Chapter 2 - Kau yang aku ingat.

7 2 0
                                    

"Medina, cepat bangun...!"-Pn.Ruziah mengetuk-ngetuk pintu bilik anak perempuannya. Medina bangun dengan mata yang masih separuh terbuka. "Hmm..ye ma, Medina bangun la ni.."-Medina menggaru-garu kepalanya kemudian dibetulkan rambutnya yang kusut masai. Selesai mandi, Medina turun untuk bersarapan. Dia membuka tudung saji di atas meja makan. Kosong. "Eh, tak ada makanan?"-Medina pelik. "Medina, kenapa tak siap lagi ni?!..."-Pn.Ruziah keluar dari bilik dengan berbaju kurung lengkap dengan tudung shawl dari naelofar. "Siap? Siap pergi mana?"-Medina. Pn.Ruziah menepuk dahi sendiri. "Laaa.. kan malam tadi mama dah cakap, pagi ni kan ada jemputan kahwin kawan mama...lupa lah tu.."-Pn.Ruziah sudak bercekak pinggang. "Ohh..hari ni ek?"-Medina. "Dah tu? Pergi siap cepat!"-Pn.Ruziah. Medina terus berlari ke biliknya. "I'll give you 10 minutes only!"-Pn.Ruziah jerit dari aras bawah. Medina sedang kabut mencari baju dan tudung. "What?! 10 minit je, seriously!"-bebel Medina sendiri.

"Ha, dah siap dah, jom.."-Pn.Ruziah keluar menuju ke kereta. Medina hanya mengekori ibunya dari belakang. Kasut jenama Clanks disarungkan ke kaki yang berstokin. Tidak lama kemudian, kereta itu berhenti di hadapan sebuah dewan yang berlangsungnya majlis perkahwinan itu. "Medina turun dulu lah, mama nak kena cari parking ni..kereta banyak, so Medina turun dulu, cari lah meja dulu ke apa.."-Pn.Ruziah. "Ha? Ala.. tak apa la, kita turun sekali la.."-Medina. "Lama ni, takut nanti tak ada tempat.. please Medina..."-Pn.Ruziah mencebik. Medina menarik nafas dalam, dihembus perlahan-lahan. "Hsshh.. ye lah, kali ni je ehh.."-Medina keluar dari kereta. "Yess.. go Medina, go.."-Pn.Ruziah tersengih. Laju kereta itu meninggalkan Medina mencari tempat parkir. "Hishh mama ni, tadi beria nak pergi, now, aku kena tinggal seorang-seorang kat depan pintu...hmmm sabo je la.."-Medina membebel sendiri.

Handbag Gucci dinaikkan ke atas bahu. Tudung shawl Naelofar dibetulkan. Dia teragak-agak untuk memasuki dewan tersebut. "Nak tunggu mama ke tak eh... tapi mama suruh jaga tempat,.. haishh, masuk je la dulu.."-Medina melangkah masuk. Matanya meliar mencari meja kosong. Keadaan agak sesak kerana dipenuhi dengan ramai orang. Memang agak sukar untuk mencari meja kosong. Tiba-tiba badan Medina terasa seperti dilanggar oleh seseorang menyebabkan dia terlanggar orang di belakangnya. Lantas Medina berpusing. "Ya Allah, sorry sorry, saya tak sengaja.."-Medina mencapai tisu yang berada di atas meja berdekatan kemudian di lap baju lelaki yang dilanggarnya. Akibat terlanggar,air sirap yang dibawa lelaki itu tertumpah sedikit di atas baju lelaki itu. "Sumpah saya tak perasan, saya minta maaf.."-Medina masih mengelap baju lelaki itu. Tertunduk kerana malu dan bersalah. Lelaki itu hanya memerhatikan Medina. Setelah kesan air sirap itu kelihatan lebih reda, Medina mengangkat muka menghadap lelaki itu. "It's okay, Medina.."-lelaki itu tersenyum dan berjalan pergi. Melihatkan wajah lelaki itu, mata Medina dan seluruh badannya kaku tidak bergerak. Walaupun lelaki itu sudah berlalu pergi, badannya masih tidak bergerak. Hanya satu perkataan yang keluar dari mulutnya. "Anas?".

