Chapter 1 - Aku yang mengharap.

9 2 0
                                    

2011 ||
"Waaaaah, bestnya.. esok balik rumah.. dah 3 minggu kita duduk asrama..rindu rumah aku.."-Medina mengemas buku-buku nya yang berselerak di atas meja dan dimasukkan ke dalam beg. "Hmmm, memanglah, tapi homework, bertimbun kau.."-Sakinah, kawan baik Medina. Masing-masing tertawa sendiri. "Jom lah balik, singgah koperasi jap, beli aiskrim eh? Craving ahh"-Medina menghulurkan tangan ke arah Sakinah. Laju Sakinah menyambut tangan kawan baiknya itu. "Jom!"-Sakinah.

"Bye Medina.. aku balik dulu.."-Sakinah melambai ke arah Medina yang masih menunggu ayahnya di kantin. Lantas Medina menyahut lambaian itu. Tidak lama kemudian, kereta Exora putih tiba di hadapan kantin. 'Hon! Hon!' Bunyi hon kereta itu. Kelihatan kelibat ayahnya, En.Khalid. "Eh, papa dah sampai.."-Medina berjalan menuju ke arah kereta itu bersama beg yang dijinjing dan dipikulnya. "Assalamualaikum, pa.."-Medina menyalami tangan ayahnya. Salam Medina dijawab ayahnya.

Sesampai di rumah, dia terus menuju ke bilik setelah menyalami ibunya. "Medina, tak nak makan dulu ke?"-Pn.Ruziah. "Tak apa ma, Medina dah makan tadi dengan papa.."-Medina. Tubuhnya dilabuhkan ke atas katil. Tangannya meraba-raba bawah bantal tempat persimpanan telefon bimbitnya. "Hehe.."-lantas dia membuka telefonnya dan melayari Instagram. Satu mesej masuk. Sebelum membuka ruang mesej, dia sudah tersenyum. "Ni mesti Anas... Dah 4 tahun tak chat ngan kau.."-bisik hati Medina. Sebaik sahaja dia menekan ruang mesej itu, wajahnya berubah serta-merta. "@yunazz? Laa, yuna ke, ingat kan Anas.."-bisik hati Medina kecewa. Yuna, kawan Medina. "Kenapa Anas dah tak chat ngan aku ehh.."-Medina cuba mengingat balik perkara terakhir yang dibualkan mereka.

*flashback
Anas: Weyh, rawr
Medina: Aku tau la maksud dia, hahah
Anas: Alamak kantoi hahaha
*end flashback

"Tak kan sebab dia malu lepas confess kot?? Ke..dia takut aq tolak dia?? Ke.. haishhh"-Medina semakin pelik memikirkan tentang dia yang bernama Anas. "Mungkin dia nak tumpukan pelajaran, tahun ni kan SPM, hmm.."-bisik hati Medina. "Tapi, tak kan lah tak boleh chat aku tanya khabar ke apa, huh..."-bisik hati Medina lagi. Mukanya ditekap dengan bantal. Dia mencebik. "Hmm.. aku ni, dah 4 tahun kot, kenapa aku masih mengharap, mestilah dia main-main je time tu.. ish, yang aku ni, tu la orang kata, jangan percaya dengan kata-kata manis lelaki..ni la yang dikatakan cinta monyet.."-Medina membebel sendiri.

. . . . . . . . . . .

Pintu bilik itu dibuka perlahan-lahan. Anas yang masih terbaring di atas katil itu direnung wanita tua itu. Perlahan-lahan wanita tua itu mendekati Anas dan duduk bersebelahan katil anaknya. "It's been 4 years, and you still lying down here.."-Pn.Maryam, ibu Anas. Perlahan-lahan dia mengusap rambut anaknya yang sedang koma sudah hampir 4 tahun. Setitik air mata jatuh perlahan menuruni pipi. Setiap kali memandang wajah anaknya itu, hati terasa sayu. "Cepat sedar ye nak, umi tunggu ni.."-lembut Pn.Maryam mengucup dahi anaknya.

*flashback
2008||
"Patut ke tak aku mesej Medina eh, nanti kang, awkward pula.. ish aku ni pun satu, yang pergi confess kata dia tu kenapa...."-Anas merungut. Lama dia merenung telefon bimbitnya jika ada notification mesej masuk dari Medina. "Haih, seriously, She doesn't say anything? Please Medina.. say something.. "-Anas mengetuk-ngetuk kepalanya dengan bantal. "Anas.. sini, jom sarapan.."-Pn.Maryam. "Okey umii"-Anas menuju ke meja makan. Satu set hidangan nasi lemak siap dihidangkan di atas meja. "Uishhh sedapnya bau..."-Anas. "Dah, cepat duduk, nanti sejuk nasi lemak tu.."-Pn.Maryam. Belum sesuap sudu masuk ke dalam mulut Anas, "Anas, nanti tolong umi boleh? Pergikan kedai, beli barang, banyak barang dapur dah habis..."-Pn.Maryam. Anas sudah menunjukkan wajah malas. "Hmmm.. yelah yelah.. petang sikit Anas beli.."-Anas.

Setelah selesai membeli barang dapur, Anas berjalan kaki pulang ke rumah kerana kedai runci itu hanya berdekatan sahaja dengan rumahnya. Setelah memastikan jalan raya itu sesuai untuk diseberang, Anas mengambil langkah. Baru beberapa tapak Anas melangkah, satu motor laju dengan penunggang yang leka dengan telefon datang secara tiba-tiba melanggar tubuh Anas yang tidak sempat untuk mengelak.

. . . . . . . . . .

"22 Jun 2008 Satu kes kemalangan jalan raya yang baru sahaja berlaku di Bangi,Selangor melibatkan seorang pelajar tingkatan 2, Anas Haikal bin Jamal dan penunggang motor yang dikatakan leka dengan telefon bimbit ketika menunggang motor, Sufian bin Hasan telah dibawa ke hospital berdekatan dengan kadar segera. Dimaklumkan penunggang motor itu telah meninggal dunia jam 5.49 petang, dan mangsa iaitu pelajar tingkatan 2 itu telah mengalami koma. Sekian, berita terkini daripada saya, Wan Suhaila binti Yusuf."-pembaca berita.
*end flashback

Pn.Maryam menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu dan ditunaikan solat hajat bersebelahan katil anaknya. Selesai sahaja solat, wajahnya dipalingkan ke arah Anas. "Anas? Anas dah bangun?"-Pn.Maryam segera mendapatkan anaknya. Segera dia memanggil doktor. Pn.Maryam diminta untuk tunggu di luar bilik. Perlahan-lahan tangannya mengusap dada yang tidak dapat dikawal. Mulut hanya terkumat kamit berdoa kepada-Nya. 20 minit menunggu di luar bilik pesakit, akhirnya doktor keluar dari bilik itu. "Macam mana doktor?"-Pn.Maryam. "Puan, alhamdulillah, anak puan sudah sedar seperti biasa, tetapi, kesan hentakan yang terlalu kuat, menyebabkan anak puan... hilang ingatan. Harap puan banyak bersabar. Saya pergi dulu."-Dr.Kamal berjalan meninggalakan Pn.Maryam diiringi dua orang jururawat.

<3

to-be-continued ||

||p/s; ha,okey tak? So, kalau korg nk tau sambungan dia, boleh move to chapter 2, sabarla, ni baru awal lagi, hehe.. thank u <3


waiting for romeoWhere stories live. Discover now