BAB 4

1.9K 26 0
                                    

ARIANA terjenguk-jenguk di sebalik bangunan yang menempatkan 'kawasan larangan' tersebut. Disebabkan perasaan ingin tahu yang kuat menyebabkan Ariana memberanikan diri untuk melihat bilik muzik tersebut.

Setelah yakin tak ada sesiapa di situ, Ariana memulas tombol pintu bilik muzik itu perlahan-lahan. Erk! Tak berkunci? Hairan juga bila bilik yang dikatakan kawasan larangan itu tak berkunci. Mungkin ini dinamakan rezeki terpijak.

Ariana menolak pintu tersebut perlahan sebelum menjengahkan kepala ke ruang dalam. Hanya satu sahaja lampu yang terbuka. Terdapat pelbagai jenis alat muzik seperti gitar, piano, biola dan macam-macam lagi.

Ariana semakin teruja lantas menolak pintu bilik itu lebar-lebar. Dia melangkah masuk tanpa ragu-ragu. Dia merenung sekeliling, mencari suiz lampu. Seram pula bila keadaan samar-samar macam ini. Sedang dia asyik memandang sekeliling, tiba-tiba telinganya menangkap sesuatu bunyi.

Ting! Ting! Ting!

Ariana menelan air liur dan cuba menenangkan diri.

"Bunyi jam saja kut. Cuba jangan penakut sangat. Isy!" Ariana berkata sendiri. Dia masih lagi berusaha mencari suiz lampu.

Ting!!! Ting!!! Ting!!!

Kali ini Ariana tidak mampu nak menipu diri lagi. Bunyi itu semakin lama semakin kuat. Agaknya inilah sebabnya kenapa bilik muzik ini menjadi kawasan larangan. Mungkin tempat ini ber...

"Hoi!"

"Argh!" Ariana berpusing sambil menjerit kuat.

Kasut tumit tinggi yang dipakai menyebabkan dia hilang keseimbangan lalu hampir jatuh. Sempat dia menarik hujung lengan baju makhluk di hadapannya itu.

"Aduh!" Ariana terjerit perlahan apabila tubuhnya selamat mendarat di lantai manakala Akmal di sebelah selamat mencium lantai.

"Argh!"

Ariana yang sedang menggosok punggungnya spontan menoleh ke sebelah. Matanya terkebil-kebil melihat seseorang berbaju dan berseluar putih tersembam mencium lantai sambil mengerang kesakitan.

Ariana segera menjarakkan tubuh menjauhi makhluk itu. Entah datang dari mana pun tak tahu. Jangan-jangan hantu tak? Eh, tapi hantu mana mengerang kesakitan?

"Err... Awak okey ke?" Ariana bertanya agak cemas apabila melihat pelajar tersebut tidak bergerak.

"Awak?" Ariana cuba mendekati pelajar tersebut, namun dengan sekelip mata pelajar tersebut bangun dan mendekatkan mukanya ke muka Ariana.

"Berani kau!!!"

Lelaki itu menengking kuat sehinggakan telinganya hampir bingit. Ariana spontan memejamkan mata. Rasa macam tempias air liur budak lelaki itu mengenai mukanya.

"Maafkan saya, saya tak sengaja. Awak okey?" Ariana bertanya tersekat-sekat kerana masih terkejut dengan tengkingan lelaki itu.

Akmal menjarakkan tubuhnya dan mengibas habuk yang melekat pada baju. Dia mengesat bibir yang terasa macam lembap.

"Bibir awak berdarah!" Ariana berkata sedikit panik.

Dia kemudian mengeluarkan beberapa helai tisu dari beg tangannya, lalu dihulurkan kepada lelaki itu.

Akmal menepis.

"Aduh." Spontan Ariana mengaduh sambil menggosok tangannya.

Akmal menjeling tajam sambil mengesat hujung bibir yang berdarah dengan sapu tangan miliknya sendiri.

"Awak okey ke? Saya minta maaf. Saya tak tak sengaja." Ariana bertanya lagi.

Agak bimbang. Manalah tahu pelajar ini pergi buat repot dekat pengetua. Habislah dia.

MURIDKU SUAMI AKU?Where stories live. Discover now