"Eh, Medina.."-Pn.Ruziah menepuk bahu Medina dari belakang. Medina tersedar dan berpaling menghadap ibunya. "Ha?"-Medina masih terpinga-pinga. "Ni dah kenapa macam nampak hantu je ni.."-Pn.Ruziah. Medina menggeleng. "Mama suruh cari meja,bukan berdiri tercongok je kat sini... dah lah, jom duduk dengan kawan mama.."-Pn.Ruziah menarik tangan anaknya. Medina menarik nafas dalam. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Matanya cuba mencari susuk Anas. Melihatkan meja yang didekati ibunya, pantas Medina menarik tangan ibunya. Langkahnya terhenti. "Kenapa ni?"-Pn.Ruziah memandang pelik anaknya yang dari tadi gelisah. Medina cuba mengintai meja yang didekati ibunya, kelihatan tubuh Anas dan ibunya sedang duduk di meja itu. "Kita nak duduk mana ni?"-Medina. "Tu, dengan kawan mama.. Maryam.."-Pn.Ruziah memalingkan muka ke arah meja itu, dipanggil pula nama kawannya, Maryam selaku ibu Anas. Medina sudah terasa longlai.

"Ruziah.. sini lah, ada tempat kosong ni.."-Pn.Maryam melambai ke arah Pn.Ruziah dan Medina. Medina seperti sudah tidak keruan, ditebalkan mukanya sambil berjalan ke arah meja itu. Tersorok-sorok di belakang tubuh ibunya. Paling membuatkan dia gelisah, bila tempat duduknya berhadapan dengan tempat duduk Anas. Medina hanya tertunduk. Sementara ibunya dengan Pn.Maryam berbual,Medina hanya duduk tertunduk di tepi. Hatinya meraung-raung untuk cepat pulang. Sesekali matanya memandang ke arah Anas, Anas hanya merenung Medina dengan siku yang ditongkatkan di tepi kerusi, dan jari-jarinya yang menyentuh bibir. Mata Anas direnung tepat ke arah mata Medina. Medina mula cemas. "Ma.. Medina nak ambil makanan dulu.."-Medina berbisik kepada ibunya.

Medina bangun daripada tempatnya dan menuju ke tempat yang dihidangkan makanan. "Huh.. kenapalah aku ikut.. ya Allah, cepatlah balik.."-Medina mencapai pinggan kosong dan diisi pinggan itu dengan nasi minyak dan lauk. "Hai, Medina"-sapa seseorang disebelahnya. Medina mengalihkan pandangan ke arah orang itu. "Eh, Afiq.."-Medina. "Tak sangka jumpa awak kat sini.. lama tak dengar khabar.."-lelaki yang dipanggil Afiq merupakan kawan lama Medina. Mereka berbual seketika.

. . . . . . . .

Sebaik sahaja Medina bangun untuk pergi mengambil makanan, tidak lama kemudian selepas itu, "Umi, Anas nak ambil kuih jap,"-Anas bangun dan perlahan-lahan melangkah menuju ke arah Medina. Senyuman terukir di bibir. Tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik sahaja dia terlihat seorang lelaki mendekati Medina. Senyuman dibibir pudar serta merta. Melihat Medina bergelak tawa dengan lelaki lain. Hati ni, rasa. Sakit. "Medina, kau dah lupa aku ke?"-bisik hati Anas. Lebih sakit melihat lelaki itu mempelawa Medina duduk di meja bersamanya. Matanya tidak lepas dari memandang Medina.

. . . . . . . .

"Just want you to know, that I still remember you.. even after the accident."-sedikit coretan yang di tulis oleh Anas di dalam buku diarinya. Perlahan-lahan dia menutup buku yang pernah dihadiahkan oleh Medina itu. "And I still like you, Medina"-Anas.

<3

to-be-continued

thank u, <3


waiting for romeoWhere stories live. Discover now