Bab5

57 1 0
                                    

" this road is beautiful, because I have you walking beside me. "

AKU menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi selipar di sarung.

Angin petang yang menyamankan membuatkan aku selesa untuk menghabiskan masa dengan duduk di buaian luar rumah.

Sejak kebelakangan ini, aku sering merasa tidak enak. Seperti akan ada sesuatu perkara yang berlaku nanti.

"Meena, buat apa sini?"

Arif dan Ariz melabuhkan duduk juga di atas buaian. Arif di sebelah kiri manakala Ariz di sebelah kananku.

"Saja, ambil angin." Jawabku ringkas.

"Jangan tipu Riz la Meena. Riz kenal Meena."

Dalam adik-beradik, memang Ariz sahaja yang rapat dengan aku sejak dari dulu lagi.

Sentiasa ada dengan aku, macam bodyguard dah.

Aku mengeluh perlahan.

"Meena rasa tak sedap hati. Macam akan ada sesuatu yang buruk terjadi pada Meena." Luahku kesal.

"Kenapa pulak kau cakap macam tu?"

Aku tersenyum tawar memandang Arif.

"Tah la, susah Meena nak terangkan perasaan Meena sekarang ni. Rasa takut, risau, gelisah, bercampur baur."

Ariz menggenggam tanganku erat. Melihatkan itu, Arif turut berbuat perkara yang sama.

"Meena, kalau Riz cakap Riz rasa apa yang Meena rasa macam mana?"

Aku memandang Ariz pelik. Kurang jelas dengan ayatnya.

"Riz rasa apa yang Meena rasa sekarang ni."

Ariz berkata selamba. Aku hanya mampu mempamerkan reaksi terkejut. Apa bener?

"Riz cuma nak Meena tahu yang Riz akan sentiasa ada untuk Meena. Walaupun semua orang hilang percaya pada Meena, Riz akan setia dengan Meena. Riz percaya Meena."

Aku terkedu mendengar luahan Ariz itu. Walaupun aku kurang jelas dengan maksud disebalik ayat tersebut, tetapi aku yakin dengan Ariz.

Ariz seseorang yang memegang janji jadi aku memang boleh percayakannya.

Mataku berkaca tiba-tiba. Aku tidak faham perasaanku kala ini.

Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk adikku itu.

"Walaupun Meena bagi Riz senyuman, tetap tak boleh sorok mata Meena yang berair."

"Aku tak faham apa yang korang rasa, tapi tolong jangan abaikan aku kat sini."

Kata-kata Arif membuatkan aku dan Ariz serentak ketawa. Ya, kami hampir terlupa akan dirinya.

"Aku nak kau senyum, gelak macam ni je selalu tau Meena. Aku tak nak tengok kau menangis. Cukup la selama ni aku buat kau menangis. Aku tak faham, tapi aku percayakan kau."

Again, i'm touched.

Kenapa aku ada adik kembar macam ni? hshshshs Buat aku emosi je.

"Meena sayangkan korang. Korang adik Meena. Terima kasih sebab percayakan Meena."

Aku memeluk kedua-dua adikku itu. Aku rasa macam itu kali terakhir aku meluangkan masa bersama mereka.

"Kitorang pun sayang Meena!"

Gelak tawa kami menghiasi suasana petang yang nyaman itu.

AIR oren yang dihulurkan Ariz kepadaku, aku sambut.

Kerana KauWhere stories live. Discover now