tenangnya yang aku selalu kagum namun hari ini aku resah melihat senyum itu. Apa yang mama fikirkan langsung tak sampai sekarang akal aku.

"Tak kenal..boleh kenal kan. bukan masalah besar pun" mama jauhkan tubuhnya dari aku. Dia duduk di atas sofa dengan tenang.

Erk, nak terkehel leher pandang mama. Tak percaya betul mama yang ucapkan kata-kata itu. mana mama aku yang garang ni pergi yang depan mama ni terlalu lembut dan baik dengan budak bernama Una ni.

"Ma...."

"Ke... Alan takut nanti Alan jatuh dengan dia" pangkas mama sambil jongket kening menatap aku dan Una silih ganti.

"Jatuh apa pulak mama ni.." wajah sugul Una aku pandang tak puas hati. Saja je kau eh, kau memang dah tau plan mama kan? Saja je buat muka comel tu!

"Jatuh cinta lah!" mama ketawa. Aku jegilkan mata.

Erk, aku pegang leher sedikit. Sikit lagi nak terkehel aku rasa. mama ni memang lah kan..

"No ma. memandai je" aku geleng kepala. Una aku jeling sedikit. Terkebil-kebil dia balas tatapan aku. Dia ni takde perasaan ke? Dia sedar ke tak ni yang mama nak jodohkan dia dengan aku?

Aku kahwin dengan dia ni? huh, memanglah dia okey.... tapi aku yang tak okey!

"Dah, kalau gitu Alan tak ada sebab nak menolak. Una akan tinggal sini dengan kita. Alan, bukan dia duduk saja-saja niat dia baik. nak datang kerja ...boleh si Una teman Mak Tom sekali nanti" bila mama dah keluarkan kuasa veto dia aku hanya mampu mengikut.

"Give me time, mama. Esok Alan kerja, Alan nak mintak izin rehat dulu" Aku rasa macam nak demam dah ni. Demam kerana hajat tiba-tiba mama. Mama tatap aku lama sebelum dia akhirnya angguk kepala. Una? Aku malas nak pandang dia..lantaklah. Gamaknya dia dah awal-awak setuju nak kahwin dengan aku kot? Tu yang dia senyap aje.

***

Mata ini terpejam rapat dan hidung ini menarik nafas dalam-dalam kemudian aku hembus perlahan. Aku buka mata saat mendengar suara bising dari arah bawah. Una sedang memerhati mama dengan tekun dan mama bersungguh-sungguh berkata sesuatu. Tanpa sedar aku tersenyum kecil. Tangan memeluk tubuh sendiri. Bahagia betul mama. Pelik, kenapa mudah sangat mama terima Una dalam rumah ni. Pelik yang memang pelik.

Bila aku renung tubuh dia. Pakaian dia sudah bertukar dan mestilah mama punya angkara. Baju kurung Pahang tersarung indah di tubuh itu. Cantik, nampak sesuai saja di tubuh dia walaupun besar dan sedikit longgar tapi tidaklah menggelebeh macam baju yang dia pakai masa pertama kali aku nampak dia.

"Ni pokok kesayangan mama"

Mama? amboi mama ni...awal dia claim mama kau jadi mama dia ye. Macamlah aku dah setuju nak kahwin!

For The Second ChanceWhere stories live. Discover now