BAB 8

1.6K 18 0
                                    

SETELAH selesai makan tengah hari dan menunaikan solat zuhur, mereka bersiap sedia untuk aktiviti jungle trekking. Ariana mencapai cap lalu disemat ke kepala. Rambut yang panjang sehingga ke bahu disanggul rapi dan dimasukkan ke dalam topi.

"Rin, tolong aku kejap."

Ariana berjalan menuju ke arah Suzi.

"Tolong apa?" tanya Ariana sambil memandang Suzi yang terbongkok-bongkok mengemas barang-barang yang digunakan untuk memasak tadi.

"Kau tolong bawa kotak ni ke sebelah sana. Aku nak kemas tempat ni kejap. Rimaslah. Berselerak."

Ariana hanya menurut sebelum membongkok mengangkat kotak yang berisi cawan dan sudu yang tidak digunakan lalu dibawa ke tempat yang ditunjuk oleh Suzi.

Setelah meletakkan kotak tersebut bersama-sama kotak-kotak yang mengandungi perkakas yang lain, dia berdiri. Telinganya menangkap bunyi bising di belakang, membuatkan dia berpusing. Matanya dikecilkan. Bibir diketap.

Dia berpaling kembali. Malas nak ambil tahu, namun kakinya berhenti melangkah. Adalah melanggar etika keguruan jika dia hanya membiarkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar di hadapan matanya.

Ariana menarik nafas panjang sebelum berpusing balik. Kaki diatur laju menuju ke arah Akmal dan geng enam jahanamnya. Walaupun dia tak tahu apa yang bakal dia tempuhi, namun dia sudah pun separuh jalan menuju ke arah Akmal.

Zap! Ariana menepis tangan Akmal yang sedang menghisap rokok. Masing-masing kaget seketika.

"Kau apa hal! Nak mati ke?" Akmal bertempik kuat setelah tersedar daripada rasa terkejut.

Ariana membalas renungan tajam Akmal dengan selamba. Namun dalam hati rasa bagai nak tercabut jantungnya.

"Saya dah cakap semalam kan. Menjadi satu kesalahan bagi pelajar yang merokok."

"Diam! Kau ni memang sengaja nak cari bala dengan aku kan!"

Akmal mendekatkan diri ke arah Ariana sehinggakan Ariana berundur setapak. Ariana mendongak memandang wajah Akmal yang dah macam nak membunuh itu.

"Saya bukan nak cari bala, saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru."

"Diam!"

Ariana pejam mata apabila Akmal menengking betul-betul di atas mukanya. Geng enam jahanam yang lain sudah mengepal-ngepal penumbuk masing-masing, seolah-olah bersedia untuk bertumbuk dengannya.

Ariana telan air liur. Rasanya kalau dia menjerit pun, tiada siapa yang akan dengar dan tahu.

"Nampaknya awak juga pengecut jugak kan. Terpaksa berhadapan dengan perempuan macam saya dengan bertemankan kawan-kawan awak tu."

Ariana berkata perlahan, membuatkan Akmal sahaja yang mampu mendengar. Wajah Akmal menjadi merah padam menahan marah.

Ariana menapak selangkah lagi ke belakang. Dia sudah bersedia untuk menghadapi apa-apa sahaja yang bakal dilakukan oleh Akmal. Akmal ni bukannya boleh kira sangat. Dia yang perempuan ni pun mungkin kena libas macam itu saja.

"Kau orang semua pergi!" Akmal akhirnya bersuara.

Geng enam jahanam yang lain saling berpandangan.

"Aku kata pergi!"

Akmal menengking lagi, membuatkan Ariana terkejut. Dia spontan mengurut dada. Kalau hari-hari kena tengking macam ni boleh sakit jantung dibuatnya.

Geng enam jahanam yang lain berlalu dari situ, meninggalkan Ariana dan Akmal.

Ariana hanya memerhatikan mereka dengan hujung mata sebelum dia kembali memandang wajah Akmal yang kembali berang. Ariana menelan air liur lagi.

MURIDKU SUAMI AKU?Where stories live. Discover now