Bab3

67 2 0
                                    

" this road is beautiful, because I have you walking beside me. "

SETELAH 2jam aku keluar dari rumah untuk menenangkan diri, aku pulang semula ke rumah.

Aku harap aku dah kumpul kekuatan yang cukup untuk menghadapi Arif di rumah nanti.

Lagi pula, aku belum menunaikan solat zuhur. Walaupun sedang sedih, jangan lupa akan kewajipan terhadap Yang Maha Esa.

Itu pesanan Lia dan Haura. Jangan sesekali lupa akan Allah SWT.

"Assalamualaikum."

Dalam 5minit juga la aku berperang dengan diri sendiri untuk masuk atau tidak.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk masuk juga ke dalam rumah.

Dah macam ada penjahat je dalam rumah tu. Tapi Arif memang penjahat pun, penjahat yang sering menyakiti hati kakaknya dengan kata-kata yang berbisa.

"Waalaikumussalam. Balik pun kau Meena. Aku risau tau dengar Syaza cerita apa jadi tadi. Kau okay tak?"

Ariz menyambut kepulanganku dengan riak risau yang jelas terpeta di wajahnya.

Aku bersyukur kerana perangai Ariz tidak seperti abang kembarnya. Ariz seorang yang gentleman dan suka mengambil berat.

Aku tersenyum tawar sebelum mengangguk perlahan. Tak dinafikan ada keletihan pada wajahku.

"Muka kau pucat. Kau pergi la berehat dulu, Meena. Nak apa-apa call je aku. Aku ada je ni."

Ariz menyentuh dahi aku kerana risau melihat wajahku yang pucat.

"Terima kasih Ariz. Aku naik bilik dulu." Aku menghadiahkan senyuman ikhlas buat Ariz.

Tangga kudaki satu persatu. Aku tidak tahu kenapa, tapi badan aku rasa teramat penat. Perutku juga rasa tidak enak.

Aku cuba menyembunyikan riak wajah agar tidak terlihat sakit di mata Ariz. Tidak mahu dia risau akan kesihatan aku.

Aku pasti Ariz juga sedang bersedih. Kembarnya sendiri bersikap tidak matang. Bukan dengan orang lain, dengan kakak mereka sendiri pula tu.

Belum sempat aku memulas tombol pintu bilik, mata tertancap pada kelibat yang baru keluar dari bilik sebelah.

Arif.

Dapat aku lihat matanya beriak keresahan. Mengapa?

Mungkin baru sedar akan keterlanjuran bicaranya yang telah merobek hatiku. Tidak patut dia mendoakan sesorang itu mati bukan?

Atau juga resah kerana takut perkara itu sampai ke pengetahuan mama dan baba. Pasti teruk dia dimarahi mereka.

Aku tidak menunggu lama dan terus masuk ke dalam bilik. Malas mahu menghadap parasit kutu itu.

Beg di letak di atas meja solek sebelum aku membuka tudung di kepala. Badan direbahkan di atas katil.

Baru lah terasa betapa penatnya badan aku hari ini. Menahan segala emosi yang menguasai diri sejak pagi.

Aku merehatkan segala sendi, otot tulang dan sebagainya dengan berbaring secara menelentang.

Mata merenung siling tetapi langsung tidak fokus. Aku penat mencari jawapan, mengapa Arif terlalu benci dengan aku?

Aku mengelamun sendirian. Memikirkan kesalahan diri sebelum tiba-tiba terasa sakit di bahagian bawah perut.

Aku pelik. Sejak beberapa hari ini, aku sering mengalami rasa sakit di bahagian bawah perut. Terasa seperti ada benda keras di dalamnya.

Kerana KauWhere stories live. Discover now