jacob's pov
— next day.
“ Gosh, I knew it! Aku dah agak. Lebam tu memang sebab kena pukul! Tch, dasar lelaki dayus. Sanggup dia? Ei, kalau dia ada depan mata memang aku belasah dia terus. ”
Suyeon membaling bantal kecil yang berada atas sofa, hampir terkena ke arah pasu bunga yang berada di sudut studio muzik aku. Eunha dan Younghoon tergeleng-geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang aku sampaikan. Hyunjae kekal diam, sekali sekala memerhati Ryuha yang masih menunduk ke bawah.
Ryuha tidak pergi kerja hari ni atas nasihat aku. Manalah tahu suami dia cari dekat pejabat, lagi parah dibuatnya nanti.
“ Suami Ryuha tu macam pyscho. I mean, bila dengar cerita Ryuha ni aku dah dapat agak lelaki tu ada masalah mental. Sekejap okay, sekejap jadi ganas. Euw, tak sangka wujud lagi orang macam ni. ” Eunha menambah, tunjuk muka disgusting.
“ Kita kena tolong Ryuha. So, any plan? ”
Suasana dalam studio kembali sunyi, hanya bunyi pen dibuka dan ditutup. Semua muka serius semacam, cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Aku menoleh ke arah Ryuha yang kekal membatu. Baru saja aku ingin membuka mulut, Ryuha tiba-tiba bersuara.
“ A-awak semua tak boleh tolong saya. Ia tak akan berhasil. Suami saya bukan macam yang awak semua sangka. Dia licik. Dia tak mudah untuk ditangkap. Saya pernah buat report polis, but no. It's getting worse than before. Dia pandai memanipulasikan fikiran orang lain. ” Nada suara Ryuha kedengaran pasrah, tidak berkeyakinan.
“ No way— omg, this is a serious problem. So, awak dah pernah bertindak sebelum ni tapi, tak berhasil? Saya baru je nak cadangkan idea tu. ” Younghoon tergaru-garu kepala. Buntu dibuatnya.
“ Mungkin ada caranya. ” Aku masih tak putus asa. Mesti ada, walaupun satu cara. Entah kenapa otak aku hari tidak dapat berfungsi dengan baik. Selalunya ada saja idea yang muncul secara tiba-tiba.
“ Ryuha, awak mungkin tahu apa-apa kelemahan suami awak, right? Something yang buat dia tak berani ganggu awak lagi. Mesti ada, kan? Tak mungkinlah tak ada. ” Hyunjae menyoal, namun Ryuha sekadar membalas dengan menggeleng kepala tidak tahu. Kelemahan?
Aku tersenyum. Ya, betul! His weakness. Kenapa aku tak terfikir perkara ni dari tadi?
“ I think I know his weakness. ” Semua isi bilik itu mengangkat kepala, memandang aku dengan pandangan curiga.
Eunha terkebil-kebil mata, " Kau tahu, Jacob? Eih, kau kenal ke suami Ryuha tu— ”
“ Ryuha. His weakness is Ryuha. ”
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
YOU ARE READING
lullaby. jacob
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ bae jacob being the best man ever in your life to protect you at all cost. ft. bae jacob. #O7. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020