" Berita terkini, saya melaporkan bilangan nelayan dan juga pelayar kapal dagang yang kembali ke daratan dengan mata yang buta semakin meningkat. Perkara ini amat membimbangkan pekerja yang sepatutnya berlayar di kawasan perairan serta menjejaskan ekonomi perdagangan, perlancongan dan juga perikanan di negara ini.
Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada mangsa dan juga rakan mangsa yang terselamat, dikatakan bahawa kawasan perairan laut yang berada diantara dua benua yang menjadi laluan singkat bagi memudahkan para pelayar untuk berulang alik mempunyai "penduduk" yang merbahaya.
Menurut sumber juga, sesiapa yang berada di kawasan tersebut akan dibutakan matanya dan kehilangan anak mata buat selamanya. Setakat ini, polis dan juga pihak berkenaan sedang bertungkus lumus untuk mencari punca kepada kejadian ini
Sekian, berit--"
Televisyen dimatikan remote dihempaskan ke lantai. Entah kenapa, berita tersebut menyerabutkan kepalanya dan membuatkan dia menjadi tak senang duduk. Telefon pintar yang berada di genggaman dibuka, jarinya ligat menaip nombor dan terus melakukan panggilan.
Malangnya panggilan tak dijawab, jejaka tersebut mendail kembali dan masih menunggu panggilan untuk dijawab. Kesabarannya makin tipis, mahu saja dia hempaskan telefon ni ke dinding. Sebelum sahaja dia menamatkan panggilan nombor yang dipanggil berada di hujung talian
" Yah, hyung kenapa Jun call tak jawab?! Duh, clubbing again? " Dahi dikerutkan penat dengan abang sulung yang tak habis nak berfoya-foya. Balik je memang pintu rumah jadi kolam muntah.
" Anii, hyung dah tengok berita? About those fishermen? Eh?! Dah tahu dah?! " Kepala Jun makin bengong, macam mana hyung yang clubbing sampai mabuk boleh tahu sedangkan dia yang duduk senang bermalasan di sofa baru je tahu.
" Arra, nanti kita jumpa kat basement. Hyung dah collect semua informations? Ha ok, btw peti ais kita yang ke 1000 dah rosak. Heh, tak lain tak bukan Mingyu hyung yang kebulur macam apa sampai pergi habiskan makanan sampai patah pintu peti ais. Eih kurang asam betul, pen- "
Belum sempat hyeonjun meneruskan kata bebelan, Taeyong sudah menamatkan panggilan. Tak guna punya abang, sabar je.
" Oi babun, kau sini. " terlihat Mingyu yang berkemungkinan telah bertahun lama bercekak pinggang di meja makan menunggu si adik menamatkan panggilan. Sudah tentu, Hyeongjun berdecit dan pergi ke arah Mingyu, langkah sengaja diperlahankan. Sebab dia hyeongjun kena kemas balik barang yang bersepah.
" Ya tuanku perut boyot nak apa? " Mingyu menyekeh kepala budak bertuah tu. Dah berapa banyak nickname yang Jun bagi dekat dia. Lol, termasuk ni dah ke 100th
(tabah 2k20)
" Eih kau ni, aku cepuk lagi sekali baru tahu. Ha aku nak masak ni, kau nak apa? "
" Taknak ah, hyung masak rasa.... buwekkk!! Terbayang pun rasa nak muntah.. "
" Eh kau ni memang nak kena! Sini kauu!! Biar aku masak kau dalam periuk ni!! "
Dengan itu saya mengistiharkan perang antara giant dan dwarf abad ke-20 sudah bermula. Mingyu menarik rambut Jun dan menggengamnya sehinga beberapa urat rambut tercabut. Jun yang merasa sakit membalas dengan menggigit ketiak si Mingyu, pergh boleh terasa kemasaman yang menyengat. Masing-masing tak nak menyerah kalah, sampai dapur yang mulanya bersih suci murni dah bertukar jadi tempat peperangan. Habis bahan-bahan masakan jatuh, periuk segala bende terpelanting sana-sini. Mereka tak hiraukan bende tu yang penting meneruskan pergaduhan yang tak seberapa tu. Kalau macam ni gamaknya, memang tahun depan tak habis gaduh.
YOU ARE READING
BLACK SEA 《OG》
FantasyDua dunia berbeza bertembung antara satu sama lain. Kisah yang selama ini dikatakan mitos menjadi realiti. Adakah ianya petanda yang baik atau sebaliknya? °~¤°~¤°•¤°•¤°•¤~° OPEN CLOSE / 7 Appliers °~¤°~¤°•¤°•¤°•¤~°