O7

491 100 6
                                    

ryuha's pov

“ Ryuha, tell us. It's okay, you can trust all of us. Lebam ni bukan sebab jatuh kan? Awak— ”

Aku memotong kata-kata Jacob, menafikan sekerasnya, “ Tak! Ini memang sebab jatuh. Betul, s-saya tak tipu. ” Suara aku bergetar, menahan diri daripada mengeluarkan air mata. Bila lihat lebam tu, semua mimpi ngeri tu datang semula. Semua bayangan menakutkan itu menjelma kembali dalam ingatan.

“ Ryuha, don't cry. Kalau awak tak bersedia nak bagitahu, it's okay. But firstly, kita kena pergi hospital. Lebam awak ni teruk sangat. Saya sendiri pun takut nak tengok. ”

Eunha memujuk, menenangkan aku yang masih terus berdegil. Aku nak mengelak, tapi tiada apa yang aku boleh buat. Mereka semua bersetuju untuk temankan aku ke hospital jadi aku terpaksa akur walaupun terasa berat hati.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


7:30 p.m.

Ryuha, awak ada masalah ke? Mind to share with me? ”

Jacob bersuara buat kali pertama selepas melangkah keluar dari kawasan hospital tadi. Mujur jarak kondo kami dengan hospital tidak jauh mana, jadi kami hanya ambil keputusan untuk ke sana dengan berjalan kaki. Mereka yang lain sudah bergerak pulang memandangkan hari telah beransur gelap. Lengan yang ada kesan lebam tadi juga dah siap dirawat.

Aku menggeleng perlahan, tersenyum nipis ke arah Jacob, “ Tak. Tak ada masalah pun, Jacob. Apa yang doktor cakapkan tadi, awak lupakan saja ya? ” Jacob tidak menjawab. Mengangguk dan menggeleng pun tidak. Aku tahu dia masih ragu-ragu, tapi aku tak nak dia tahu tentang permasalahan yang aku tengah hadapi sekarang ni.

Lebam ni macam kena pukul dengan objek tumpul.

Sungguh, aku terkejut sebenarnya Suyeon boleh teka punca aku ada lebam tu— oh, Ryuha. Tolonglah, mana ada orang sebodoh kau untuk tidak terfikirkan perkara macam tu. Sudah pastilah lebam itu wujud disebabkan kena pukul.

“ Ryuha, jangan salah anggap tau. Saya bukan nak jadi busybody, tapi saya tahu awak ada masalah sekarang ni. Jadi, kalau awak rasa perlukan pertolongan, just ask me. Or, maybe my other friends. We can help you. ”

Aku mengetap bibir. Semua orang yang aku kenal, tidak kiralah sesiapa pun, semuanya cuba membantu. Jadi, kenapa aku perlu rasa takut sedangkan ramai orang nak hulurkan pertolongan?

Aku kekal diam sehinggalah kami berdua tiba di hadapan pintu kondo masing-masing. Namun, pergerakan aku terhenti saat melihat susuk tubuh lelaki sedang bersandar pada pintu kondo aku.

“ Siapa dia— ” Aku memotong ayat Jacob secepat mungkin, “ He's my husband, Jacob. Er, thank you sebab temankan saya pergi hospital. S-saya minta diri dulu. ”

Dalam hati, aku rasa nak lari sejauh yang mungkin. Dalam hati, ingin sahaja aku minta bantuan Jacob. Dalam hati, ingin saja aku capai telefon pintar dan menekan nombor Kevin serta-merta. Tapi, itu hanya mampu dirancang dalam kepala. Apa yang pasti sekarang ini—

Mimpi ngeri aku datang balik.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

lullaby. jacobWhere stories live. Discover now