O6

499 106 7
                                    

ryuha’s pov

Grateful.

Itu yang aku boleh katakan. Berkenalan dengan Jacob dan kawan-kawan dia tidak akan menjadi satu perkara yang aku kesalkan sampaikan bila-bila— hampir terlupa tentang masalah yang dihadapi.

“ Ryuha, saya nak tanya boleh tak? ” Hyunjae, salah seorang rakan Jacob, mula menghampiri aku. Aku mengangkat kening, “ Awak nak tanya apa? ”

“ Kenapa dengan lengan awak? Ada lebam besar dekat situ. ” Aku membulatkan mata sedikit, terus menarik lengan blaus ke bawah sedikit. Sedaya upaya untuk mengelak daripada kesan lebam itu diperhati oleh orang lain. Masalah besar bila orang lain mula perasan kewujudan lebam ungu ni.

Er, tak ada apalah. Ini, er. S–saya terjatuh. ”

Hyunjae berkerut muka, jelas sekali dia tidak mempercayai kata-kata aku. Dalam hati, aku mengutuk diri sendiri. Bagi alasan pun tidak logik! Mana mungkin lelaki ini mahu percaya. Kesan lebam aku nampak teruk sangat. Warnanya ungu kebiruan, sekali tengok pun dah tahu ianya sangat menyakitkan.

“ Lebam? Eh, sini nak tengok. ”

Jung Eunha— salah seorang rakan perempuan Jacob —menarik perlahan tangan aku, menyelak sedikit lengan blaus yang menutupi kesan lebam tadi. Sebaik saja mereka lihat lebam itu, macam-macam reaksi aku dapat lihat.

Oh gosh! Teruknya lebam ni, Ryuha. Awak tak nak pergi hospital ke? ” Eunha menyoal, nadanya kedengaran risau dan agak kuat. Serentak itu, Jacob, Younghoon dan Suyeon datang menghampiri aku.

Wait— kenapa dengan lengan ni, Ryuha? Bila kena lebam ni? ” Riak wajah Jacob berubah serius bila nampak lebam aku, merenung aku macam nak telan pun ada. Aku meneguk air liur, pahit.

“ Dia cakap dia jatuh. ” Hyunjae menjawab bagi pihak aku. Aku menggigit bibir, takut mereka akan tanya banyak soalan lagi. Aduh, cuai sungguh kau ni Kim Ryuha!

“ Jatuh? Mana ada orang jatuh sampai lebam macam ni. Ni macam kena pukul dengan objek tumpul. Ryuha, are you sure? ” Suyeon menyampuk sambil meneliti lengan aku. Aku kekal menunduk ke bawah, tidak mahu digesa untuk bagitahu perkara yang sebenar.

No, aku tak boleh bagitahu mereka. Mereka tak boleh tahu. Satu masalah besar akan timbul kalau mereka tahu tentang perkara ni.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

lullaby. jacobWhere stories live. Discover now