BAB 7

1.6K 14 0
                                    

"ADEH."

"Awak okey ke?" Saufi di sebelah menegur.

Ariana menoleh.

"Err... okey aje. Cuma lenguh pinggang sikit." Ariana menjawab sambil tersenyum.

Tangan sebelah memegang pinggang manakala yang sebelah lagi menyusun kedudukan kotak berisi air kotak dan makanan untuk tiga hari.

"Kalau tak larat, tak payahlah angkat. Bagi kami yang lelaki aje angkat. Orang perempuan tak elok angkat benda berat."

Ariana hanya diam. Malas nak menjawab.

"Dah siap ke? Kejap lagi nak angkat kotak ni masuk bawah bas." Cikgu Fatihah menegur.

"Ada sikit lagi kat kantin, tak angkat lagi." Ariana menjawab.

"Tak apalah. Nanti aku suruh Cikgu Ramli tolong angkat."

"Okey." Ariana menjawab.

"Tak payahlah angkat. Awak pergi duduk kat sana. Rehat. Nanti tak larat pula nak masuk hutan."

Saufi melarang apabila Ariana mahu mengangkat kotak berisi bahan makanan.

"Alah, ringan aje ni. Saya angkat yang ringan-ringan. Cikgu angkat yang berat-berat, boleh?" Ariana senyum mengusik.

"Awak ni, berapa kali saya dah pesan, panggil aje Saufi. Mesra sikit."

Ariana sengih serba salah. Dia segera mengangkat kotak tersebut menuju ke arah bas yang sudah terbuka di bahagian tempat menyimpan barang.

"Pak cik, ni nak susun macam mana?" Ariana bertanya kepada pak cik pemandu bas sekolah itu.

"Cikgu letak aje situ, nanti pak cik susun."

"Okey. Thanks, pak cik."

Ariana meletakkan kotak tersebut di sebelah khemah-khemah yang tersusun di situ. Ariana berjalan ke arah Suzi yang sedang menyemak kehadiran para pelajar.

"Ada yang tak datang lagi ke?" Ariana bertanya sambil meneguk air mineral.

Suzi menoleh ke sebelah. "Semua dah ada kecuali..."

Pin! Semua mata tertumpu ke arah bunyi tersebut. Dua buah Pajero sedang masuk ke kawasan sekolah dengan laju, membuatkan pelajar yang telah berkumpul di situ lari bertempiaran mengelak daripada dilanggar oleh Pajero tersebut.

"Siapa?" Ariana tak sempat nak habiskan ayat bila matanya melihat siapa yang keluar dari tempat duduk pemandu itu.

"Bi... biar betul."

Ariana sudah kembali cuak. Selama dua minggu dia tak nampak muka budak itu, alih-alih hujan tak ada, ribut tak ada, budak itu boleh terpacul di sini pula.

"Satu, dua, tiga, empat, lima dan... enam. Cukup."

Suzi menulis sesuatu pada buku rekod kedatangan di tangan. Dia menutup buku rekod kedatangan.

Ariana memandang geng enam jahanam yang mara ke arah mereka dengan Akmal di tengah-tengah. Entah kenapa dia rasa macam tengah tengok cerita James Bond. Semua ahli geng enam jahanam mengenakan cermin mata hitan dan masing-masing mengenakan pakaian yang kalah mat rempit kelas satu punya standard.

"Su, jangan cakap yang dia orang join perkhemahan ni."

"Hmm, malang aku katakan, memang dia orang join aktiviti ni. Atas alasan apa, tu aku tak tahu."

Ariana menelan air liur. Rasa macam renungan tajam Akmal menembusi jantungnya walaupun dia tak pasti sama ada Akmal memandangnya ataupun tidak kerana Akmal mengenakan cermin mata hitam.

MURIDKU SUAMI AKU?Where stories live. Discover now