Bab 8

17 0 0
                                    

Bab 8

Sebulan jugaklah makan masa untuk Una betul-betul sihat. Mama betul-betul pantau ketat segala pergerakan Una. Dah macam naik sheikh aku tengok Una tu, kalah anak mama yang sorang ni.

Aku buat-buat sibuk mengemas majalah di meja ruang tamu. Sesekali mata menjeling kearah Una dan mama yang sedang sibuk menyediakan makanan tengah hari. Oleh kerana harini aku masuk shift petang maka tersadailah aku di sini bersama mereka. Channel Tv aku tukar, entah kali berapa...tak berkenan nak tengok TV pun. Dulu, masa Epul masih sihat...dulu-dulu masa kami muda remaja..selalu jugalah berebut remote tv. Sejak Epul sakit ni, sunyi betul rasa rumah...Tak macam dia, Epul sangatlah manja dan kebudak-budakkan jika bersama dia dan mama tapi jika di luar, Epul sangat berkarisma. Kadang nampak macam dia pulak yang abang dari aku. Tinggi kami pun takdelah jauh beza sangat. Aku 180 cm dia pulak 182 cm. Alah, mana ada yang perasan pun.

"Alan.."panggilan mama mematikan lamunanku. "Pergi kedai kejap, mama lupa nak beli daun ketumbar" jerit mama dari dapur. Aku angguk patuh. Usai menukar seluar. Kunci kereta aku capai dan terus berlalu ke luar.

Belum sempat aku panaskan kereta, Una muncul di hadapanku. Dah kenapa? "Nak ikut ke?" soalku polos.

Dia angguk kepala. Belum sempat tarik pintu, aku menyoal lagi "Ada nak beli apa-apa ke?" bukan aku taknak bagi dia ikut tapi entah...saja bertanya..

"Mama suruh saya ikut, dia kata takut awak lupa.." aku mencebik. "Setakat daun ketumbar, saya pun kenal.."balasku taknak kalah.

Una ketawa kecil. Ish, serius comel! "Bukan tu je, mama ada pesan beli barang lain juga..kalau awak dah siap soal saya, jom lah kita gerak, kita pergi kedai dekat sini aje...tak payah masuk pasaraya besar" hujahnya panjang lebar. Memang aku nak pergi kedai runcit aceh depan rumah ni aje. Malas nak masuk pasaraya besar tu. Nak redah traffic light bagai.

***

Seperti biasa, aku hanya mengekori dari belakang. Dah bawa assistant kan? haruslah aku goyang kaki je...cuci mata..

"Kadang saya nampak awak ni, macam dah biasa buat benda-benda ni.."ucapku memecahkan kesunyian. Una berpaling padaku di belakang. Dia hanya mengulas senyuman tanpa membalas dengan kata-kata.

"Awak hantar ni masuk kereta dulu boleh? saya nak tengok kedai sebelah kejap.." aku hanya mengangguk. Plastik bertukar tangan. Kami terus ke haluan masing-masing. Terus aku start enjin kereta dan menanti Una di sini. Aplikasi Instagram aku buka, tangan ralit mengetik button like

'Eh, Rina dah ada pakwe ke?' soalku dalam hati sambil melihat gambar yang dimuat naik oleh Zarina.

'Handsome jugak...tak bagi tau pun...patutlah jual mahal' sambungku lagi sebelum menutup aplikasi itu Kembali. Kali ini, butang app warna hijau pula aku tekan.

***

Jam tangan aku kerling. Lama pulak Una ni pergi, takde pulak nampak bayang Una keluar dari kedai itu. "Tak boleh jadi ni...apa yang lama sangat ni" aku mengeluh sambil mematikan enjin kereta. Dah dekat 20 minit aku tunggu.

Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kedai, nampak Una yang sedang memegang dua helai shawl di tangan. Nampak wajah itu sedang bingung. Lah, shopping tudung ke? perempuan kalau shopping memang lama, eh? Tapi buat apa...Una bukannya bertudung..

"Lama lagi ke?" terkejut Una bila aku berdiri di sebelahnya. Sempat tangannya naik mengurut dada. Dia pasang wajah bingungnya kembali "Awak rasa mana yang sesuai?" aku pandang shawl yang berwarna sage green dan nude di tangannya..

"Untuk siapa?" soalku tak menjawab soalan.

"Mama..saya saja nak belikan mama hadiah." Aku angguk kepala. Oh, bukan untuk dia. Entah kenapa, hati aku sedikit kecewa. Kalau dia pakai, mesti cantik juga!

"Warna hijau ni lah, mama suka hijau.." dia angguk kepala dengan senyuman. "Saya agak dah. Akak, saya ambil yang ini lah" shawl bertukar tangan pada penjual. Belum sempat dia bayar, aku keluarkan dulu beberapa keping not berwarna merah.

"Kira sekali yang ni kak" aku ambil shawl yang berwarna nude tadi dan dua kali warna putih dan hitam.

"Untuk siapa?" soal Una pula.

"Yang ini, saya hadiahkan untuk awak. Saya harap satu hari nanti, rambut panjang awak ni...hanya untuk tatapan suami awak Husna"ujarku lembut sebelum berlalu pergi. Tak sedar, aku senyum sendiri. Kejap. Suami dia tu maksudnya aku lah kan? Aku garu kepala. Baru nak pusing belakang, bahu aku berlanggar dengan bahu halus Una.

"Terima kasih" ucapnya lembut sebelum kami sama-sama berjalan menuju ke kereta.


ps/ ada lagi ke yg baca kisah AlanxUna ni? :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

For The Second ChanceWhere stories live. Discover now