Bab 1

3K 45 0
                                    



Bab 1

Mata ini dok menjeling kearah dia. Bukan aku sorang je tapi mata lain juga sama. Nak kata sebab perwatakan dia menarik sampai menarik perhatian semua.... Langsung tak. Nak kata tak menarik, juga tak sebab banyak mata yang sedang memandang kearah dia.... dengan pandangan yang sama, curiga.

"You, I takutlah...jomlah kita cari kedai makan lain, please.."

Rayu seorang perempuan yang sedang duduk bertentangan tempat dudukku.

Campur dengan kali ni dah sepuluh kali dia dok main pusing-pusing kawasan taman ni. Berjalan menonong dengan muka tanpa perasaan. Aku perasaan kesan peluh di belakang baju kemejanya yang besar dan lusuh itu. Dengan seluar Jeans lusuh yang terkoyak di lutut. Aku geleng kepala. Fesyen budak zaman sekarang. Haih.....Macam-macam. Mana pergi mak ayah budak ni? Tak reti jaga anak ke? Panas pula rasa hati ini.

Buat pertama kalinya dia berbalas pandang dengan aku. Terkelu aku ketika melihat kedua mata itu. Bulat. Tapi sayangnya pudar tanpa cahaya. Hanya sekejap kemudian dia cepat larikan anak mata kearah depan kembali. Meneruskan jalan yang aku tak tahu ke mana destinasi dan bila dia akan berhenti.

Tapi, walaupun sekejap penangan jelingannya mampu buat jantung aku berdegup hebat. Aku terus pandang dia..Nak kata senam pagi, dah tengah hari. Pakaian pun tak sesuai kalau kata nak bersenam. Kot ye pun pakailah sport shoes ini tidak selipar Jepun masuk jamban dia sarung. Yakinlah aku, budak ni mesti jenis yang kes lari rumah. Haih...Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang.

Aku dulu tak ada masa nak main pun. Jadual seharian padat dengan sekolah lagi, kelas tambahan lagi....Petang ada kelas mengaji dengan mak Tom, bibik rumah yang aku dah anggap macam mak sedara.. dan malam ada kelas tusyen. Memang dari dulu mama yang susun jadual aku. Memang padat. Tapi aku berterima kasih dan kerana mama.. aku berjaya jadi macam ni sekarang.

Aku berjalan ke kaunter. Not sepuluh ringgit bertukar tangan dan baki aku suruh dia simpan. Apalah sangat bersedekah. Tak luak pun duit aku. Aku pun sedekah berapa ringgit je tu. Bukan banyak pun.

***


Bila aku menapak ke Civic hitam berkilat milikku. Hitam berkilat sebab baru basuh semalam. Kalau tak Hmm...haram nak tengok-tengok body dia..Reti pakai je, basuh jarang-jarang kengkangan masa katakan.

Padanlah mama bising suruh aku kahwin cepat. Risau aku membujang sampai ke tua. Takut tak ada siapa nak jaga.

Rupa dah ada...Kot... kalau tak ..tak kan lah bising satu klinik main sakat-sakat aku dengan nurse dekat sana. Suka hati je mereka tu dan aku hanya tersenyum. Nak buat apa lagi. Nak kata marah? Err aku pun seronok sama sebenarnya. Nakal juga aku ni...Dah kata lelaki.

Duit? .. Alhamdulillah. Impian aku untuk dirikan sebuah klinik dah tercapai. Duit dah ada dan aku rasa cukup kalau nak tanggung hidup aku dan isteri...Kalau rezeki anak ada dengan anak-anak aku masih mampu tanggung. Kalau kata tak cukup, aku boleh cari lagi. Tapi itulah adehh...Isteri pun tak ada. Berangan je lebih aku ni.

Pendidikan? Aku seorang doktor kot. Kalau tak ada pendidikan tak kan aku mampu nak dirikan klinik atas usaha sendiri. Aku senyum segaris di bibir. Terima kasih pada mama tak lepas aku ucapkan dari dulu sampai sekarang.

Ikut kata mama, aku lengkap serba-serbi. Tapi kenapa aku rasa mama macam bohong,eh? Kalau kata lengkap tak ada ke perempuan yang nak dekat aku?

Eh. Aku garu kepala. Bukan patut aku ke yang dekat dengan perempuan dulu? Patut nya begitu lah. Tapi entah, hati masih tak ada detak istimewa dengan mana-mana perempuan lagi. Boleh jadi aku terlalu sibuk dengan kerja sampai tak ada buat yang satu itu. Aku memang bantah bila mama pernah tanya yang aku ni lurus ke bengkok.

For The Second ChanceWhere stories live. Discover now