Chapter 5 - Aku Yang Tersedar.

7 0 0
                                    

      "Dia tak datang cari aku pun.. hari ni dah last day dah.."-Asyraf memuncungkan bibirnya sambil dibelek-belek dompet kucing Medina. "Hoi!"-sergah Haikal. Asyraf tidak memberikan apa-apa respon. Dompet kucing itu masih ditenungnya. "Laa, kau tak bagi lagi ke kat dia??"-Haikal. Asyraf menggeleng. "Aku dah suruh dah dia cari aku kalau nak dompet dia balek.. tapi.."-Asyraf terhenti kata-kata. "Tapi??"-Haikal masih ternanti-nanti ayat Asyraf. "Dia tak cari aku pun.."-Asyraf tertunduk. "Dah tuu, kau lah yang cari dia.."'-Haikal memberi cadangan. "Hmm... tengok ah canee.."-Asyraf.

      "Weh, Medina.."-Sakinah yang sedang menjilat aiskrim Solero itu memandang ke arah Medina. "Apa?"-Medina menyahut. "Apa jadi ngan dompet kau ehh?"-Sakinah. "Yang budak nakal amik tu?"-Medina. "Hmm.. entah laa.. aku dah report kat cikgu.. tapi cikgu cam tak amik tindakan je.."-Medina mencebik. "Kau tak minta kat dia ke?"-Sakinah. "Hmmm.. tengok ah canee.."-Medina.

                                                                        .     .     .      .      .      .      .

      Kringgg!!! Mendengarkan bunyi loceng itu, semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin. "Huh.. you can do it, Medina!"-bisik hati Medina. Perlahan-lahan Medina berjalan ke arah Asyraf yang sedang duduk berseorangan di sebuah pondok. Medina berjalan dari arah belakang. Ditarik dalam nafasnya. 

       Tok! Tok! Medina mengetuk meja yang disediakan di bawah lindungan atap pondok. Asyraf tidak berpaling. "Ehem.."-Medina bersuara tegas. "Macam kenal suara ni... Medina!"-bisik hati Asyraf. Laju tubuhnya berpaling menghadap wanita itu. "M..Me..Medina?"-tergagap-gagap Asyraf. "Dah kenapa mamat ni.. hari tu punya bajet poyo.."-bisik hati Medina. "Y..Yee?"-Asyraf terus bangun menghadap Medina. "Lupa ke?"-Medina memeluk tubuh dengan kening yang berkerut. "Lu..lupa? lupa apa?kita ada date ke?"-Asyraf menggosok tengkuknya. "Dompet saya la.."-Medina masih menahan sabar.

     "Ooohh.. dompet awak..jap.."-Asyraf menyeluk tangannya ke dalam beg. Dikeluarkan dompet bercorak kucing di depannya. "Senang pulak kali ni.."-bisik hati Medina. "Em.. jap, awak kena tutup mata awak dulu.."-Asyraf tersenyum nakal. "Kenapa pulak.. bagi je la.."-Medina menghulurkan tangannya. "Cepat, nak dompet ke tak.."-Asyraf bernada serius. Medina masih ragu-ragu. "Ish.. tak nak la.. "-Medina memandang sekeliling. Takut juga jika apa-apa terjadi. Sebab dia dah masak sangat dengan manusia yang berperangai sebegini.

     "Tutup je boleh tak.."-Asyraf. "TAK!"-Medina tegas, "Okay, so this will belong to me.."-Asyraf menunjukkan dompet itu di depan Medina. "Ish mamat ni!!!"-Medina. Perlahan-lahan dia menunduk sambil menutup matanya. "Tangan mana.."-Asyraf. Perlahan-lahan tangan dihulur. Asyraf tersenyum.

      Terasa seperti sesuatu diletakkan di atas tangan. Tapi bukan sesuatu yang berupa dompet. Perlahan-lahan dibuka matanya. "Eh,mana dia hilang?"-Medina melihat sekeliling. Kelibat Asyraf tidak kelihatan. Dia melihat ke arah tangannya. Terkilan. Diam seribu kata. Sekuntum bunga ros diikat dengan riben berwarna pink cair terletak elok di atas telapak tangannya. Di atas meja itu terletaknya dompet yang telah mengubah perasaan lelaki itu terhadap pemiliknya. Medina membelek-belek dompetnya. Dikira duit di dalamnya. "Eh, cukup je RM20.. bukan dia guna buat beli magnum ke.."-bisik hati Medina. Dibelek setiap celah.

                                                                      .      .      .      .       .      .      .

"Sakinah.. jom balik.."-Medina sudah bersedia dengan totebag di bahu. "Ok jom.."-Sakinah menyahut ajakan Medina sebaik sahaja kerusi dimasukkan ke dalam meja.

     "Sakinah.. guess it.. " -Medina. "Apa?"-Sakinah buntu. Perlahan-lahan Medina mengeluarkan dompet dari poketnya. "Wah, mana dapat"-Sakinah. "Hmm aku minta kat budak tu la.."-Medina. "You mean.. budak nakal tu?"-Sakinah. Medina mengangguk. "Beraninya dia.."-Sakinah menyiku-nyiku lengan Medina. Medina hanya melayankan saja kawan baiknya itu.

waiting for romeoWhere stories live. Discover now