BAB 6

18 1 0
                                    

Hari ini genap sebulan Axilee meninggalkan rumah Sofie. Segala perbalahannya bersama gadis itu juga sudah dilupakan. Lagipula apa yang dikatakan oleh gadis itu ada benarnya.

"Haihh"

"Assalamualaikum" sapa seseorang menyentakan Axilee

Axilee menoleh kebelakang melihat gerangan yang menegurnya tadi.

"Tok Pah?" ujar Axilee seraya menyalam lelaki tua itu yang dikenali sebagai Tok Pah.

"Tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan, dan tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan tiada kesalahan yang tidak dapat maafkan.

Sia-sia kita hidup kalau tiada dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi di dunia ini. DIA takkan memberi ujian kepada hambanya melebihi kemampuannya.

Tok Pah tahu Axilee kuat. Walaupun tidak semudah yang diungkapkan tetapi sekurangnya kamu mencuba. Tiada yang mustahil bagi-NYA Axilee"

Axilee berpeluk tubuh seraya menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

"Entahlah tok. Axilee bukannya tak pernah cuba tapi setiap kali Axilee teringat perbuatan kejam dia dekat mak buat Axilee marah, sedih dan kecewa. Sampai terkadang rasa nak berdendam pun ada"

"Axilee  nak tahu satu benda tak?" Soal Tok Pah dengan senyuman yang manis

"Apa dia tok?" Soal Axilee ingin tahu.

Tok pah melangkah setapak kehadapan Axilee. Pantai yang terlihat tenang dipandang.

"Antara sifat penghuni syurga adalah mereka yang memiliki sifat memaafkan orang lain. Tak kiralah salah dia kecil atau besar. Siapalah kita nak menghukum orang lain. Tentang hukum-menghukum ni biarlah DIA yang tentukan. Sesungguhnya dia yang lebih layak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "... dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Surah (Ali 'Imraan, ayat 134)

Memaafkan memang sangat sukar dilakukan. Lagi-lagi bila kita dizalimi atau disakiti, terkadang tanpa kita sedar, kita sudah menanam dendam kepada si pelaku.

Tidak ada yang boleh melakukan sifat pemaaf kecuali mereka yang mempunyai keimanan tinggi.

Nabi SAW juga ada menyatakan, orang yang dekat dengannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang berakhlak mulia.

Oleh itu, janganlah kita mengabaikan sifat memaafkan ini. Ulama menyatakan, perkara paling memudahkan seseorang masuk ke dalam syurga selepas perkara tauhid adalah memiliki akhlak yang mulia.

Begitulah sebaliknya, perkara yang memudahkan seseorang itu masuk ke neraka selepas syirik kepada Allah adalah golongan berakhlak jelik dan buruk.

Apabila mampu memaafkan kesalahan orang lain, maka seseorang itu sudah mencapai darjat ihsan.

Pastinya kita pernah melalui pengalaman mungkin pernah dihina atau dimalukan sehingga menjatuhkan maruah.

Jika hendak diikutkan perasaan, mahu sahaja dibalas semula perlakuan itu. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, apabila tiba-tiba ia terlintas di fikiran membuatkan diri rasa tidak senang hati"

Axilee terdiam mendengar kata-kata mutiara dari Tok pah. Sedikit sebanyak telah melembutkan hatinya yang keras. Entah mengapa hatinya seolah telah disiram dengan air yang suci dan dingin.

"Axilee buntu lah tok. Tak tahu nak buat apa. Axilee keliru dengan apa yang dah jadi. Perbuatan dia melibatkan nyawa orang yang paling Axilee sayang. Orang yang paling bermakna dalam hidup Axilee"

"Takpa lama-lama kamu fahamlah apa yang cuba tok sampaikan tadi. Tok doakan supaya Allah mengirimkan seseorang yang dapat membantu Axilee keluar dari semua permasalahan ni"

"Terima kasih tok"

"Sama-sama. Hmm dah jom kita balik nanti tak pasal-pasal tok mah kamu tu membebel pulak dekat kita. Sampai kesubuh nanti pun tak habis kalau dia dah membebel"

Axilee tertawa kecil dengan gurauan tok pah

"Jahatlah tok ni" ujar Axilee seraya memeluk lengan tok pah sambil berjalan menuju ke rumah kediaman tok pah dan tok mah.























"Dato Faiq Qayum. Dato termuda kat Malaysia dan menjadi kegilaan ramai para gadis di luar sana. So how are you? Are you still singgle?" Ujarnya sinis sambil berpeluk tubuh.

Faiq mengangkat wajah melihat gerangan yang menyapanya tadi. Wajah gadis itu ditatap tajam.

"What are you doing here Cik Aisyah Zulaikha?"

Aisyah membuat muka menyampah mendengar soalan Faiq.

"Cis tak romantik langsunglah Dato kita satu ni. Tahu nak sepoilkan mood orang je. Menyampah" ujar Aisyah selamba seraya melabuhkan punggungnya di sofa empuk milik Faiq yang sudah tersedia ada di pejabat itu. Hmm selesanya aci tak kalau nak tidur sini?

"Aisyah abang tak main-main. Apa Aisyah buat kat sini? Bukan Aisyah sepatutnya ada kat bu.."

"Ya ya ya. Aisyah tahulah. Tapi takkanlah hari-hari Aisyah nak hadap butik tu. agak-agaklah penat kut. Bagilah orang cuti jap. Orang pun nak rehat jugak"

"Banyaklah kau punya rehat. Dah tu Aisyah datang sini buat apa? Nak ganggu abang?"

"Hish abang ni tak baik tau berburuk sangka dengan orang. Mana ada Aisyah nak ganggu. Aisyah just nak bagi tahu yang minggu depan abang kena pergi Penang"

"Penang?"

"Yup. Penang. takkan abang tak tahu Penang tu binatang apa kan"

Faiq menjeling geram. Bab nak menyakat orang memang nombor satu. Suruh buat kerja malas. Haih adik siapalah ni?

"Abang tahulah penang tu apa. Abang bukannya bangang macam Aisyah"

"Eh eh eh! Sukati je cakap kita bangang repot kat walid nanti padan muka"

"Amboi budak kecik ni. Tak padan dengan badan kering. Ada hati nak ugut kita. Dah-dah balik pada tajuk asal kita. Kenapa Abang kena pergi penang? Atas urusan apa? Penting sangatkah?"

"Yup TERsangatlah penting. Tadi Walid ada bagi tahu yang minggu depan abang Mail dah nak kahwin"

"Lah. Dah tu? Budak tu yang nak kahwin kenapa abang yang kena pergi Penang? Bukannya penting sangat pun acara dia tu"

"Hish abang ni. Tahulah tak suka abang Mail tapi abang jangan lupa, abang Mail tu sepupu kita jugak tau. Dia banyak tolong kita Walaupun perangai dia tu terkadang macaaaaam hmm abang faham-faham sendiri lah ehh"

"Banyaklah kau. Hmm tengoklah nanti macam mana kalau abang tak banyak kerja abang pergilah tapi kalau abang busy hah faham-faham jelah ya cik adik"

"Hmm ok kalau abang cakap macam tu nanti Aisyah bagi tahu walid dan ibu yang......"

"Ok fine abang pergi. Puas hati?"

"Yeah! Macam tulah kan senang kerja Aisyah. Hmm dah lah Aisyah nak balik rumah nak rehat. bye abang Faiq"

"Hmm"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CIK SingaWhere stories live. Discover now