"APA?"
"Kau ni memang tak sayang nyawa ke apa?" Soal Fandi apabila tiba dirumahnya. Ingin pulang ke rumah Puan Jumaini dengan keadaannya seperti ini? Mahu tidak berhenti wanita itu membebel tujuh hari tujuh malam terhadapnya.
Baficx menggelengkan kepalanya.
"Dah banyak kali aku cakap jangan cari pasal dengan Cik Singa tu. tapi kau ni....haih susah aku nak cakap"
"Manalah aku tahu yang minah tu Cik Singa. Aku tahupun sebab dengar orang kafe tu mengata"
"Kau ni kalau aku cakap bodoh kau marah tapi memang bodoh pun hahahahaha nama je Dato tapi.."
"Tu bukan salah aku ehh. Singa tu yang tiba-tiba nak mengamuk dengan aku" ujar Faiq membela diri seraya merehatkan tubuhnya disofa empuk milik Fandi. Mata dipejam.
Baficx membaling kacang yang dimakannya kearah Faiq yang memejamkan mata. Mencelik terus mata Faiq apabila kacang yang dibaling oleh Baficx tepat mengena pada dahinya.
"Agak-agaklah kalau nak menipu sekalipun. Cik Singa tu takkan baham mangsanya kalau dia tak dikacau" Fandi mengangguk setuju dengan Baficx.
Faiq menjongket kening sebelah. Amboi sokong Singa tu nampak.
"Yang korang beria nak sokong 'Singa' tu apehal? Siapa sebenarnya kawan korang ni? Aku ke 'Singa' tu?"
"Dah kau salah buat apa kami nak sokong kau" balas Fandi selamba.
"Haah. Salah lagi persalahkan" sokong Baficx pula. Faiq mencebik.
"Okey fine. Macam ni lah member. Korang pergilah kat 'Singa' tu aku sedar aku sape" ujar Faiq berura-ura merajuk. Bantal ditekup ke wajah.
"Ihh buruk siakk! HAHAHAHA!" Terbahak Baficx dan Fandi mentertawakan Faiq. Bantal yang ada dekat mereka dibaling serentak kearah Faiq. Disebalik bantal, Faiq hanya menyembunyikan senyum.
SOFIE membawa dua cawan air sanquit sejuk kearah Axilee.
"Nah air kau air oren sejuk. ngam sangat dengan hati kau yang tengah panas ni" Axilee menyambut tanpa kata. Air oren sanquit dihirup melegakan tekak.
Sofie melabuhkan punggungnya disebelah Axilee seraya menghirup air oren yang dibuatnya tadi.
"Kau dah tahu nak cari kerja kat mana?" Soal Sofie memandang Axilee.
"Aku tak tahu lagi nak kerja kat mana sebenarnya"
"Kawan Daddy aku ada kerja kosong yang sepadan dengan kelulusan dan kemahiran kau tapi tu lah.." Axilee memandang Sofie dengan penuh minat.
"Tapi apa?"
"Kawan Daddy aku tu Tan Sri Khalil" Axilee menghela nafas berat. Pandangan kembali dibawa kedepan.
"Takde tempat lain ke? Kau pun tahukan aku tak suka diorang tu" ujar Axilee mendatar. Sofie sudah mengagak akan jawapan gadis itu.
"Tapi Axilee, sekarang bukan masanya untuk kau memilih untuk kerja dengan siapa. Dengan keadaan sekarang, aku tak rasa ada yang nak ambil kau bekerja. Kau lupakan jelah pasal haritu. Takkan kau nak hidup menganggur"
"Cakaplah kau nak cakap apa. Aku tetap taknak kerja dengan diorang" Sofie menghela nafas berat. degil betullah kau ni Axilee!
"Habistu kau nak buat apa? Nak menganggur?" Axilee memandang Sofie tajam.
"Apesal kalau aku menganggur sekalipun? Kau takut aku menyusahkan kau. Iya macam tu?"
"Tak bukan pasal tu.."
YOU ARE READING
CIK Singa
RomanceDia ibarat bunga mawar.Cantik dan elegan pada pandangan mata yang melihatnya.Tapi boleh melukakan apabila tersalah pegang. Begitu jugak dengan dia.cantik dan menawan tapi tidak pada sifatnya. "Woi sundal kau ingat kau cantik nak hina aku.Dahlah beda...