Asy menggoyang-goyangkan tubuh suaminya dengan lembut.
"Awak bangun" , Asy elok sahaja bercekak pinggang melihat suaminya yang masih lagi terlena itu. Aryan membuka matanya lalu dia terhenjot sedikit ke belakang.
Asy berpakaian serba putih.
"Awak dah kenapa ?" Asy pula sudah memandang sekeliling.
"Sweetheart..terkejut abang. Kenapa pakai macam tu ?" Katanya seraya duduk dibirai kasur.
"Lah. Saya nak ajak awak solat subuh lah ni! Cepatlah bangun!!" Kata gadis itu lalu menarik tangan Aryan supaya bangun.
Aryan memberatkan badannya sekali lagi. Asy dengan pantas melepaskan tangannya
Aryan hanya tersenyum nipis. 'merajuk pula ke' getus hati lelaki itu.
Asy membentangkan sejadah mengikut ke arah kiblat. Biarlah dia solat sendiri. Ada suami bukannya nak jadi iman..
Dengan pantas Aryan menarik tubuh gadis itu masuk ke dalam dakapannya.
"Abang minta maaf okay? janganlah marah" Pujuk Aryan.
"Kejap. Abang pergi amik wudhuk" Kata Aryan lalu menuju ke bilik air.
Asy pula sudah tersenyum lebar.
Jam sudah menunjukkan pada pukul 8 pagi. Aryan masih lagi setia menunggu kelibat isterinya yang masih bersiap-siap di bilik.
Seketika jam ditangan kirinya dipandang.
"Dah siap abang" , kedengaran suara Asy menuruni anak tangga.
"Come on. Kita dah lambat ni sweetheart" , Aryan membuka pintu utama.
"Ibu , adik pergi dulu" kata gadis itu riang.
"Hati-hati adik.. jangan susahkan suami kamu!" , jerit Puan Aza yang berada di dapur itu.
Aryan membukakan pintu kereta untuk isterinya. Tidak lama itu jejaka itu pula masuk ke ruangan tempat pemandu.
Perlahan-perlahan kereta Lamborghini hitam milik Aryan keluar daripada perkarangan rumah ibu mertuanya. Jejaka itu meneruskan perjalanan dengan penuh bergaya.
"Abang nak saya temankan abang masuk dalam bilik meeting tu sekali?" , Tanya gadis itu tiba-tiba.
"Eh tak payah. Sweetheart duduk je dalam bilik abang tu sampai abang datang" , kata Aryan prihatin.
Asy hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Usai mengemas baju. Asy berjalan menuju ke arah ruang tamu.
Asy memeluk Puan Aza.
Masing2 melepaskan tawanya di dapur.
"Milio" panggil Ryan.
Aryan menoleh.
Orang yang rapat dengan dia sahaja boleh panggil guna nama tu.
"Nanti malam jangan buat kasar sangat. Adik aku tu lembut orangnya. Kang tak pasal-pasal baru setengah jalan dah pengsan" Ryan melepaskan tawanya dengan terbahak-bahak.
Asy yang mendengar itu lantas datang ke arah abangnya lalu memukul dengan sekuat hati. Ada je nak cari pasal dengan aku!
"Ah ah sakitlah dik!!" , rayu Ryan seraya bersembunyi di belakang Aryan.
Puan Aza dan suaminya itu hanya mampu menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Adik. Sudah la tu. Kesian abang" kata ayahnya pula. Asy terus memberhentikan perbuatannya. Dia sempat menjeling tajam ke arah Ryan.
Ryan menggangkat kening " hah apa apa ??" Aish mamat ni. Aku terajang jugak jap lagi.
"Adik pergi dulu lah ibu. Malas nak layan si kambing ni. Buat sakit hati je" kata Asy lalu menyalam kedua-dua ibu bapanya itu.
"Amboi-amboi , suka hati je nak cakap abang dia ni macam tu ea! Tak takut dosa ke?" Kata Ryan seraya tersenyum sinis.
"Dah memang perangai abang Ryan macam tu! " Asy berjalan menuju ke arah abangnya lalu menghulurkan tangan.
Ryan berpeluk tubuh.
"Erm awak.."
Aryan menoleh kearah isterinya lalu mengangkat kening tanda 'apa?'
"Boleh tak kalau kita singgah supermarket kejap. Saya nak beli barang sikit" , kata Asy.
"Barang apa?" Kata aryan
"Adalah" jawab Asy.
"Okay"
"Mana serbuk penaik ?" Mataku melilau mencari serbuk penaik.
Asy menjongketkan sedikit kakinya. Ah hampa! Tak sampai jugak. Tiba-tiba ada tangan yang mengambilkan serbuk penaik tersebut.
"Lain kali kalau perlukan bantuan. Minta tolonglah kt abang. Dah tau diri tu pendek, tak payah nak acah-acah tinggi" , perli Aryan.
Asy terus menjeling lalu mengambil serbuk penaik ditangan Aryan. Lelaki itu mendengus kecil.
"Tau lah aku pendek! Tapi tak payahlah nak perli aku bagai. Nyampah" kata gadis itu perlahan seraya menolak troli.
Aryan dibelakang hanya mampu mendengar. Merajuk la pula
"Awak ca --" Aryan menyampuk
"Abang" kata jejaka itu lalu menikam tajam ke dalam anak mata milik gadis itu.
Seram.
"A-abang."
"Hm?" Aryan menggangkat kening
"Tolong ambilkan tepung kat atas tu..saya tak sampai lah" kata gadis itu seraya menunjukkan ke arah tepung .
Aryan hanya mengganguk seraya mengambil tepung tersebut.
"Nak buat apa ni?" Tanya aryan seraya memandang barang-barang yang hendak dibeli oleh isterinya itu.
"Hehe. saya nak try buat pancake" kata Asy.
"Oh , Biar abang yang bawa troli. Sweetheart just cari barang yang sweetheart nak cari tu" sambung Aryan seraya mengambil alih tempat Asy.
Asy hanya akur lalu berjalan mendahului jejaka itu.
Usai membayar, Aryan memberikan senyuman yang manis kepada isterinya.
"Thanks belanja" kata Asy.
"Sokay. Sweetheart kan isteri abang"
Cup.
Asy menutup mulutnya lalu membeliakkan matanya besar. Aryan pula sudah tertawa besar melihat kelakuan gadis itu.
Apabila sudah sampai di pekarangan rumah , Asy jelas terlihat sangat teruja! Gadis itu dengan pantas membuka pintu kereta lalu melihat pesekitaran rumah baharunya itu.
Aryan hanya tersenyum.
' Comel ' , kata Aryan perlahan seraya tangannya masih lagi ralit mengambil barang-barang yang dibeli tadi.
"Abang !!!" Jerit Asy.
"Ya sweetheart ?" Balas Aryan lalu berlari anak menuju ke arah tempat isterinya berada.
"Rumah kita ada swimming pool !?" Kata Asy dengan mata yg bersinar-sinar.
Aryan terus memandang ke arah swimming pool miliknya itu lalu tersenyum.
Buat terkejut aku je berlari tadi.
YOU ARE READING
My Hot Mafia
RomanceBehave with this Mafia🔥 !! [ Highest Rank : #1 in Komedi, Mafia, Wattpad, Muslim, Gila, Bunuh ] thanks for all your support dear 💕