BAB 2

2.9K 24 1
                                    

"MORNING."

"Morning. Tak makan dulu ke?" tanya Ariana ketika melihat Suzi yang kelihatan tergesa-gesa itu.

"Aku makan kat sekolah ajelah. Lagipun aku dah lambat ni." Suzi menjawab sambil terkocoh-kocoh membuka almari kasut. Sepasang kasut tumit tinggi dikeluarkan.

Ariana menjeling jam di tangan. "Awal lagi ni. Makanlah dulu. Penat aku bakar roti ni."

"Aku dah lambat ni. Minggu lepas kan aku bertugas. Nanti kena bentang repot masa perhimpunan. Jadi, aku kena datang awal sebab nak semak repot."

"Okey."

"Aku pergi dulu."

"Bawa kereta hati-hati. Jangan nak laju sangat." Ariana sempat berpesan.

"Yalah." Suzi melaung dari luar.

Ariana menggeleng sambil membawa gelas berisi Vico panas ke bibir. Dia mengambil sekeping lagi roti bakar lalu disapu dengan mentega dan peanut butter. Setelah menghabiskan roti bakar tersebut, dia bangun lalu menuju ke pintu depan sambil membimbit beg tangan.

Penggera Myvi ditekan sebelum pintu pemandu dibuka. Beg tangan diletak di bahagian kaki, di tempat duduk sebelah. Dia cuba menghidupkan engin. Tak hidup. Dia cuba sekali lagi. Tak hidup juga. Hatinya sudah mula berdebar. Janganlah nak buat hal pagi-pagi Isnin ni.

Dia cuba lagi buat kali ketiga, keempat dan kelima. Memang sah tak boleh hidup. Ariana sudah menggelabah. Dia mencapai beg tangannya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Nombor Airul, angahnya didail.

"Helo, angah. Kat mana tu?" Ariana bersuara tanpa salam ketika panggilannya disambut.

"Kat rumahlah. Ada apa call pagi-pagi ni? Rindu ke?"

"Whateverlah. Angah, kereta adik tak boleh hidup."

"Kenapa tak boleh hidup?"

"Manalah adik tahu. Kalau adik tau, adik tak call angahlah." Ariana menjawab separuh berang.

Dahlah tengah nak marah pagi-pagi ni. Boleh pulak angah tanya soalan bijak macam tu.

"Hmm, dah tu nak buat macam mana? Dah cuba start lagi?"

"Dah cuba banyak kali dah. Tak nak hidup jugak." Ariana menjawab sebal sambil cuba menghidupkan enjin kereta buat sekian kalinya.

"See, tak nak hidup jugak. Isy!"

"Bila last adik servis kereta?"

"Entah, tak ingat. Macam mana ni, angah? Adik dah lambat nak ke sekolah ni."

"Dah tu angah nak buat macam mana? Bukan dekat nak ke sana tu. Macam nilah. Adik naik saja public transport dulu. Bas ke, teksi ke. Grab ke. Mesti ada kan kat area situ?"

"Lecehlah nak cari public transport pagi-pagi ni. Dahlah jauh nak jalan ke bus stop tu."

"Alah, adik, susah sikit saja kan? Bila lagi nak belajar berdikari? Kalau tak nak naik bas, adik naiklah Grab. Pernah guna dulu kan?"

"Hmm, yalah. Leceh betullah. Dahlah hari ni hari Isnin. Potong mood betul." Ariana merungut.

Airul ketawa kecil di sebelah sana.

"Susah sikit saja, dik. Tak apalah. Hujung minggu ni kalau free angah datang tengok kereta. Okey?"

"Kalau tak okey pun kena okey jugak, kan?"

Airul ketawa lagi. Hai, manja betul adik bongsu sorang ni.

"Tak apalah. Nanti apa-apa, adik call balik."

MURIDKU SUAMI AKU?Where stories live. Discover now