Jimin membawa Eunji dan Hyorin ke sebuah tempat.
Jimin lempar satu beg.
"Kau pakai pakaian dalam tu. Aku tunggu sini .Siapa cuba lari, tahu nasib kau." Ugut Jimin.
Eunji dan Hyorin mengangguk. Mereka ke bilik persalinan yang Jimin tunjukkan.
-
"Apa kita nak buat, ni Eun.. aku takut.." kata Hyorin sambil menangis.
Baju yang Jimin berikan tadi mereka sudah ganti.
Bukan baju.
Bikini.
Eunji cuba mencerna semua yang berlaku.
"Hyo, dia takkan sakitkan kita! Kau sedar tak? Dia tak lukakan kita walau sikit pun! It's because we are women. Tengok, dia suruh kita pakai bikini sebab dia nak jual kita je! If kita luka or apa apa, mesti dia rugi! Kenapa aku tak terfikir?!" Eunji tumbuk cermin bilik itu.
"Habistu..kau nak buat apa?" Hyorin menyoal.
Dia tengok cermin yang ditumbuknya tadi.
Eunji ambil serpihan kaca itu dan tarik Hyorin keluar daripada bilik itu.
Tiba tiba satu pistol diacukan dikepalanya.
"Nak lari mana?" Soal Jimin. Mereka diam.
"Ubat ni. Siapa punya?" Soal Jimin sambil tunjukkan ubat yang dijumpai didalam bas tadi.
"A..aku" jawab Hyorin.
"Ubat apa ni?" Soal Jimin lagi.
"Ubat..ke..kesuburan.." jawab Hyorin dengan gagap. Jimin smirk.
"Kau stay sini, kau ikut aku" Jimin menyuruh Eunji menunggu dan terus tarik Hyorin.
"Kau jangan bawa dia! Kalau tak aku kelar diri aku!" Jerit Eunji sambil tunjukkan aksi ingin menoreh pipinya.
Jimin tampak sedikit gelisah.
Jimin lepaskan Hyorin dan pistolnya juga diturunkan.
"Hyorin, kau lari dari sini pergi minta bantuan" Eunji gunakan bahasa isyarat supaya dapat menyampaikan mesej tanpa Jimin fahami.
Jimin kerutkan dahinya. Tak faham.
Hyorin terus lari namun sempat rambutnya ditarik oleh Jimin.
"Bodoh. Aku dah lama hidup dalam dunia pembunuhan ni. Kau gunalah bahasa apapun aku tetap faham" Jimin smirk.
Jimin terus tarik Hyorin dan letaknya didalam bas.
Hyorin diikat didalam bas manakala Eunji dikurung di dalam bilik.
Hyorin nampak bas itu berbeza.
Dia tengok sekeliling.
Gas bocor dan semua pintu dan tingkap ditutup rapat.
Penafasannya amat terhad. Dia ingin menjerit namun mulut, tangan, kakinya diikat.
Selepas beberapa minit cuba bertahan, akhirnya Hyorin mati disitu.
Dia dah tak mampu bertahan.
-
Eunji menangis.
"Aku minta maaf, Hyo.. aku minta maaf.."
— Psycho —
YOU ARE READING
[✓] Psycho | Park Jimin
Mystery / Thriller"Kau kejar aku, aku bunuh diri, kau tak dapat apa apa.. undur!" ugut Kim Eunji kepada Park Jimin, lelaki psycho. "Kau bunuh diri, sama macam kau serah diri pada aku juga. Tetap mati." sinis Park Jimin. Apakah nasib Eunji? Adakah pengakhirannya adala...