BAB 2

26 3 0
                                    

"AXILEE kau tengok ni. Video kau dengan anak Tan Sri Khalil kat Restoran tadi viral siak" ujar Sofie kepada Axilee. Namun Axilee hanya beriak selamba seperti sudah menduga yang videonya akan viral di media sosial.

Geram dengan sikap Axilee yang tidak mengendahkannya, Sofie meringis geram.

"Weh Axilee kau dengar tak aku cakap ni?" Ujar Sofie mengoncang lengan Axilee.

Axilee merengus geram. Tak boleh nak tengok orang senang betullah minah ni. Aku sumbat jugak mulut dia ni.

"Hish! Kenapa dengan kau ni? Pergi buat kerja dahlah!" Axilee menolak tangan Sofie kasar. Sofie hanya senyum dengan tindakan sepupu merangkap sahabatnya itu.

"Hish kau ni. Tak payahlah nak marah-marah. Tak cantik tau tak muka kau kalau marah. Serupa muka Auntie Salsha tahan berak tahu tak" ujar Sofie lucu. Niatnya hanya ingin bergurau.

Menderau wajah Axilee mendengar nama Datin Salsha disebut oleh Sofie. Sungguh jijik dia rasakan dengan wanita itu.

Meja dihempas.

"Kau boleh diam tak! Sakit telinga aku dengar kau membebel!"

Sofie beriak biasa tidak takut dengan Axilee. Tangan gadis itu dipaut lembut. Lengan Axilee dielus-elus.

"Weh lek lah. Tu pun nak marah ke? Dah sabar ehh. Aku gurau jelah. Janganlah nak serius sangat" sekali lagi Axilee menepis tangan Sofie.

"Jangan ingat kau sepupu aku, kau boleh buat sesuka hati kau je. Ingat kau tu kerja kat mana? Sedar diri tu sikit! Dah miskin buat cara miskin. Dah pergi tempat kau! Menyemak je aku tengok kau kat sini. dah blah!" Arah Axilee tegas bengang dia apabila Sofie memperlakukannya sebegitu. Rimas!

Sofie tidak mengambil hati apa yang dibicarakan oleh sepupunya itu kerana sudah lali dengan perangainya.

Sofie melemparkan senyuman walaupun payah. Walaubagaimanapun, Axilee tetap sepupunya. Darah dagingnya. Dia tahu segalanya tentang Axilee malah punca gadis itu berubah pun dia tahu. Yelah dah tumbuh membesar sama-sama mestilah dia tahu.

"Hmm takpelah aku keluar dulu. Nanti kalau kau nak turun lunch jangan lupa panggil aku tau. Apa-apa roger" Axilee hanya buat tak dengar sahaja. Kertas kerjanya dibelek dengan kusyuk.

Setelah yakin yang Sofie sudah keluar dari bilik kerjanya menghela nafas berat pintu bilik itu dipandang lama. Kau memang takde perasaan ke Fie? Dah macam-macam aku buat tapi kau tak pernah nak putus asa untuk rapat dengan aku.

Baru saja Sofie ingin duduk di meja kerjanya, telinganya terdengar rakan sekerjanya 'membawang' sesama sendiri. Pada awalnya, dia ingin membiarkan saja tapi mendengar perkataan 'Cik Singa' membuatkannya membantutkan niatnya.

"Memang patut pun minah ni kena ludah dengan Cik Singa"

"Haah kalau Cik Singa jadi aku pun, aku pun marah jugak"

"Sukati je nak hina Cik Singa macam tu"

"Weh cuba korang tengok komen ni"

"Cara dia cakap ni macam Cik Singa kita pula yang salah. Dah terang-terang minah gedik tu yang salah kan"

"Haah. Boleh pula dia kata Cik Singa ni perampas. Pedahal dah terang-terang Cik Singa cakap yang dia kenal pun tidak dengan boyfriend minah gedik tu"

Sofie menggelengkan kepalanya seraya tersenyum. Bukan dia tak tahu siapa yang mereka sebut dengan Cik Singa tu. kaki di atur kearah rakan sekerjanya itu.

"Siapa yang kata Cik Singa kita tu perampas?" Soal Sofie kepada rakan sekerjanya yang masih membelakanginya.

"Ni hah. Nama insta dia _SeliparJepun" ujar seseorang tanpa menoleh kearah Sofie.

"Ni kalau Cik Singa tau hatters ni duk kutuk dia, fuh! Mesti jadi perang dunia kedua ni" ujar salah satu mereka lagi tanpa perasan kelibat Sofie dibelakang mereka. Tak boleh jadi ni.

"HAAH KAN! Tapi kalau korang pula yang kantoi tak buat kerja oleh bos sendiri macam mana pula ekk? Aku rasa bukan setakat perang dunia kedua yang jadi tapi perang dunia kesepuluh terus ni" ujar Sofie selamba membuatkan keempat-empat rakan sekerjanya menoleh kearahnya.

Membulat mata mereka memandang Sofie yang sudah tersengih-sengih.

"Eh Cik Sofie hehe. Dah lama ke kat situ Cik Sofie?"

"Takdelah lama sangat tapi cukup untuk saya dengar semua 'bawang' korang pasal CIK SINGA" ujar Sofie dengan perkataan 'cik singa' sengaja ditekankan.

Keempat-empat mereka mengigit bibir bawah.

"Errr.."

"Dah pergi buat kerja. Jangan nak errr arr err lagi" ujar Sofie berbaur arahan. Keempat-keempat mereka terus berlari ketempat masing-masing. Sofie menggelengkan kepalanya haihlah.

CIK SingaWhere stories live. Discover now