bab9

3.5K 166 0
                                    

Alhamdulillah. Dengan satu lafaz sahaja gadis ini sudah sah menjadi isteri kepada Aryan Hick

"Tahniah bro" ucap Fayen.

"Felicidades [tahniah]" kata Kaiden pula.

"Congratsss" kata dua orang lelaki itu dengan serentak.

"Thanks bro" kata Aryan dengan senyuman yang lebar.

Semua tetamu sudah semakin berkurang. Hanya tinggal baki sisa 8 ke 7 orang sahaja yang masih lagi sibuk berbual.

"Bu..adik penatlah" kata Asy yang sudah memegang kepalanya. Konon-konon peninglah katakan.

"Adik naiklah bilik dulu. Nanti ibu suruh Aryan naik sekali ya" kata puan Aza.

Kaki mula menaiki anak tangga.

Sesudah sampai di bilik, Asy mencapai tuala di bahu katil yang telah disediakan oleh pembantu rumahnya. Gadis itu berjalan menuju ke arah bilik air.

*   *   *
Selesai sahaja membelit badan  dengan tuala, Asy baru teringat yang dia terlupa hendak membawa baju tadi !

Asy mengulang-alik di dalam tandas.

Sedang gadis itu sibuk memikirkan cara untuk keluar daripada toilet ini , tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu bilik air yg dia berada.

"Asy ! Lambat lagi ke ?" jerit Aryan yang masih lagi setia mengetuk. Kaki sudah menari ke kanan dan ke kiri.

Damn.

"Ya!" ucap gadis itu separa menjerit.

30 minutes ago..

Tiada suara lelaki itu. Mungkin dia sudah keluar.

Gadis itu melangkah keluar daripada bilik air  lalu memandang ke arah sekeliling. Takut juga kalau Aryan sorok dekat belakang pintu ke. Dalam almari ke. Hah mampos.

Asy menarik nafas lega apabila mendapati Aryan tiada di dalam bilik. Nasib menyebelahi dirinya.

Pintu almari dibuka.

Usai mengemaskan diri dengan memakai pelbagai jenis lotion , Gadis itu merebahkan badannya diatas katil yg empuk bersama telefon ditangannya. Mana lelaki itu pergi? Lama betul layan tetamu.

"Love ?" , pintu biliknya diketuk perlahan. Asy lekas menuruni daripada katilnya dan membuka pintu.

"Abang? Lambat naik" , kata gadis itu lembut.

"Abang baru je halau Fayen. Kalau tak dia nak tidur sini malam ni" , Aryan melangkah masuk ke dalam bilik tidur isterinya. Badannya diregangkan sehingga menghasilkan bunyi yg kuat.

Tuk..tuk

"Kenapa tak kasi je Fayen tidur sini. Kan ada bilik tetamu kt sebelah?"

Aryan memandang isterinya.

"Tak boleh. Nanti dia kacau momen kita berdua" , kata Aryan selamba sebelum dirinya membuka baju melayu yang tersarung.

Gulp.

"Pergilah mandi. Saya nak pergi turun bawah sekejap" Asy membuka pintu biliknya dengan cepat.

"Jangan lama-lama" , sempat lagi Aryan mengusik dirinya. Sesekali jejaka itu tertawa kecil.

Mandi lebih baik.

           Fuh itu kalau tiba-tiba dia terkam aku macam mana ?! ihh taknak taknak. Peti ais dibuka. Hmm , air apa ye sedap..

Jus Oren.

Cawan dicapai. Gadis itu terus meminum dengan perlahan. Kang laju2 tersedak pula.

"Huh.. leganya" Asy menghampiri singki. Dibasuh cawannya sebelum dia kembali menyusun di tempat asal.

"Psst.."

Asy terkaku. Apa pulak dah..

Satu , dua , tiga

"BAHH !"

"Arghh!!" , Asy menumbuk wajah Ryan.

Bukkk

"Aduh!" , Ryan selamat mendarat diatas lantai manakala adiknya sedang ternganga besar.

"Abang!!" , Asy menghampiri abangnya.

Wajah abangnya dipegang kemas. Fuh nasib baik tak kuat.

"Adik! Kenapa tumbuk muka abang! Dah tak hensem dah" , kata Ryan meleret.

"Erk.. manalah adik tahu abang nak kenakan adik"

Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan.

"Gurau sikit pon tak boleh" Ryan masih lagi setia memegang wajahnya yg baru ditumbuk. Auch.

"Lain kali jangan kacau orang. Mujur adik tumbuk , kalau adik tendang tadi macam mana ? Lagi teruk abang kena kang" , ujar gadis itu bangga.

Itulah akibatnya. Kenakan orang lagi.

"Report kan Aryan" , lekas abangnya itu berdiri.

Asy susah membuntangkan matanya. What? Aryan?

"Eh- eh abang nak cakap apa dekat dia ?!" , kata gadis itu penuh kerisauan.

"Abang nak kata adik tumbuk muka abang" , Ryan terus berjalan menghampiri tangga.

"Janganlah. Abang nak robohkan masjid yang baru dibina ke bang !?" , mula dah drama adiknya itu. Ingat aku kisah ? Huahaha

"Assalamualaikum sahabat" , Ryan mengetuk pintu bilik adiknya.

Asy dengan pantas mencubit pinggang abangnya kasar.

"Auch" , Ryan memandang adiknya tidak percaya. Kenapa dia yang kena? Kenapa? Jawab author.

Pintu akhirnya dibuka dari dalam. Terserlah la wajah Aryan yg sedang memandang ke arah mereka berdua silih berganti. Dah apahal ni?

"Sahabat , ana datang ke mari ingin menyampaikan hajat" , sambung abangnya lagi.

Asy disebelah sudah tersengih.

Aryan mengerutkan dahinya.

"Ana ingin- hmphh" , belum sempat Ryan ingin menghabiskan ayatnya itu, Asy terlebih dahulu menutup mulut abangnya.

Jangan harap.

"Nothing happen abang. Go sleep okay" , Asy menarik telinga abangnya ke ruangan sebelah. Pintu kamar milik Ryan dikuak kasar.

"Masuk abang Ryan! Pergi tidur sana. Shuh shuh" , Halau gadis itu sebelum pintu ditutup kembali. Tinggal la Ryan yg sedang selamat mencium lantai itu.

Apa salah aku.

Aryan menarik tubuh isterinya mendekat. "Mana Ryan?" , soal jejaka itu.

"Tidur dah dia"

Aik , cepatnya tidur.

"Biasalah tu abang. Kena tepuk sekali baru dia boleh tidur" , potong Asy seperti tahu apa yang bermain di fikiran suaminya.

Aryan hanya mengangguk faham.

"Malam ni kita rest saja" , Aryan memeluk pinggang isterinya erat. Mata dipejam. Ngantuk dah ni.

Asy menghela nafas lega.

Alhamdulillah.

"Sleep sweetheart" , Aryan menepuk-nepuk punggung isterinya seperti menyuruh untuk tidur.

"Esok kerja?" , Tanya gadis itu.

"Hm , kerja. Tapi sekejap je. Pukul 11 abang dah balik" jawab Aryan mendatar.

Diam.

"Nak ikut?" , Aryan membuka kedua belah matanya.

Asy mengangguk. "Boleh"

"Okay" , matanya kembali ditutup.

"Esok pukul 8 mesti dah siap" , sambung Aryan lagi.

"Aip aip captain" , ucap gadis itu kecil.

My Hot MafiaWhere stories live. Discover now